Wednesday, January 4, 2012

Karipap Tun dan Inti Sardin Kak Noor...


Buat pertama kalinya Liza try buat karipap sardin guna resepi dr Tun...Liza sebenarnya mmg tak pernak dan tak pandai nk buat karipap biasa ni....sejak dr kecik mmg dah biasa tgk dan biasa mkn karipap pusing jer, jd kira2nya mcam org jakun la, tak pernak tgk org buat karipap biasa cmni...

Tp hari tu terpanggil utk try buat karipap Tun ni, mmg dah ramai yg puji...so hari tu terhasillah karipap Tun....rasanya kulitnya mmg sedap, rangup gitu...i likeeee...tp pes time buat, Liza rasa masih tak puas hati, maklumlah mak budak baru belajar....hihihihi


RESEPI KARIPAP TUN

Bhn2:

4 cawan tepung
2 sudu besar margerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam




Cara-cara:

Panaskan margerin + minyak dlm periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
Dah sejuk sikit, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Boleh wat karipap ikut suka inti apa..


Untuk inti sardin ni pulak Liza amik dr umah Kak Noor Ganu tu...tp ada bab2 yg Liza adjuz sikit...timakseh Kak Noor..Liza share kat sini yer..

INTI SARDIN

Bhn2:

1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas - Liza guna brand Ayam
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - Liza guna 1 s/b cili mesin
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak
Sdkt daun sup - hiris ( liza tambah)

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili mesin hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis, daun sup dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.

# Tips dr Kak Noor #

*Lebihan inti yg digunakan hendaklah dimasukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer. Ini boleh memudahkan kerja bila nak gunakan di lain waktu.

** Inti sardin ni boleh digunakan sebagai inti karipap, Baked Sandwich, sebagai inti dadar berlauk, cara berlauk, pendekkata mmg boleh digunakan dlm mcm2 kuih lain, terpulang pd kreativiti masing2 ya..

~ terima kaseh utk Tun dan Kak Noor atas kedua2 resepi di atas....~

17 comments:

quinnie said...

kak liza..saya pulak suka buat doh biasa ni lagi sebab senang..malas nak buat yg jenis pusing sebab kena asingkan doh..hahahha...sedapnya karipap..lama tak buat..huhuhu..malas nak buat inti sebenarnya...hehhhe

izahdaut said...

kak liza, saya suke karipap tun ni. top dalam senarai. hehe

Cheq Sue said...

mmmmm sedapnya karipap ini sardin. memang suka sangat karipap ni...

EmbunRosaliza said...

assalam liza, akk pun suka karipap doh tun ni mmg ranggup, lagi best kalo inti sardin ni

Wani said...

salam kak liza ...

pandai kak liza meng"karipap" hihi ok dah ni cantik kelim...boleh bagi A++... wani tak pernah cuba buat lagi neh ... entah bila seru nak datang ...

tun_telani said...

kak liza cayanggg~~~ sbb cuba resepi terus naik pangkat jd tambah cayang kt belakang tu.. kui kui.. baru je habiskan stok frozen karipap dlm fridge, tgk ni rasa mcm kene wat stok baru je.

Tina Othman said...

ahai sedapnya, nanti nak try lah guna resepi ni sebab ramai kata sedap

Nieza said...

sedapnya karipap..lama tak buat ni.pernah juga buat karipap resepi tun ni memang best:)

Liza said...

Q...akak ni mmg jenis yg xreti nk buat karipap biasa sebenarnya, xpernah buat pun....hihihihi

Liza said...

Izah...akak pun masuk senarai jugak karipap Tun ni, mmg best dan sedap...

Liza said...

tp cheq sue, kat umah ni xberapa laku karipap sardin ni, adoiii...

Liza said...

wslm kak rosa...mmg betul tu kak, rangup je karipap ni...besttt

Liza said...

wslm wani...hehehe puji lebih nmpk...

Liza said...

wahhh Tun...ni mmg tokey karipap ni..akak ni kdg2 malas jugak nk buat karipap...hihihhihi

Liza said...

Tina pun mst try sbb mmg sdap doh dia...

Liza said...

Nieza...akak pun jarang2 jugak buat karipap,bila dtg seru baru buat....ekekekekekke

norlieharumaini said...

gebunya karipap tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...