Monday, August 26, 2013

Apam Sua / Puri / Tokyo....


Kuih ni katanya mmg biasa jual kat Kelantan, tp jujur mmg Liza tak pernah tgk dan makan kuih ni..mgkn jugak sbb hayat dok kat sana singkat sgt, tak sempat nak berkenal kenalan dgn kuih muih tradisi kat sana...hihihi

Hari tu adik Liza datang rumah dan dia tanya pasal kuih ni( rasa2nya la), dia ngn hubby beria2 menggambarkan rupa bentuk kuih ni pada Liza, so Liza agak2 sendiri mcm ni la bntk dia kan...ni pun kes terjumpa resepi kuih ni kat fb Ibu Zai..terima kasih ye

Disebabkan mmg tak pernah kenal kuih ni, jadi kejadian dia tak berapa cantik, takpe la kan...


RESEPI KUIH APAM SUA/ PURI/TOKYO 1

Bhn2:

Kulitnya:

2 cawan tpg gandum
1 biji telur1 paket yis
4 c/t gula
2 cawan air
Sedikit garam
Pewarna kuning

- semua bhn diblendkan dan perap 5 minit shj..
Inti:

1 cawan gandum
2 c/b tepung kastad
1 cawan gula
3 cawan air
Pewarna kuning
- kacau semua bhn atas api sederhana hingga likat..





Boleh jugak kalau nak gunakan resepi dr Norhayati Salleh, Liza mintak izin share resepi kat sini ye, tq..

RESEPI APAM SUA 2 :
Bhn2 kulit:

2 cwn tepung gandum
2 cwn air
1 cwn susu kotak / santan / susu cair
1 sdt yis
4 sdb gula
1/2 sdk garam
1 sdt eno

Inti:
1 cwn tpg kastard
4 cwn susu/ santan ( sy gn susu kotak)
1/2 sdk grm
3 sdb gula

Cara2:
Untuk kulit: Satukan tepung, air, gula , secubit garam dan santan ke dalam satu bekas.Kacau dengan whisk hingga larut kesemuanya, masukkan yis dan kacau lagi lagi hingga betul-betul larut. Selepas itu rehatkan adunan tadi selama 1 jam hingga adunan naik. Apabila adunan naik letakkan beberapa titik warna .. Selepas itu letakkan eno ke dalam adunan yang telah naik tadi dan kacau hingga buih pada adunan tadi mengecil.
Panaskan pan non-stick, letakkan sedikit majerin dan sendukkan 1 senduk kecil adunan tadi dan layangkan diatas pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama..letak inti lipat gn plastik..
Untuk inti: Campurkan ke semua bhn2 dan masak atas api yg kecil hingga pekat atau meletop2 kecil tutup api dn sejukkan..

Kuih Sagupal Bonda....


Ni sebenarnya menu kuih berbuka hari tu, request dr cik hubby..mmg peberet dia lah ni...Liza buat pun tak banyak sbb anak2 kurang mkn kuih2 cmni...



RESEPI SAGUPAL BONDA

Bhn2:
2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
4 mangkuk santan
Sehelai daun pandan
Sedikit halba
Sehiris nipis halia
Gula pasir secukupnya
Secubit garam

- masukkan sagu ke dlm bekas besar dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
- buat hingga sagu blh dikepal dan ketepikan.
- masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
- masukkan sagu yg telah dikepal td dan masak hingga sagu betul2 masak.
- sejukkan dan sedia dihidangkan.. senangkan...

Biskut Milo..



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...hari ni tayang kukis lagi, adik mmg suka sgt ngn kukis ni, ye la dah rasanya milo kan...tiap2 hari mst bawak g sekolah...kalau ikut resepi ni mmg banyak, jadi Lizabuat separuh adunan je, dapatlah lebih kurang 100 keping...

Resepi ni Liza dapat dr fb Sabariah Bahar, mintak halal ye kak resepi ni...



RESEPI BISKUT MILO

Bhn2:

2 cawan marjerin
2 cawan gula castor...

4 sudu makan whip cream
4 sudu makan susu pekat
2 cawan milo
2 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
6 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung

Pukul marjerin dan gula hingga kembang
Masukkan putih telur, vanilla, susu dan cream. Gaul sebati
Masukkan bahan2 yg lain dan uli hingga menjadi doh
Balut doh dgn plastik dan simpan dlm peti sejuk selama setengah jam sebelum di terap
Bakar dgn suhu 185C selama 20 minit atau hingga masak..




