Monday, October 31, 2016

Blackpepper Chicken Burger...





Burger ni dah lama sangat Liza buat,Liza pun tak pasti bila..cuma yg Liza ingat masa abg balik bercuti,hihii

Liza mmg suka buat burger atau menu2 simple utk breakfast anak2 sbb diaorang pun mmg suka sangat makan, hihii
Alang2 dah ada ayam panggang blackpepper yg Liza frozenkan, maka terfikirlah nak buat burger ni, senang keje



 
 




BLACKPEPPER CHICKEN BURGER

Bhn2:

Bun burger
Ayam panggang blackpepper - ambil isi shj
Sos blackpepper secukupnya
Mayonis
Onion ring
Cheese sauce - Liza guna yg readymade



- sapu butter di kedua2 keping bun burger dan masak kjp atas pan hingga sedikit garing / perang....ketepikan
- masukkan isi ayam panggang dan sos blackpepper secukupnya ke dlm mangkuk dan gaul sebati..
- sapu mayonis pd bun td..
- ambil isi ayam dan letakkan di atas bun burger yg telah disapu mayonis td..
- letak pula onion ring di atasnya, picitkan cheese sauce dan sos blackpepper ..
- tutup dgn sekeping bun lagi..
- tadaaaa, sedia utk di makan











Sup Tulang Hadnyai....





Bila dah berulang kali buat resepi yg sama, faham2 sendiri la ye, mmg sedap n menepati selera kami la maksudnya,hihii

Hari tu Liza buat resepi ni guna ayam tapi kali ni buat guna tulang pulak, dua2 pun sedap...perghhhhh






RESEPI SUP TULANG HADNYAI
Bhn2:

1 kg tulang lembu - bersihkan

3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
3 biji cili api *
4 cm halia *
7 cm lengkuas dihiris nipis - tumbuk sikit
5 batang serai - pecah2kan
2 s/b ketumbar
1 s/k jintan manis
1s/k jintan putih


Bhn2 tumis:
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelage
3 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih


















Bhn2 lain:




Daun sup
Daun bawang
Batang sadri dan daun sadri


 
- Bhn bertanda * ditumbuk halus..

- 2 sudu besar Ketumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.

- Liza tambah sup bunjut









Cara-cara

  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis

Sambal Belacan Goreng...sedapnyaaa



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...memandangkan anak2 bercuti agak lama sempena cuti Deepavali ni, Liza rasa ramai yg ambil kesempatan utk bercuti kan...tapi macam Liza ni, yg tgh menghitung hari utk angah nk menghadapi SPM, mmg tak ke mana2 la sbb angah pun still ada tuisyen, tak pe la kan..berkorban utk masa depan, lps ni dah boleh cuti puas2...hihii

Sambal belacan ni Liza gandingkan dgn sup sayur campur ngn ikan haruan goreng, mmg bertambah2 nasi,sedapppp
Resepi ni hasil dok intai kat SINI, tq fren...macam yg Liza buat ni Liza mesin sampai lumat sbb malas nk tumbuk, hihii..boleh je nak tumbuk2 kasar cm kat SINI...






RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG

Bhn2:

10 biji cili padi 
 2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji tomato masak ranum (dadukan)
3 biji bwg merah  
1 inci belacan
garam secubit gula/perasa
sedikit minyak masak
Perahan jus limau kasturi/limau nipis

Cara-cara

- Bawang dikupas kulit kemudian potong 2 .
- Cili padi, cili merah dan cili hijau dipatah2kan 
- Panaskan minyak. masukkan bwg,cili padi,dan belacan.
- Goreng hingga agak layu (Sekejap jer)
- Terakhir sekali baru masukkan tomato goreng dalam 1min jer -Angkat dan masukkan dlm lesung/pengisar dan tumbuk lumat -Tambah garam dan perasa/gula.Perahkan jus limau nipis/limau kasturi.
- Sesuaikan rasa.

