Wednesday, January 18, 2012

Muffin Pisang....

Semalam tgk Kak CT dik tayang mapin pisang kat dapur dia...tengahari tu lepas amik kakak sekolah, terus rempit g cari pisang, almaklumlah 'hantu pisang', mana boleh tahan tgk org tayang kuih2 pisang ni...buat sementara waktu tu, lupa la diet sekejap....ekekeekeke

Kak CT cakap dah ramai yg buat mapin ni, mmg sedap kan , i likeeeee....jom la kita intai resepi yer,Liza amik dr umah Kak CT, tp ada bhn yg Liza tak letak sbb takde stok kat umah...thnx yer pada semua yg menyumbang dan memanjangkan resepi ni....

RESEPI MUFFIN PISANG

Bhn2:
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
2 biji pisang yang ranum -3 biji
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur (CT guna telur gred A)
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen pisang
kepingan badam untuk hiasan - xletak


Cara-cara :
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih (agak2 dalam 1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota : CT panaskan oven 200'C selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan turunkan suhu 180'C dan CT bakar selama 30 minit (ikut ragam oven masing2 lah ya).
# Liza ikut cara kak Ct #...

13 comments:

Qhaifa Nur said...

salam...

asalkan ada je bahan dari pisang memang teruja...
sedapnya...

Totie@Tomy said...

kek pisang.muffin pisang.cekodok pisang semua pebret saya...

Liza said...

wslam nur..betul tu, asal ada nama pisang jer, mst nk try buat....hihihihhi

Liza said...

sama la kita totie...hantu pisang katakan...ekekekeekee

Wani said...

kak liza.. comeynyaaa muffin pisang .. montok molek naiknya ..suka3 hihi.. aih mesti sedap neh

mala said...

salam ... yummy muffin!

Yatie said...

alahai muffin pisang kat sini plk, makan time panas2 mmng sedapkan....harum je bau pisang masa membakar...

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalam.....liza ni rajin betul memasak. Kalau habis, senang hati kita kan? Akk ni kalau buat mesti kena hulur kt jiran, manjang je x abisnya walaupun sdp.

dZana said...

aslmkum liza.. apa kbr.. fav akk jugak ni.. lebih2 lgi ada pisang tu

Kak Sam said...

Lama dah tak memapin kan diri. teringin le pulak.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

A;amal alal kerja...lambat sampai cni...ada sinpan kat akak tak???

maz said...

Salam liza...sma la kita pun buat mfin ni jgk tghri tdi..simple dan sdpp kan...kita buat utk bwa p umah kwn...

Zaliedana said...

Assalam kak,mapin nih resepi dari ros kan,mmg dah 2,3 kali wat,sedap,ank2 suka,ummi n abah pon suka..Kadang sy wat versi kukus,kira dah jadi apam lah pula,hehhe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...