Wednesday, January 11, 2012

Sardin Puff...

Assalamualaikum semua...pe kabar yer hari ni? harap semuanya di bawah lindunganNya Yang Maha Esa...2 3 arini cuaca mendung jer kan, so kesihatan pun kena jaga berdouble2 lg la, terutama sekali anak2 kan....risau pulak dgn cuaca yg tak menentu ni....macam2 penyakit yg dtg, isshhhhh nauzubillah...

Ari ni bekpes ngan ape, Liza buat simple2 jer...biasa buat puff ni mmg family Liza suka...kalau ikutkan diaorg mmg tak penah nak cukup, suka sgt tang rangup2 tu....Liza rasa semua org tau buat puff ni kan, beli jer puff ready made jenama 'kawan', pastu letak la inti yg berkenan di hati...Liza pun dh pernah buat sardin puff ni bnyk kali...


Kali ni Liza gunakan lebihan  yg buat karipap hr tu...

RESEPI INTI SARDIN

Bhn2:

1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas - Liza guna brand Ayam
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - Liza guna 1 s/b cili mesin
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak
Sdkt daun sup - hiris ( liza tambah)


Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili mesin hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis, daun sup dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.
 
Bhn2 lain:
 
Pastry puff secukupnya
Sdkt telur - dikocok sdkt utk sapuan
 


Terpaksa guna gmbar lama sbb ari makcik tenet ni buat hal la pulok, takleh nak upload gambar, bengong sungguh.....ni mst kes karam mkn nasi beriani semalam....hihihihihi

TIPS PUFF YG FLUFFY dan RANGUP dr blog Hana
  • Panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
  • Pastikan kepingan puff berada dalam suhu bilik sebelum digunakan.
  • Semasa membakar seeloknya guna suhu tinggi. kebiasaan hana buat suhu 200darjah celcius dan bakar selama 20-23min (bergantung oven masing2). Tujuannya supaya setiap lapisan nampak terbuka dan rangup.atau jika takut hangus boleh juga guna cara kedua bakar 10min yang pertama (suhu 190-200), kemudian turunkan suhu 180 (jgn buka pintu oven) dan masak hingga keperangan @ keemasan
  • Jika oven ade kipas, ONkan kipas - hana punya oven otomatik `berkipas` bila oven sudah terlalu panas.
  • Pada peringkat pembakaran kedua, turunkan suhu lagi atau kurangkan masa pembakaran dari yang pertama sbb oven dah panas. Ini utk mengelakkan puff anda hangus!
  • Selepas masak biarkan sebentar dalam oven dalam 1-2min baru keluarkan. Sejukkan terus atas redai supaya udara panas keluar dengan sekata dan puff menten rangup dan kering. kalau tidak bahagian bawah puff akan kelihatan lembab.
  • Dah sejuk bleh terus simpan dalam bekas tertutup supaya menten rangup.


12 comments:

tun_telani said...

jeles wehh kat org2 yg ada access to puff pastry kawan nih. tun smp skrg xpernah jumpa lg kat kedai. huhu.. kalau terasa nk mkn tu tun ganti kan je ngan paratha.

ucubakery said...

puiihh..puuiiihh..penat la liza tiup puff ni..panas sangat...pinjam aircond nk bagi sejuk kejap...

Liza said...

ciannya tun..kat sana xde pastry puff ni yer....tunggu akak anto ngan belon yer....ekekekekee

Liza said...

dah sejuk ke puff tu ucu, kalau dh sejuk mkn elok2 yer, xmau gelojoh2...hihihihi

rahel said...

Liza,sedapnya klu dapat seketul dua sardin puff tu..boleh buat minum petang nanti..hihi..

Qhaifa Nur said...

salam..

samalah dengan kat kedai punya...
aduh sedapnya puff....

Zul & Azizi said...

Salam Liza,

Wah sedapnya currypuff daddy ni...mintak skit boleh? Anyway nice resepi ni kan...boleh buat lepas ni kat rumah..

BTW kami dah follow blog Liza, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye... :-)

www.mylovely-cats.blogspot.com

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Ini memang favourite dan tidak akan jemu..akak suka macam ni buat minum petang. Sinpan sikit ya kita tukar dengan cinnamon pull apart bread.

Unknown said...

sedapnya tgk puff tu saya kat sini susah nk beli yg halal dan tak ada jual pun yg halal:)

quinnie said...

kak liza..saya pun suka guna cara ni..guna puff pastry kawan ni je...senang citer..rasa pun sedap macam org jual kat kedai..cam tak caya je..hehehhe..tapi dah lama betul saya tak buat..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Liza..sardin puff mmg sedap,tp atie ni payah nk jumpa ngan pastry puff kat kedai :(

cik cek said...

kalau buat puff guna pastry puff segera ni memang kak cek suka...he he...nak buat yang senang je kan...yg pentig sedap dimakan..ok la tu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...