Thursday, October 27, 2016

Okonomiyaki Sedap...




Sebenarnya buat okonomiyaki ni sbb malas nak buat takoyaki,hihii
Yg ni lagi sng kan, buat besar2..dia lebih kurang takoyaki jugak cuma saiz n bentuk je membezakan...rasa mmg sama, kot kan...kalau salah tlg betulkan ye sbb Liza pun tak arif ttg makanan Jepun ni..






Dalam bnyk2 resepi Liza berkenan dgn resepi dr SINI sbb guna baking powder..mmg tak mengecewakan sbb okonomiyaki ni gebu n lembut je

RESEPI OKONOMIYAKI SEDAP

Bhn2:

150gm tepung gandum
3 biji telur
1 s/teh baking powder
1/2 s/t garam
Udang / sotong/ tuna/ crab stick/ sosej
200 ml air
300gm kobis- diracik halus
Minyak secukupnya

Topping:

Kewpie Mayonis
Okonomiyaki / takoyaki sauce
Bonito flakes
Daun bawang - Liza tambah

 * kalau nk tgk resepi asal, klik je link kat atas tu ye...resepi ni Liza dah ubahsuai ikut apa yg ada je *



Cara2:

Campurkan tepung, garam, dashi dan baking powder. Campurkan pula telur, air dan yamaimo yang telah diparut. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tenkasu, kobis dan udang. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum di bakar atas pan. Masa nak masak tu, buat macam buat lempeng, tapi jangan penyekkan sebatian atas pan tu supaya hasilnya gebu dan lembut.
Terbalikkan bila sebelah dah masak. Bila dah masak kedua belah, angkat dan letakkan topping ikut turutan yang disukai..

Keli Bakar dan Air Asam Budu....



Assalamualaikum wbt...keli bakar ni Liza buat tanpa sengaja sebenarnya...mula2 plan nk grg celup tepung je, pastu gas pulak habis...mmg kalut jugak la sbb Liza kena siapkan utk kkk sebelum g sekolah petang...jadi terlintas la utk bakar je ikan keli ni dlm oven, lepas tu baru terlintas nk buat air asam budu ni..rasanya mmg terangkat, Liza makan keli bakar ni dgn air asam ni je...mmg bertambah2 selera,hihihi

Resepi air asam budu ni dr CT aka Zalieda Zaliedana dan Liza CnP dr dapur Lina yg selalu share menu2 yg best....tq to both of you, nnt blh buat lagi air asam ni








RESEPI AIR ASAM BUDU

Bahan Kisar/Tumbuk:

3 biji cili padi (boleh tambah/kurang ikut selera)
2 biji cili merah
Sedikit Belacan Bakar

Bahan-Bahan Lain:

1 labu Bawang Besar hiris nipis
1 Biji Tomato Di dadu/Hiris nipis
1 biji Cili Merah hiris nipis
2 biji Cili Padi Hiris
Air Asam Jawa Secukupnya
1 biji Air Perahan Limau Kasturi
1 Sudu Besar Sos Ikan
1sudu Besar Budu
Garam dan Gula/perasa secukup rasa





Cara Penyediaan:

Campurkan smua bhn yg dihiris dengan bahan kisar kasar,budu, air asam jawa dan sos ikan gaul sehingga sebati. Perahkan jus limau.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Simpan sekejap dalam peti ais supaya mesra semua bahan.Sedia untuk dihidang bersama ikan bakar, kerang rebus dan sebagainya




Tuesday, October 25, 2016

Chicken n Capsicum Breakfast Muffin....





Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua...muffin ni sebenarnya Liza buat dah lama tapi selalu je tak sempat nk masukkan resepi kat sini..anak2 cakap macam mkn nugget pulak, alhamdulillah

Bisquick mix ni Liza buat sendiri je, sng sangat n terjamin dr segala segi kan...jom kita tgk resepi kat bawah ye..