Saturday, August 24, 2013

Fresh Fruit Garden Cake / Kek Buah Buahan Segar....Happy Birthday Abg



Hari tu kakak ada sebut nk mkn kek yg ada buah2 kat dlm tu..mula2 tu Liza ingatkan kek buah, pastu dia cakap kek tu umi dah pernah buat, yg ada krim ngn buah strawberry kat dalam tu...ooo itu rupanya, so balik dr kpg hari tu, singgahlah kat Genting Strawberry Park utk beli strawberry, buah2 yg lain semua dah ada..

Dan kebetulan raya hari tu birthday abg, jadi kira buat sekali la..at least abg pun dapat merasa sebelum balik hostel kan...



RESEPI FRESH FRUIT GARDEN CAKE

Bhn2 kek span:

250gm tepung sponge mix
50ml air
1 s/k ovalette
5 biji telur B
50ml minyak / butter cair
1 s/k esen vanilla

- satukan semua bhn KECUALI minyak / butter cair.
- pukul hingga betul2 putih dan gebu.
- masukkan minyak / butter cair sedikit2 sambil dikaup balik.
- tuang dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah digris dan dilapik kertas..
- bakar dalam ketuhar 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak..
- terbalikkan kek sejurus dikeluarkan dr oven, lepas 10 minit terbalikkan semula, sejukkan..
- potong kek kepada 2 @ 3 bhgn..

Bhn2 lain:

300ml whipping krim - pukul hingga kental
1 tin buah buahan koktel - asingkan buah dan airnya
Buah buahan segar - blh guna apa je buahan segar, strawberry, epal, anggur, peach, kiwi dan lain2..- potong dadu
Coklat putih - parut



- ambil sekeping kek dan letakkan atas pinggan @ pelapik kek.
- sapu kek dgn air buah2 buahan koktel ( utk lembapkan kek).
- letakkan krim putar dan ratakan.
- tabur buah buahan koktel dan sedikit buahan segar.
- letak lapisan kek seterusnya dan ulangi langkah yg sama.
-sapu keseluruhan kek dgn whipping krim dan tabor coklat putih parut.
- hias kek dgn buah buahan segar..








Wednesday, August 21, 2013

Kalau Hati Sudah Jatuh Cinta...Cendawan Goreng Tepung Tempura


Kalau dulu2 tak nak makan la konon, pastu bila dah start mkn, asyik dok terbayang2 je...tu la penangan cendawan grg tepung ni, sedap rupanya ye....hihii

Pantang tgk cendawan mst terus terbayang celup tepung, kalau boleh dan dan tu jugak nk  mkn..huisshhh ni kes parah dah ni...betulll, Liza tak tipuuu...



RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG TEMPURA

Bhn2:
Cendawan tiram - bersih dan keringkan
Tepung tempura secukupnya
2 biji telur -kocok sikit
Minyak

- panaskan minyak.
- salut cendawan dgn tepung tempura.
- kemudian celup dlm telur dan salut tepung sekali lg..
- grg dgn api sederhana hingga garing. angkat..
- sedap dimakan masa panas, cicah dgn sos kegemaran.

Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup

Untuk hasilkan cendawan goreng tepung yang rangup , lepas basuh cendawan tu , kita mesti perahkan cendawan tersebut hingga kering air cendawan tu, lepas tu barulah celup dalam tepung n telur dan goreng dalam minyak yang panas.

Kerabu Pucuk Paku...



Assalamualaikum wbt...kerabu ni mmg best, dapat hilangkan muak dgn rasa pedas dan masam...bg lah kerabu apa pun, Liza mmg suka..kali ni Liza buat kerabu pucuk paku tanpa guna santan..



RESEPI KERABU PUCUK PAKU

Bhn2:

1 ikat pucuk paku
1-2 ekor ikan kembung - bersihkn dan bakar / rebus
3 ulas bawang merah*
10 biji cili padi*
1 cawan kelapa goreng
Air asam limau secukupnya
Garam, gula

- bersikan pucuk paku dan celur sebentar, masukkan ke dlm mangkuk besar.
- ambil isi ikan kembung dan ketepikan..
- tumbuk bhn2 bertanda * dan isi ikan.
- campurkan semua bhn ke dlm mangkuk pucuk paku td, gaul sebati..
- kerabu ni mesti ada rasa masam dan pedas..

Tuesday, August 20, 2013

Biskut Badam....


Resepi biskut dr dapur Kak Norlie, thnx kak...sedap n lemak biskut ni...



RESEPI BISKUT BADAM

Bhn2:
250g mentega @ 2 cwn majerin
3/4 cwn gula halus
1bj kuning telur
1sudu teh esen vanila
1 cwn badan hancur
2 cwn tpg jagung
2 cwn tpg gandum
hiasan ikut suka
- panaskan oven 170C..
- pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen
- masukan bdm hancur ,tpg jagung dan tpg gandum uli dan terap mengikut acuan pilihan dan hias ikut kreativiti masing2..
- bakar 20 minit atau hingga perang..



