Wednesday, February 24, 2016

Puding Roti Karamel...


Dh lama sgt tak buat puding roti caramel ni,asyik2 roti n kek je kan..hihii
Masih guna resepi yg sama dr kak Embun Roseliza...jom tgk





RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
 
Bhn2:
 
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)


Cara-cara
 
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)


Durian Mousse Cake....sedap terlajok



Assalamualaikum wbt...kali ni Liza nk share resepi kek durian yg selalu Liza buat jual,resepi ni mmg dah pernah Liza share kat SINI..tapi mungkin ada yg terlepas pandang kan..

Kek ni mmg sedap sgt dan mmg patut dicuba oleh penggemar durian tegar sbb kelemakan isi durian segar yg Liza gunakan..pasti akan nk rasa lagi dan lagi, takkan pernah jemu.

Kek ni tak boleh dibedah siasat sbb customer punya...hihihi







RESEPI DURIAN MOUSSE CAKE

Bhn2:

Bhn2 kek span:250gm tepung sponge mix
50ml air
1 s/k ovalette
5 biji telur B
50ml minyak / butter cair
1 s/k esen vanilla

- satukan semua bhn KECUALI minyak / butter cair.
- pukul hingga betul2 putih dan gebu.
- masukkan minyak / butter cair sedikit2 sambil dikaup balik.
- tuang dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah digris dan dilapik kertas..
- bakar dalam ketuhar 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak..
- terbalikkan kek sejurus dikeluarkan dr oven, lepas 10 minit terbalikkan semula, sejukkan..
- potong kek kepada 2 @ 3 bhgn..








Bhn2 Mousse Durian:
Bhn A:
200gm puri durian
60gm gula
120ml air
 - didihkan bhn2 di atas

Bhn B:
3s/b serbuk gelatin
6 s/b air
- cairkan secara double boiler.

Bhn C:
160gm krim putar - pukul hingga kembang

Bhn D ( Liza tambah)
1 s/t perasa durian
1 s/t pewarna kuning

Kepingan almond panggang - hiasan

Cara cara:

- campurkan bhn A ke dlm B dan adun sebati..
- campur kesemua bhn bersama krim putar yg telah dipukul kembang dan gaul sebati.
- ambil sekeping kek, dan sapukan dgn krim durian, letak lapisan kek seterusnya dan ulangi langkah yg sama hingga habis..
- sapu keseluruhan kek dgn baki krim durian dan hias dgn almond panggang, simpan dlm petisejuk hingga keras sebelum dipotong..
- yummmyyy..








Kalau rasa malas nak buat tapi nak makan, meh order je ngn Liza...jgn malu2 WA 0192113080





Tuesday, February 23, 2016

Takoyaki...




First time cuba buat n makan takoyaki ni...jakun yg teramat ghupernya...hihihii
Tapi nasib baik sedap, Alhamdulillah
Resepi Liza cuba dr dapo kak Ratna, thnx ye akk, nnt boleh buat lagi...



 
 
RESEPI TAKOYAKI
 
Bhn2:
 
 
Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
 


 
 
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit.  Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya.  Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!

Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian.  Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.




Kek Cawan Bahulu Pandan Berinti....




Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...semalam cuba buat bahulu versi kek cawan ni pulak...tapi Liza letak filling kaya kt dalam tu, ye la nak makan sendiri kan kasi la sedap sikit...

Resepi ni Liza amik kat dapo Ady gara2 terliur tgk post dia kat fb ari tu..resepi asal dr LinaKz...thnx ye both of you, izinkan Liza memanjangkan resepi ni kat dapo maya ni ye...








RESEPI KEK CAWAN BAHULU PANDAN BERINTI

Bahan A:

3 biji telur ayam (akk guna gred B)
3/4 cawan gula pasir
1sk esen vanilla
Secubit garam

Bahan B:
1 cawan tepung gandum (ayak)

Cara:
Satukan bahan A dan pukul hingga gebu (akk guna mixer). Bila bahan A dah gebu, (PENTING - pastikan sampai gebu tau) masukkan bahan B sikit2.. kaup balik guna spatula. Bubuh 3/4 saja doh dlm paper cup. Bakar suhu 190C selama 8 minit (ikut oven masing2 tau.. sebab setiap oven tak sama) Pastikan oven tu dah dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang 15 minit. Selamat mencuba.