BISQUICK MIX

Bhn2:

  • 6 cups all purpose flour
  • 3 tablespoons baking powder
  • 1 tablespoon salt
  • 1 cup vegetable shortening
Directions
  1. Sift flour, baking powder and salt three times into a large bowl.
  2. Cut in shortening with a pastry blender until mixture resembles fine crumbs.
  3. Store mixture in airtight container in the refrigerator up to 4 months.






CHICKEN N CAPSICUM BREAKFAST MUFFIN

Bhn2: ( 6 biji muffin )

1/2 cawan bisquick mix
1/2 cawan susu segar
2 biji telur
Secubit garam

200gm ayam kisar
1 biji bawang besar - cincang
1 biji capsicum hijau - cincang
1 cawan cheddar parut - nk lebih pun boleh
Sedikit bserbuk blackpepper
2 s/b olive oil / butter / minyak masak






- panaskan oven 180 C dan lengser acuan muffin dgn sedikit butter.
- campurkan Bisquick Mix, susu segar dan telur..
- kacau rata dgn whisk dan ketepikan..
- panaskan minyak dan tumis bawang besar serta capsicum cincang hingga wangi ..
- masukkan ayam kisar , garam serta blackpepper dan kacau rata, tutup api dan biar sejuk sedikit
- sudukan 2 s/b adunan Bisquick td ke dlm acuan muffin, masukkan 1s/b campuran ayam kisar dan cheddar cheese..
- tutup kembali dgn 1 s/b adunan Bisquick Mix
- bakar selama 25- 30 minit atau sehingga masak dan keperanagn..
- keluarkan dr oven dan cungkil keluar ( muffin  ni senang keluar dr acuan dia)


* boleh gunakan apa2 lauk kegemaran...muffin ni sng dikeluarkan masa panas ye, bila sejuk dah agak susah nk keluarkan*



Chicken n Capsicum Muffin....





Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua...muffin ni sebenarnya Liza buat dah lama tapi selalu je tak sempat nk masukkan resepi kat sini..anak2 cakap macam mkn nugget pulak, alhamdulillah

Bisquick mix ni Liza buat sendiri je, sng sangat n terjamin dr segala segi kan...jom kita tgk resepi kat bawah ye..


BISQUICK MIX

Bhn2:

  • 6 cups all purpose flour
  • 3 tablespoons baking powder
  • 1 tablespoon salt
  • 1 cup vegetable shortening
Directions
  1. Sift flour, baking powder and salt three times into a large bowl.
  2. Cut in shortening with a pastry blender until mixture resembles fine crumbs.
  3. Store mixture in airtight container in the refrigerator up to 4 months.






CHICKEN N CAPSICUM BREAKFAST MUFFIN

Bhn2: ( 6 biji muffin )

1/2 cawan bisquick mix
1/2 cawan susu segar
2 biji telur
Secubit garam

200gm ayam kisar
1 biji bawang besar - cincang
1 biji capsicum hijau - cincang
1 cawan cheddar parut - nk lebih pun boleh
Sedikit bserbuk blackpepper
2 s/b olive oil / butter / minyak masak






- panaskan oven 180 C dan lengser acuan muffin dgn sedikit butter.
- campurkan Bisquick Mix, susu segar dan telur..
- kacau rata dgn whisk dan ketepikan..
- panaskan minyak dan tumis bawang besar serta capsicum cincang hingga wangi ..
- masukkan ayam kisar , garam serta blackpepper dan kacau rata, tutup api dan biar sejuk sedikit
- sudukan 2 s/b adunan Bisquick td ke dlm acuan muffin, masukkan 1s/b campuran ayam kisar dan cheddar cheese..
- tutup kembali dgn 1 s/b adunan Bisquick Mix
- bakar selama 25- 30 minit atau sehingga masak dan keperanagn..
- keluarkan dr oven dan cungkil keluar ( muffin  ni senang keluar dr acuan dia)


* boleh gunakan apa2 lauk kegemaran...muffin ni sng dikeluarkan masa panas ye, bila sejuk dah agak susah nk keluarkan*



Pizza Pepperoni....

