Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

Tuesday, October 3, 2017

Donut with Salted Caramel Sauce..






Kali ni Liza cuma nk share resepi salted caramel sauce ye, resepi utk donut tu dah bnyk Liza share, pilih je yg mana berkenan








SALTED CARAMEL SAUCE / SOS KARAMEL MASIN

Bhn2:

1 cawan gula
1/2 cawan krim putar
6 s/makan mentega
1 s/teh garam halus


- panaskan gula di dlm kuali hingga cair dan sedikit perang
- masukkan butter dan kacau
- masukkan krim putar dan kacau lagi hingga semua sebati
- bila mendidih tutup api dan masukkan garam, gaul rata
- sejukkan





Monday, September 25, 2017

Killer Soft Donut Lagiiii..





Liza mmg selalu buat donut sbb anak2 suka makan...kali ni Liza lorekkan dgn kaya je kt atas tu..guna resepi dr killer soft bread





RESEPI KILLER SOFT BREAD / DONUT

 
Bhn2:

 
260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
3 gram ragi instant
180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )
30 gram gula pasir
30 gram butter
2 gram garam









Caranya:



1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera 
5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing

Thursday, July 27, 2017

Killer Soft Donut Ball....




Buat lagi donut menggunakan resepi killer soft bread utk jamuan raya kat sek kakak hari tu...Alhamdulillah mmg terbukti sedap, sesuai dgn nama yg diberi
Terima kasih banyak2 pada empunya resepi asal..







RESEPI KILLER SOFT BREAD / DONUT

 
Bhn2:

260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
3 gram ragi instant
180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )
30 gram gula pasir
30 gram butter
2 gram garam
 
 
Caranya
1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera 
5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing - utk donut, goring dlm minyak yg telah dipanaskan dahulu sehingga kekuningan, angkat dan toskan ..
 

Tuesday, March 7, 2017

Donut Funwari / Water Roux...





Kali ni Liza cuba buat donut guna kaedah water roux...mmg lembut dan sedap...tq Ros Jintan Manis utk resepi yg marbeles ni..







DONUT FUNWARI / WATER ROUX

Bhn2:


400gram tepung roti 
100gram tepung gandum
170ml air suam 
1 biji telur
4 sudu besar water roux
40 gram shortening atau marjerin @ butter
30 gram susu tepung
4 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar olive oil@minyak masak
1 sudu kecil garam
6gram yis
serbuk gula untuk salutan pada donut

Water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
   Cara  membuat water roux
 
  1. masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
 Cara-cara membuat funwari donuts
 
  1. Mula-mula buat water roux,setelah water roux sejuk atau suam, boleh terus membuat doh donut, Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, jika guna marjerin atau pun mentega yang ade garam, masukkan akhir sekali, iaitu setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli hingga lembut dan licin. Masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit, kemudian uli lagi beberapa minit, setelah permukaan doh agak licin, perap doh selama 40 minit atau sehingga doh menjadi 2 kali ganda.
  2. Kaedah 2 penggunaan Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan seterusnya boleh ikut langkah di bawah.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian ( bebola kecil), biarkan selama 7 atau 8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang di sukai, bentuk donut biasa, pintal ataupun anyaman tocang, ikutlah tahap kerajinan dan kreativiti masing-masing ya.
  4. Alas dulang dengan tepung atau pun gunaka kertas minyak, susun donut yang siap dibentuk dan biarkan naik dua kali ganda sebelum digoreng, panaskan minyak dan goreng sehingga ke emasan, gunakan api yang tidak terlalu besar yang, api sederhana lah, jangan guna api kecik sangat, nanti donut meresap minyak, pandai-pandai lah adjust api gas tu,  angkat dan biarkan sebentar, setelah beberapa minit baru di salut dengan serbuk gula. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat Mencuba.
  5. Jika mahu difrozenkan.
  6. - goreng donut separuh masak, iaitu warna donut seakan-akan perang sedikit sahaja, angkat dan sejukkan, baru disimpan dalam peti sejuk, kiranya kedua-dua belah donut tu kita goreng kejap jelah...nanti nak makan, goreng balik dalam kuali kejap je....simpan dalam plastic macam yang plastik ziploc tu.

Wednesday, October 19, 2016

Killer Soft Donut...



Assalamualaikum wbt...lama rasanya tak bersiaran kat dapo kesayangan ni...berbalik pada donut ni, Liza buat pun masa abg cuti ari tu, terasa nk mencuba resepi killer soft bread tu...tapi Liza olah buat donut dan menggunakan hanya kuning telur dalam adunan..