Nota ~ 1 adunan menghasilkan 15 kek cawan bahulu (ikut saiz paper cup yg akk guna)


~ buat corak atas tu guna kaedah yg sama kita buat corak atas cheese tart




 
 
 
 
 
 




Thursday, February 11, 2016

Kuih Lapis Lagiiii...resepi yg ntah keberapa




Assalamualaikum wbt...Liza tau mst ramai yg tgh bercuti sekarang ni kan, almaklumlah cuti panjang..Liza jugak la mereput kat umah ni, xde g mana2 pun sbb abg tgh exam..kang tinggal, melalak pulak...hiiihhi

Sebenarnya Liza mmg suka cuba macam2 versi dr kuih muih dan lauk pauk ..then baru lah boleh compare, kan..macam resepi ni pulak dr rakan fb Kak Mahani yg katanya resepi dr arwah mak beliau...tq ye kak sudi share resepi ni








Bagi Liza resepi ni mmg sedap n lembut, menepati selera kami la..insyaallah akan ada ulangan dr resepi ni..

RESEPI KUIH LAPIS KAK MAHANI


Bhn2:

1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb tepung ubi
3/4 cwn gula pasir
1/2 sk garam
4 cwn santan
 
 
Cara

Campurkan semua bhn, tuang santan n gaul sebati..
Blend hingga halus kemudian tapis.
Bahagikan adunan mengikut warna yg disukai, kalau suka blh buh sdkt esen rose. - Liza bubuh
Kukus 5-6 min setiap lapisan..lapisan akhir kukus 10 min atau hingga btl2 masak..
Sejukkan dan boleh la dipotong








Thursday, February 4, 2016

Bingka Cornflakes....







Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali....pestime tertengok resepi bingka cornflakes ni, tertanya2 jugak, sedap ke...tapi decide jugak nk buat n rasa sbb stok cornflakes mmg ada kat umah...

So, mmg sedap..kadang2 tu rasa macam bingka jagung pun ada,lemak berkrim disukai ramai,hihihi
Nak buat pun sng je,jom kita tgk resepi kat bawah ye..tq Kak Fida





 
RESEPI BINGKA CORNFLAKES
Bhn2: (loyang 8 inc / 3 biji acuan pecah 8)

  • 150 g cornflakes/emping jagung - dikisar halus (1 kotak kecil)
  • 3/4 cawan tepung jagung - ayak
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan santan ( 200ml KARA + air)
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 3 sb susu manis
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • Bijan secukupnya






  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk dan kacau rata guna whisk hingga adunan sebati.
  2. Sapukan acuan dengan mentega/majerin/minyak di sekelilingnya dan panaskan sebentar dalam oven.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega tadi dan taburkan bijan dipermukaannya.
  4. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau hingga kuih kelihatan garing.
  5. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan.
 
 
 
 

Wednesday, February 3, 2016

Mini Burger With Potato Bun...




Assalamualaikum wbt...Liza guna lebihan potato bun yg Liza buat ptg smlm utk resepi ni...boleh je kalau nk guna roti manis biasa pun,kita yg buat dia kan...

Sedap jugak buat cmni rupanya,hihihii






RESEPI MINI BURGER WITH POTATO BUN

Bhn2:

15 biji potato bun - ikut saiz bekas yg kita guna ye
5 keping meatloaf - potong kecil
Sedikit minyak
1 labu bawang besar - dadukan
Sos blackpepper secukupnya
3 biji telur - kocok sikit
500ml susu segar
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
6 keping cheddar cheese
Cheese parut - utk topping


- Mula2 panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu..
- masukkan meatloaf yg dipotong kecil td dan goreng hingga kekuningan..
- masukkan sos blackpepper secukupnya, lebihkan pun xpe. lagi sedap..
- tutup api dan ketepikan.. Liza mmg xletak garam ye



- Campurkan susu dan telur td bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam..kacau rata dan ketepikan







Cara buat mini burger..

- panaskan oven 160C selama 15 minit..
- lengser loyang dgn marjerin / butter.
- ambil sebiji potato bun dan belah tengah, buat semua ye..
- susun setengah biji td atas loyang, curahkan separuh dr adunan telur dan susu td..
- sudukan meatloaf dan ratakan..
- ambil cheese cheddar dan susun hingga menutupi semua lauk td..
- tutup kesemuanya dgn roti yg separuh lagi..
- tuang baki susu n telur tadi ke atas roti dan taburkan cheese parut..
- bakar 20 minit atau sehingga masak..Boleh jugak tutup dgn aluminium foil sblm bakar ye,Liza lupa nak buat...sbb tu tergaring sikit tu,hihihii







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...