 
 
 
Buat lagi pizza guna resepi kat SINI, tq kak Azie...pizza ni mmg lembut n sedap

 
 

RESEPI HOMEMADE PIZZA DOUGH
 
Bhn2:
 
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

 

Cara cara:

 

Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.


Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.


Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan


Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.


Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian


 
Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.

Siaaap doh yang gebu dan lembut ini.  Siap untuk diletakkan sos dan topping
 

Mutton Varuval...





Assalamualaikum wbt....tinggal beberapa hari je lagi nk raya kan, so sesuai sgt la kalau buat menu ni nnt,hihii

Menu ni mmg sdp, ala2 yg kita makan kat kedai mamak tu...tapi yg ni lagi sdp la sbb kita masak sendiri dgn kasih sayang kan. kalau tgk kat SINI, Liza buat versi pekat sikit...terpulang la pada selera masing2 ye






RESEPI MUTTON VARUVAL / KAMBING VARUVAL
Bhn2:

500gm dgg kambing - potong kecil
1 s/b serbuk kunyit
1 s/b serbuk ketumbar
1s/k serbuk jintan putih
- semua rempah diatas diperap bersama dgg lebih kurang 15 minit

2 s/b serbuk kari daging
1 biji bawang besar - mayang
1 inci halia*
3 ulas bawang pth *
3 s/b cili mesin
4 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
Sedikit kicap manis
Garam, gula secukup rasa
Sdkt air








- tumbuk bhn bertanda *
- panaskan sedikit minyak, tumis bhn tumbuk, daun kari, rempah 4 sekawan dan bawang besar hiris hingga naik bau..
- masukkan cili mesin dan serbuk kari daging, kacau dan biar sedikit garing..
- masukkan daging kambing, sedkit air dan masak hingga mendidih.
- masukkan kicap, garam dan gula dan sesuaikan rasa ikut selera masing2 ye..
- masak dgn api sederhana hingga mendapat kepekatan yg diingini..

* sesuai sgt kalau makan dgn nasi berperisa, roti canai atau roti jala*


Saturday, October 22, 2016

Laksam Spesel Resepi Turun Temurun....





Liza dan laksam berpisah tiada,hihii


RESEPI LAKSAM HOMEMADE SPECIAL
BHN2 LAKSAM :

4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Sdkt minyak

- cara2 buat laksam blh tgk link kat atas yer..


BHN2 KUAH :

10 ekor ikan sardin / kembong - rebus dan ambil isinya
15 ulas bwg merah
2 inci halia
2 s/t serbuk lada hitam
2 biji santan kelapa
Garam
Gula, srbk perasa

- kisar halus ikan rebus, bwg merah, halia bersama sedikit santan.
- masukkan ke dlm periuk, masukkan lebihan sntan dan serbuk lada hitam.
- masak dgn api sederhana,masukkan garam, gula dan srbk perasa.
- biar hingga didihdan tutup api.

#kuah laksam ni perlu sentiasa dikacau utk mendapatkan kuah yg cantik dan tidak berketul2..#






Banana Caramel Sundae...



Ni gara2 terliur dok tgk kat TV la ni,akhirnya bila ada pisang maka terjadilah dgn sengaja...sedap tapi tak boleh selalu makan ye, nnt potong kaki,hihii

Kalau nk buat milkshake pun boleh, cuma tambahkan susu segar n ais je..pastu blend






BANANA CARAMEL SUNDAE

Bhn2:

8 biji pisang emas - potong kecil
2 s/b butter
2 s/k brown sugar

- panaskan pan dan cairkan butter
- masukkan brown sugar dan biar cair
- masuk pisang dan pastikan ia diselaputi caramel di kedua2 belah
( masak dgn api perlahan ye)
- bila dah siap, sudukan ke dlm eskrem vanilla..