Crispy Cheezy Sandwic....



Assalamualaikum wbt salam manis buat semua...hari tu try buat sandwich yg bercheese ni, tak sangka hubby ngn anak2 suka sgt...adik siap mkn bertambah2 lg padahal selama ni dia kurang sikit dgn cheese2 ni, tak sukaa...idea ni Liza dapat masa dok tgk satu rancangan masakan kat Astro...Alhamdulillah menepati selera kitaorg...pada mereka yg suka sgt dgn cheese, apa kata try buat sandwich ni, kompem tak pandang makanan lain dah...hihii



Liza gabungkan 2 jenis cheese dan sos béchamel @ sos putih berkeju..mmg yummy..



RESEPI CRISPY CHEEZY SANDWIC

Bhn2:

Roti gardenia secukupnya - nak guna brand apa pun xkisah
Beberapa keping keju cheddar
Beberapa keping chicken meatloaf
Parutan keju cheddar secukupnya
Parutan keju mozzarella secukupnya
Sos bechamel / sos keju /sos putih
Garlic butter

- sapu garlic butter pada setiap keping roti ( sebelah shj) dan tabur parutan keju cheddar diatasnya..
- panggang sekejap bhgn yg disapu butter td hingga kekuningan, angkat..
- letak sekeping chicken meatlof, sekeping keju cheddar, parutan mozzarella dan sos bechamel diatasnya dan tutup dgn sekeping roti lg..
- bakar didlm oven 170C selama lebih kurang 7-8 minit atau sehingga keju cair..
- sedia dihidang panas...



Sos Bechamel / Sos Putih / Sos Keju

Bhn2:

2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api.

Saturday, August 17, 2013

Tat Gulung Nenas...


Ni la peberet hubby, tiap2 tahun mst kena buat, kalau tak raya pun Liza akan buat kalau rajin...hihihi

Kali ni Liza try buat guna resepi dr dapur Noor Masri, mmg tak menghampakan, lembut dan gebu...hubby suka sgt..thnx ye Noor..



RESEPI TAT GULUNG NENAS

Bhn2: ( 180 biji )

1 kg tepung gandum
625g mentega (2 1/2 buku mentega)
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus
15g gula halus-optional
1 sudu teh esen vanilla
 
1 kg jem nenas
 
Sapuan:
1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau sebati
 
Cara membuat:
1.Campurkan kuning telur,putih telur,garam,esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk
   kecil.Pukul sedikit.
2.Dalam mangkuk besar,gaulkan mentega,gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.
3.Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung,picit
   dan letakkan jem.Kemudian gulung.
4.Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau
   sehingga masak.(suhu dan masak bergantung pada jenis oven)
 
*Jika adunan keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi marjerin/mentega
  sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.
 
 
 

Biskut Almond London...



Biskut almond london yg rangup, mmg peberet anak2 ni..kali ni Liza cuma bancuh doh dia je, yg lain anak2 settlekan...tu yg jadi haru biru biskut ni...hihihi

Resepi dr Nizamadey tp Liza CnP dr dapur Rahel...thnx ye kedua2nya...

RESEPI ALMOND LONDON

Bahan2 :(150 biji)
 
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
   Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.



Biskut Semperit Susu....wallaaa



Biskut semperit susu yg best sgt, Liza mmg suka biskut ni sbb rasa lemak n manis dr susu tu, perghhhh mmg layan la...habis sebalang pun mmg tak sedar...tak caya cubalah, yg paling Liza suka kan, biskut ni tak guna telur langsung...

Resepi ni hasil skodeng dr rumah Anna, sumber resepi ni katanya dr Farah Salleh(Fb) dan Zack,thnx semua atas perkongsian resepi ni, jom kita tgk resepi ye...

RESEPI SEMPERIT SUSU

Bhn2:

125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan






Cara:
  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

Biskut Bangkit Asli...



Sebenarnya Liza mmg trauma nk buat biskut bangkit ni sbb dulu2 Liza buat ikut satu resepi dr majalah dan biskut bangkit ni tak menjadi, keras sgt2...almaklumlah masa tu tak berapa pandai nk agak tepung, ikut sebiji2 dlm resepi, sekarang ni alhamdulillah la setakat nak buat utk family tu..tapi takde la pandai sgt..belajar dr pengalaman kan..hihihi



Tapi alhamdulillah resepi biskut bangkit dr Kak Besah ni mmg gerenti menjadi dan sedap...anak2 n hubby cakap macam bangkit yg beli kat kedai...tapi Liza ada tambah  baking powder utk bagi nmpak biskut bangkit ni merekah kat atas tu..