Terima kasih pada penyumbang resepi dan kawan2 yg memanjangkan resepi ni...donut ni mmg lembut, tak cukup satu adunan, lain kali mmg kena doublekan adunan la nampak gayanya,,





 
 
 
RESEPI KILLER SOFT BREAD / DONUT
 
 
Bhn2:
 
260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
3 gram ragi instant
180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )- Liza guna kuning telur + susu segar
30 gram gula pasir
30 gram butter
2 gram garam

 
 



Caranya
1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera 
5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing




Thursday, September 1, 2016

Donut Berinti..





Assalamualaikum wbt....macam biasa la Liza ni mmg suka try resepi baru,hihii

Kali ni jumpa resepi donut ni kat fb SINI pulak...tekstur donut ni rangup kat luar serta lembut n berongga  kat dlm ye...terima kasih pada empu nya resepi
Yang nk mencuba tu , silakanlah...kali ni Liza terlebih rajin, sbb tu Liza ltk filling coklat kat dlm tu,masa pertama kali buat Liza ltk filing kastad, dua2 mmg sedap n family Liza suka...Alhamdulillah

Kalau nk buat donut biasa tu pun boleh jugak, Liza tak marah...hihi







RESEPI DONUT GEBU ALA ALA BIG APPLE

Bhn2:

Bahan A
2 sudu kecil yis
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat krimer
1 cawan air suam

1biji telur
3 sudu marjerin cair

 
Bahan B
3 cawan tepung
1/2 sudu kecil garam halus

 

Cara membuat:
1.Satukan semua bahan A untuk hidup kan yis kecuali marjerin dan telur
2.Bila dah berbuih masukkan marjerin dan telur kemudian masukkan bahan B.
3.Gaul sebati hingga dough lembut dan xmelekat ditangan.tutup dgn plastic dan biarkan kembang 2 kali ganda.
4.Tumbuk untuk keluarkan angina agar doh xmelekit dan elastik.
5.Bentukkan doh dan biarkan kembang 2kali ganda sebelum menggoreng dlm minyak panas api sederhana kecil.



- Liza letak semua dlm BM je...bila dah sampai masa, baru keluarkan n bentukkan..pastu proofing.
- setau Liza tempoh proofing utk donut ni xlama ye..agak2 bila kita angkat tu dh ringan, maka boleh la digrg.
- sekadar share ilmu, kalau salah tlg betulkan ye..





Thursday, May 12, 2016

Donut Sedap Pakcik Kantin....




Kalau tgk kat dapo Liza ni kan, mcm2 versi donut ada...nak buat cmner kan, dah mmg Liza suka cuba semua resepi yg kawan2 ckp sedap...dan Alhamdulillah mmg semua resepi yg Liza dah cuba mmg sedap..

Kali ni Liza cuba resepi dr rakan fb Pakcik Kantin...terima kasih bnyk2 atas perkongsian resepi yg marbeles n terlajak sedap ni ye..








RESEPI DONUT SEDAP PAKCIK KANTIN

Bhn2:

500gm tepung gandum - guna tpg high protein
50gm gula
15gm susu tepung
10gm yis
5gm improver
1 biji telur
70gm marjerin
225gm air


- cara dia sama je mcm kita buat donut atau roti ye..Liza guna BM, senang..lebur je semua kt dalam tu 30 minit, keluarkan dan bulatkan doh..pastu leperkan sikit n biar dia kembang 2kali ganda..
- bila dah kembang, ambik sebiji doh dan buat lubnag guna jari je..
- goring dalam minyak yg panas TAPI dgn api perlahan ye..







Liza buat 2 versi, satu old school utk geng veteran dan satu lagi versi coklat utk kanak2 riang...


Tuesday, October 27, 2015

Donut Kentang yg Lembut...



Donut ni sebenarnya dah berkurun Liza buat,hihii..masih menggunakan resepi kat SINI...terima kasih semuanya atas perkongsian resepi ni ye...





 
RESEPI DONUT SUPER LEMBUT

 
Bhn2:

250 gram tepung gandum
50 gm kentang rebus yg dihaluskan- lecek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 tbs susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais
1 1/2 tbs shortening@ margerin
2 sudu besar gula
1 tsp Baking powder
1 3/4 tsp yis mauripan
 
*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
 





Caranya : saya guna mixer ( Liza guna BM)
 
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit
 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
 
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
 
4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba...
# tips masa nak menggoreng tu taruk 1 sudu makan shortening...insyaallah makin gebu..jazakallah rozy amir bagi tips ni



Monday, October 12, 2015

Soft Doughnut....