Sandwic Pisang n Nutella Bercheese...






Saje nk share idea dgn kawan2 semua,,kadang2 pening jugak kan, tak tau nak masak apa utk breakfast...mmg kena plan awal sbb pagi2 lagi dah nak sediakan utk anak breakfast n bawak bekal...
Macam anak2 Liza pulak, diaorang mmg kurang suka kalau makan yg heavy sebelum g sekolah...jadi nak tak nak Liza mmg kena pelbagaikan menu utk diaorang

Kalau dulu Liza pernah buat filling peanut butter dgn pisang tapi kali ni Liza tukar guna nutella pulak..anak2 cakap yg ni lagi best,hihihi suka hati la anak2ku...jnji korang happy n berselera






RESEPI SANDWIC PISANG N NUTELLA BERCHEESE

Bhn2:

6 keping roti sandwic
Nutella secukupnya
Pisang secukupnya - potong kecil
3 keping cheddar cheese
Sedikit butter



- ambil sekeping roti dan sapukan nutella di atasnya..
- ltk hirisan pisang dan sekeping cheese..
- ambil sekeping lagi roti dan ltk di atasnya..
- sapu sedikit butter dan bakar hingga agak2 cheese cair..
- sedap tau tak, rugi sape tak buat



Fried Fish with Chili Sauce / Plaa Raad Prik..





Sejak akhir2 ni Liza mmg suka sgt masak lauk2 siam ni, rasa berselera je makan dgn rasa masam n pedas ..rasa lauk ni seakan2 sweet sour tapi versi lain, kalau nk tau, mmg kena try..

Juga amik resepi dr dapur Thailand sbb nak rasa yg betul2 kesiaman la,hihii
Malas pulak rasa nk translate, Liza CnP je la ye...faham kan, sng je ni





FRIED FISH WITH CHILI SAUCE

Bhn2:

  • 1 whole red grouper (or any white fish) 1-1.5lbs (.6-.7kg)
  • 1-2 cups oil for deep frying
  • 1 teaspoon salt
  • 1/2 cup garlic cloves
  • 1/2 cup small thai chilies (mix a few orange chilies or long chilies in if you wish)
  • 1/2 cup tamarind paste (1/4 cup tamarind pulp + 1/4 cup hot water, squeezed)
  • 1/4 cup palm sugar
  • 2 tablespoons fish sauce
  • A few sprigs of coriander
  • Directions

    1. Smash the garlic cloves slightly in a stone mortar and pestle, or with the back of a knife. If not using thin-skinned Thai garlic, remove the skins. Add the chilies and smash. Do not smash to a paste.
    2. Combine the tamarind with the hot water and squish it with your fingers to create a paste. Strain and set aside.
    3. Clean the guts out of the fish and remove the scales. Wash and pat dry. Rub the fish with the salt, then make 3-4 deep slices into both sides of the fish.
    4. Deep fry on medium heat until crispy and golden brown, about 5 minutes per side. Set the fish aside on a rack or plate. Remove the oil from the wok, but reserve it to use in the sauce.
    5. Add 1/2 cup of the used oil back to the pan. Fry the garlic and chilies until fragrant on medium or medium-low heat. Keep stirring at all times to prevent the garlic from burning. The garlic should not be brown and crispy, only slightly browned and still soft. If you overcook it, ditch it and start a new one.
    6. When the garlic is fragrant, add the tamarind water, palm sugar and fish sauce. Bring the heat up and boil for about 1-2 minutes, stirring well.
    7. Pour the sauce over the fish and garnish with a few sprigs of coriander.

     

     

    Note:

    You can use any white meat (non-fishy) fish for this recipe.
    If you have issues with eating a whole fish, you can use fish fillets. Just make sure they're thick enough as to be soft & meaty inside after frying.
    Thai garlic is very thin skinned, so in dishes such as this the skin is usually thrown in. If using the large white garlic found in the US, take the skin off first.