Terima kasih Kak Besah atas resepi ni...

RESEPI BISKUT BANGKIT ASLI

Bhn2:

  • 3 cawan rata tepung ubi (+-300g)
  • 1/2 cawan tepung gandum(+-50g)
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa(tak campur air)
  • 1 cawan rata gula ising(+-130g) - ( yg ni utk manis sedang2. kalau nk manis btol gunalah gula halus/gula kisar)
  • 2 biji kuning telur grade B
  • sehelai daun pandan disiat & disimpul
  • sedikit bijan utk hiasan - xletak
  • 1/2 s/k baking powder - Liza tambah             
  • Cara-cara

    1. campur kedua2 jnis tepung lalu digoreng tanpa minyak(sangrai) dlm kuali hingga ringan. lpastu ayak dan sejukkan.
    2. masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.                
                             
    3. ayak gula ke dalam mangkuk. campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. mula2 memang sukar.. lps tu ok. kacau dgn pemukul telur manual jer hingga sebati.tp, kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.
    4. gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. kuihni kena banyak uli. uli dgn tapak tangan macam uli doh. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x smestinya habis digunakan yer..                
                             
    5. ambil seketul doh, gelek dgn penggelek antara dua helai plastik. celup acuan dlm tepung sebelum menerap kuih. susun atas loyang yg telah dilenser dgn majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nk canai & gelek doh kena diuli lagi spaya kuih jd rangup.                
                             
    6. sapu dengan nipis ditengah2 atas kuih dgn putih telur lalu ditabur sedikit bijan. puth telur brtujuan utk lekatkn bijan saja, jgn sapu berlebihan, takut serap pd doh yg akn mnyebabkan biskut jd keras.                
                             
    7. bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu +- 150c selama 30 mnt atau hingga masak. ikutlah kepanasan oven masing2 yer..

     
    
     
     
     
     
     

    Cornflake Madu...biskut raya wajib

    Assalamualaikum wbt dan Salam Lebaran utk semua...dikesempatan ini Liza memohon ampun dan maaf sekiranya selama berblog ini Liza ada mengguris perasaan dan menyinggung hati sesiapa sahaja tanpa Liza sedari...semua yg baik itu dtg dr Allah swt dan yg buruk itu dr diri Liza sendiri...maaf atas segalanya..




    Ni adalah antara biskut yg wajib ada setiap kali lebaran, anak2 suka sgt..buat satu balang mmg sekejap je habis...org lain dah lama tayang biskut raya, Liza baru berkesempatan, almaklumlah bz dok tido...ihhihii

    RESEPI CORNFLAKE MADU

    Bhn2:

    325gm cornflake
    6 s/b butter
    8 s/b madu
    3 s/b gula pasir
    Manik berwarna
    Cawan kertas secukupnya


    - panaskan oven 160C.
    - panaskan madu, gula pasir dan butter hingga cair.
    - masukkan cornflake ke dlm bekas besar, tuangkan campuran madu dan gaul sebati.
    - ambil sesudu cornflake dan masukkan ke dlm cawan kertas dan tabur manik berwarna, susun di dlm loyang.
    - bakar 10-15 minit atau hingga keperangan..

    Friday, August 2, 2013

    Rojak Mee....



    Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...insyaallah Khamis nnt kita semua akan menyambut Syawal, mst semua tgh sibuk packing barang utk balik kpg kan..semoga perjalanan kita semua akan selamat dan dipermudahkan olehNya...Aamiin

    Berbalik pada rojak mee ni kan, Yana mmg suka sgt makan..kalau kat kedai dia tak nak sbb dia cakap umi buat lg sedap, jadi nak tak nak umi dia terpaksa jugak la buat, kesian...mmg dia pulun habis tiap kali Liza buat rojak mee tak kira lah guna resepi kat SINI ataupun SINI...dua2 pun mmg sedap...



    Kali ni Liza guna resepi dr Mamasya lagi, thnx ye...

    RESEPI ROJAK MEE


    Bhn2 kuah:

    1 kg keledek - rebus dan kisar dgn air
    15 tangkai cili kering - kisar
    1 cwn kcg tanah - grg dan kisar
    25 gm bijan (xletak)
    Gula (tambah gula melaka)
    Garam
    Sedikit kicap utk kaler - Liza tambah ni

    - masak semua atas api dan perasakan..
    - suka buat resepi ni sbb senang sgt dan hasilnya pun sedap..





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...