Sesuai dgn nama yg diberi, mmg soft sgt donut ni....makan pun terasa lemak2 dr krim kat dalam tu...resepi ni Liza ambik dr dapo Amie, tqvm ye Amie, resepi ni antara resepi donut yg best..

Jom kita tgk resepi ye, mintak halal ye Amie..





RESEPI SOFT DOUGHNUT


Bhn2:

350 gram tepung protein tinggi
200 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
75 gram gula kastor
1 sudu teh garam
3 sudu teh (10 gram)  yis segera 

Bahan B:
1 biji telur gred A
170 gram air sejuk
80 gram krim putar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa mentega

Bahan C:
40 gram mentega
30 gram butterol
1 sudu makan liquid bread improver

Info tambahan:

Bahan A - Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung.

Bahan B - Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna (Chef Khoo terangkan sebab-sebab pertemuan di antara yis dengan air sejuk atau air suam, tapi Amie terlupa... tak buat catatan). Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja.

Bahan C - Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain.

Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.






Cara:
1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul. 
2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit.
3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin.
4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit.
5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan.
6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika.
7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit. 
8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki.
9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda. 
11. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana panas.

Peringatan: Sekiranya mesin pemukul anda bersaiz kecil, buat separuh adunan sahaja kerana doh tidak akan menjadi dengan sempurna sekiranya adunan terlalu banyak.





Liza cuma salut dgn gula je, kes malas...kt bawah ni adalah resepi yg Amie kongsikan ye..kalau terasa rajin nk buat, silakan...




Cheesy Cheese Doughnut

Bahan untuk topping:
250 gram coklat putih 
250 gram keju cheddar (jika tidak ada tidak mengapa)
100 gram keju parmesan
150 gram UHT cream

Cara:
1. Coklat putih dicairkan secara double boil bersama UHT cream.
2. Parut keju parmesan - (boleh gunakan serbuk keju parmesan)

Bahan untuk filling:
250 gram krim keju
80 gram gula icing
40 gram UHT whipping cream

Cara:
1. Putar krim keju dengan gula icing sehingga lembut.
2. Masukkan krim putar (UHT whipping cream) dan gaul rata.



Friday, December 12, 2014

Donut Super Lembut....wallaaaaa





Alhamdulillah, bila line dah ok ni kena faham2 la ye, berderet2 la entry pasni...hihii
Donut ni Liza buat baru2 ni, resepi yg sememangnya marbeles dr rakan fb Tahrunnisah Jali...kebetulan pagi tu pun Lina ada buat donut gunakan resepi yg sama..thnx ye, betul cakap Lina, donut ni mmg terbaik..izinkan akk share resepi kat sini pulak ye...


 
 
RESEPI DONUT SUPER LEMBUT
 
Bhn2:
250 gram tepung gandum
50 gm kentang rebus yg dihaluskan- lecek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 tbs susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais
1 1/2 tbs shortening@ margerin
2 sudu besar gula
1 tsp Baking powder
1 3/4 tsp yis mauripan
 
*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
 
Caranya : saya guna mixer
 
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan kemudianmasukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit
 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
 
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
 
4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba...
# tips masa nak menggoreng tu taruk 1 sudu makan shortening...insyaallah makin gebu..jazakallah rozy amir bagi tips ni
 


 
#tips yang uli tangan
  •  masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
  • kacau guna tangan biar sebati...kemudian taruk air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru taruk marjerin tau shortening...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..kalu letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh
  • cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
  • siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...
 
tips saya bentukkan doh
 
  • saya bulatkan doh tu comel2 20gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
  • dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
tips tuk frozenkan
saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye 
 
#tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban 
 
bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli
 
tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan 
 
takkk pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan
 

 

Wednesday, October 29, 2014

Donut Strawberry n Strawberry Compote...



Assalamualaikum wbt dan salam rindu utk semua kengkawan...kali ni Liza nk kongsikan pulak donut strawberry yg Liza buat dah lama dah, kiranya dah jadi baja la...hihihii

Saje je sesekali nak tukar selera kan, anak2 pun Alhamdulillah suka donut macam ni sbb dah ada perisa kan..kat atas tu pulak Liza letakkan sedikit strawberry compote dan tabur gula icing ala2 kt kafe gitu...perasan tak habis.




Resepi donut ni Liza gunakan resepi dr Izah, dah pernah pun buat kat SINI, terima kasih banyak2 ye Jah...lembut je donut ni

RESEPI DONUT LEMBUT IZAH

Bhn2:
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
 *satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
 3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin
3 s/b strawberry filling
2 s/t pewarna pink
 Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin, perwarna pink dan strawberry filling. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
 
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.

Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.

Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Sedia dinikmati.




STRAWBERRY COMPOTE

Bhn2:

250 gm strawberry
1/2 senduk gula - agak2 manis ye
1 s/t garam
1 cawan air
1 s/t perahan lemon /sehiris nipis lemon - optional, tak letak pun xpe..cuma utk bagi wangi je

- campurkan semuanya dan masak atas api sederhana besar hingga pekat..
* ada jugak yg tambah tepung jagung utk pekatkan sos strawberry ni, terpulang lah ye..*

* kalau tak nak buah tu hancur sangat pun boleh, ikut citarasa la ye*

Friday, August 15, 2014

Donut Gebu tanpa telur...



Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat utk semua kengkawan yg Liza sayangi...syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi Allah yg indah ini...

Pertama sekali Liza nak mengucapkan jutaan terima kasih pada sahabat alam maya Fina yg sudi berkongsi resepi donut ni...sahabat ni mmg tak pernah lokek mencurahkan ilmu kpd mereka yg bertanya, walaupun dia juga menggunakan resepi tersebut utk berbisnes...semoga Fina terus dilimpahkan rezeki yg murah dan diberikan kesihatan yg baik...Aamiin

Dengan izin Fina, Liza tempekkan resepi yg dishare tapi mcm biasa la, nak jugakkk derhaka....hihihi sori ye Fina




RESEPI DONUT GEBU

Bhn2:

1kg tepung gandum - Liza guna tpg high protein
1 bungkus yis kering - guna saf instant
175gm mentega
Secubit garam
4 s/b gula
4 s/b minyak yg telah digunakan -Liza guna minyak yg belum guna
600 ml air
1 s/k bread improver - Liza tambah
1 s/k baking powder - Liza tambah
1 s/k ovalette - Liza tambah



- satukan semua bhn kering KECUALI air dan  minyak.
- masukkan air sdkt2 sambil uli, lepas tu masukkan minyak dan uli hingga jadi doh..
- bulat2kan ikut saiz yg kita nak, tutup dgn kain hingga doh naik dalam 15-20 minit..
- buat lubang ditengah doh menggunakan jari yg dicelup minyak ( utk mengelakkan doh melekat) atau guna penutup botol mineral..
- panaskan minyak dan grg donut tadi hingga kekuningan dgn api sederhana besar..
- angkat dan sejukkan sebelum digaul dgn gula atau dicelup dgn coklat..




Donut ni mmg gebu n lembut, cuba tengok ...betul kan, I likeeeee..

Tuesday, December 3, 2013

Donut Lembut Berinti...



Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua..dah lama Liza buat donut ni, Liza jumpa resepi ni kat fb tapi yg jadi masaalah sekarang ni Liza tak tau dr fb siapa yg Liza ambil..hihihi, jadi pada empunya resepi, Liza mintak halal ye dan izinkan Liza share kat dapur Liza ni...terima kasih bebanyak..

Pertama kali Liza jumpa resepi ni mmg Liza rasa teruja sgt nak mencuba sbb resepi ni tak guna telur..mula2 tu was was jugak, tapi Alhamdulillah lembut, gebu dan mmg tetap lembut walaupun dah sejuk...memuaskan sangat..


RESEPI DONUT LEMBUT BERINTI

Bhn2:

4 cawan tepung gandum - Liza guna tpg high protein
1/2 cawan minyak masak
1 paket yis
1/2 s/t ovalette
2 s/b susu pekat
2 s/b gula
Sedikit garam
3/4 - 1 cawan air - agak2 utk menguli



- satukan semua bhn di dlm mangkuk besar kecuali air..
- masukkan air sedikit2 dan gaul sebati..
- uli selama 10 minit ...
- perap doh selama 1/2 jam hingga naik 2 kali ganda..
- terap dgn acuan donut dan goreng dgn api perlahan..Liza bulat2kan dan isi dgn blueberry filling
- angkat dan tabur gula halus..
- sedia dihidang..


Monday, October 22, 2012

Burger Malaysia Dan Donut...2 in 1


Assalamualaikum wbt....mmg gebu dan lembut sungguh adunan ni..Liza ambik dr dapur Izah..thnx Izah, tamak punya pasal Liza buat sampai 2 jenis guna adunan ni....satu burger malaysia dan satu lg donut bersalut gula....

Akak minta izin share resepi kat sini pulak ye Izah...thnx daun keladi...


RESEPI DONUT LEMBUT IZAH

Bhn2:


2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
 


 
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


 
3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin



 
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
 
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
 
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
 
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
 
Sedia dinikmati.
 


 

 
penggunaan BM:
 
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...