    Thai Basil Chicken / Pad Kra Pao Gai...




    Assalamualaikum wbt dan selamat malam..lauk ni Liza buat pun dah lama, hihii...mmg sedap dan sangat sedap dgn rasa daun thai basil atau selasih tu..kalau diikutkan lauk ni sebenarnya makan dgn telur grg mata je dah cukup...tapi yg ni Liza makan dgn tomyam,hihi

    Jom tgk resepi kat bawah ye...Liza dapat dr SINI





    RESEPI THAI BASIL CHICKEN

    Bhn2:

    1 keping dada ayam - potong kecil ( Liza guna ayam kisar je)
    5 ulas bawang putih*
    4 biji cili api *
    1 s/m minyak masak
    1 s/t sos tiram
    1/2 s/t kicap manis
    1/2 s/t gula
    1/2 s/t kicap cair
    Sedikit air
    1 genggam daun thai basil / selasih





    - cincang bhn bertanda *
    - panaskan minyak dan tumis bhn cincang hingga Wangi
    - masukkan ayam dan semua sos..
    - sekiranya kering, tambah air dan masak ayam hingga masak..
    - padamkan api dan masukkan daun thai basil
    - sedia dihidang bersama telur mata grg..



    Wednesday, October 19, 2016

    Killer Soft Donut...



    Assalamualaikum wbt...lama rasanya tak bersiaran kat dapo kesayangan ni...berbalik pada donut ni, Liza buat pun masa abg cuti ari tu, terasa nk mencuba resepi killer soft bread tu...tapi Liza olah buat donut dan menggunakan hanya kuning telur dalam adunan..

    Terima kasih pada penyumbang resepi dan kawan2 yg memanjangkan resepi ni...donut ni mmg lembut, tak cukup satu adunan, lain kali mmg kena doublekan adunan la nampak gayanya,,





     
     
     
    RESEPI KILLER SOFT BREAD / DONUT
     
     
    Bhn2:
     
    260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
    3 gram ragi instant
    180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )- Liza guna kuning telur + susu segar
    30 gram gula pasir
    30 gram butter
    2 gram garam
    
     
     



    Caranya
    1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
    2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
    3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
    4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera 
    5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
    6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
    7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing




    Thursday, October 13, 2016

    Strawberry Bread Pudding with Chocolate Crumble...




    Kadang2 tu bila asyik buat menu yg sama pun boring jugak kan..bread pudding ni dah kali kedua Liza buat, Alhamdulillah family suka sgt2...utk filling tu tak semestinya guna strawberry, blh je guna apa2 filling kesukaan kita




     
     
    
     
    RESEPI STRAWBERRY BREAD PUDDING WITH CRUMBLE
    Bhn2:

    10 kpg roti - dadu
    3 cawan susu segar
    2 biji telur - kocok sedikit
    4 s/b gula perang
    100gm strawberry filling - nk letak lebih pun boleh


    - panaskan oven pada suhu 150C
    - gaul sebati semua bhn di atas KECUALI strawberry filling..
    - masukkan roti dan rendam selama 30 minit - 1 jam.
    - tuang adunan ke dlm loyang yg telah dilengser mentega.dan sudukan strawberry filling ke dlm adunan secara marble..
    - tabur crumble di atas puding dan bakar secara ' steam bath' selama 50 minit atau sehingga keperangan..

    Liza on kan kipas ketuhar semasa bakar pudding ni...
     
     
     
     
     
     
    Chocolate Crumble
    Bhn2:

    60 gm tepung gandum
    15 gm serbuk koko
    35 gm marjerin/ mentega sejuk
    35 gm gula

    - gaul semua bhn hingga menjadi serbuk roti.
    - tabur atas puding tadi dan bakar..

    



    Ayam Madu Prune...





    Ayam madu prune ni asal dr ayam madu nasi kandar resepi dr ayahanda Mamak Haji, tapi disebabkan Liza ganti kurma dgn prune, maka terjadi lah tajuk ayam madu prune,hihii

    Liza gandingkan dgn nasi bukhari ari tu, mmg satu gandingan yg mantap memikat...







    RESEPI AYAM MADU NASI KANDAR

    Bhn2:


    1 ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
     250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air)- xde stok, Liza ,letak prune
    100gm buah kismis.
    50gm buah gajus
    2 sudu besar gula pasir. - Liza ltk 1 s/b je
    1 sudu besar serbuk cili.
    1 susu besar Jintan putih.
    1 sudu besar Jintan manis.
    1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
    5-7 biji pelaga, 5 kuntum cengkih, 5 kuntum bunga lawang- untuk ditumis.
    1 helai daun pandan (potong dalam 2-3 inchi).
    2 in, halia +  2 biji bawang besari + 5-7 ulas bawang putih dikisar halus.
    sedikit bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
    1 biji bawang besar(labu)
    Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.
    2  sudu besar perahan air limau nipis atau lemon.






    CARA MEMASAK:
    1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing sangat.Ketepikan

    2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.

    3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkan bau yang harum masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan pula bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.

    4. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan. Masukan garam yang sederhana.

    5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng. Kacau serata.

    6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba

    Nasi Bukhari...






    Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa pada rakan2 yg berpuasa sunat ari ni...nasi ni Liza buat minggu lepas, masa abang balik bercuti..rasanya pestime Liza buat nasi bukhari ni, mmg tak mengecewakan tapi adik tak berapa suka , mungkin jugak sebab rasa nasi ni yg berempah..apa2 pun terima kasih pada Kak Ummi yg memanjangkan resepi ni..

    Izinkan Liza CnP resepi ye kak, malas pulak nk menaip...hihi





    RESEPI NASI BUKHARI

    Bahan (untuk 8 - 10 orang)
    3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
    rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)4 cawan air
    3/4 cawan susu sejat
    1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)3 biji cili hijau - dibelah
    1 pokok daun ketumbar
    2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap bijisedikit gula (optional)garam secukup rasa
    2 sudu besar minyak sapi
    4 sudu besar minyak jagung/minyak sayurbawang goreng untuk tabur - akak x buat punhirisan daun bawang - tabur (akak x letak)
    Bahan Kisar:-
    5 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    2 inci halia







    Cara Memasak:-
    1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
    2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
    3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
    4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
    5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
    6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
    7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (*akak makan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) - SELAMAT MENCUBA...
    Liza makan dgn ayam madu nasi kandar,sedappppp

    Tuesday, October 11, 2016

    Ferrero Rocher n Chocolate Ice Blended...




    Bila tgk stok coklat Ferrero ada bnyk lagi, mula la dok berkira2 nk buat apa, nk buat kek rasa malas la pulak..maka pikir punya pikir, buat la ice blended ni sbb cnfrm anak2 akan suka, mak anak pu join sekali,hihii

    Resepi asal dr Kjee, katanya Uncle Pali punya killer product la,hihii...tq Kjee sbb sudi panjangkan resepi ni


    Boleh je nk tambah apa2 coklat...




    RESEPI FERRERO ROCHER N CHOCOLATE ICE BLENDED

    Bhn2:

    2 s/b milo
    1 s/k serbuk koko - Liza guna s/b
    3 s/b susu pekat manis - Liza guna 11/2 s/b je
    5 s/b susu cair - xletak
    1 mug ais
    4 biji coklat Ferrero Rocher

    Hiasan:

    Whipping cream
    Syrup chocolate Hershey's
    1 biji Ferrero Rocher - pecah2kan






    - blend semua bhn dan masukkan ke dlm gelas..
    - hiaskan dgn bhn hiasan
    - slurpppp


    Sedap sgt dgn rasa kekacang dr coklat tu..



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...