Thursday, May 18, 2017

Rendang Daging Bonda...


Rendang yg sentiasa mendapat tempat di hati family Liza...resepi arwah ma yg sedap bg kami..selalunya kalau terasa nk mkn pulut kuning atau ketupat, inilah rending yg akan Liza buat.







RESEPI RENDANG DAGING BONDA
Bhn2:
1 kilo dgg -potong kecik
1 biji santan
6 ulas bwg merah*
2 btg serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
11/2 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah kari
1/2 s/t srbk ketumbar
1/2 s/t srbk jintan manis
1/2 s/t srbk jintan pth

4 s/besar cili mesin
kerisik
daun kunyit- potong halus
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa









- mesin halus bhn bertanda *
- masukkan dgg, santan, dan semua bhn kecuali kerisik dan daun kunyit ke dlm kuali.
- bila dh hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit.
- masak hingga kering (kepekatan rendang bergantung pada selera msg2)
- sedia dimkn dgn nasi,pulut kuning dan nasi impit..


Quesadilla..





Quesadilla ni kalau tak silap Liza gabungan tortilla, sebarang filling dan cheese..pastu kita grill sampai cheese cair







QUESADILLA

Bhn2:

Tortilla secukupnya
Chicken meatloaf / filling lain - kukus kjp
Cheddar / mozzarella cheese


- ambil sekeping tortilla, letakkan sekeping chicken meatloaf dan tabor cheese
- tutup dgn sekeping lagi tortilla dan grill di atas api sederhan hingga cheese mencair
- angkat dan sedia di mkn




Bun Cheese Leleh..



Assalamualaikum wbt...sebenarnya dah lama Liza cuba buat roti cheese leleh ni, bagi Liza rasa dia mmg sedap..jadi pada sesiapa yg nk try tukar selera tu blh la cuba buat menu ni..cnfirm anak2 suka







Roti tu blh guna mana2 resepi roti yg kita suka dan adunan cheese tu pun macam biasa yg kita buat cheese leleh tu je, sng kan..





                                    Memang meleleh kan



Tuesday, May 16, 2017

Siakap Nam Prik Pao...




Salah satu masakan Thailand, pestime kitaorang makan terus jatuh cinta..dulu mkn sotong masak nam prik pao ni tapi disebabkan stok sotong xde, Liza cuba buat guna ikan siakap pulak..mmg sedap dan lebih sedap lagi kot dr restoran,hihihi

Resepi ni Liza amik dr SINI, tq ye pada empunya resepi







PES CILI SANGAI (NAMPRIK PAU)
 
Bhn2:

1 gengam kecil udang kering
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah (saiz besar)
3/4 paket Cili boh Adabi
3 sudu besar Asam Jawa Pekat Adabi
1 keping nisan
3 sudu besar sos ikan

Cara-cara :
1) Bawang merah & bawang putih dimayam halus

2) Panaskan minyak dan goreng bawang merah & bawang putih hingga kekuningan
3) Ketepikan sebentar
4) Blend bawang merah, bawang putih, udang kering & cili boh
5) Panaskan minyak, tumis bahan-bahan blend hingga wangi
6) Masukkan nisan (gula Melaka), sos ikan & air asam jawa
7) Masak menggunakan api sederhana sehingga pes menjadi pekat
8) Siap untuk diguna dalam masakan

Liza buat lebih n simpan dlm fridge, blh guna utk nasi grg dan apa saja...sedappp


 
 
IKAN SIAKAP NAMPRIK PAU

Bhn2:

1 ekor ikan siakap – digoreng garing

2 ulas bawang putih
2 bawang merah
3 helai daun limau purut (dihiris)
2 sudu besar daun ketumbar (dipotong)
2 batang serai (dihiris halus)
3 biji cili api (dihiris halus)
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh sos tiram
Gula secukup rasa
Pes cili sangai (ikut kuantiti yang dikehendaki untuk ikan & kuah)

1) Sediakan bawang merah dan bawang putih untuk menumis
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehinga kekuningan
3) Masukkan pes cili sangai
4) Masukkan sos tiram
5) Masukkan air limau nipis
6) Masukkan gula secukup rasa
7) Masukkan cili api yang dihiris halus
8) Masak hingga mendidih
Siap dan lulur di atas Ikan Siakap yang telah digoreng serta taburkan daun limau purut, daun ketumbar dan serai untuk hiasan.
 
 
 
 
 
 

Wholemeal Sourdough Bread,,



Kali ni Liza cuba resepi baru pulak..kalau tgk dr segi pengunaan bhn2 tu, mmg dah boleh agak rasa roti ni agak masam sikit sbb bnyk gunakan sourdough starter berbanding tepung..





WHOLEMEAL SOURDOUGH BREAD


Bhn2:

200gm sourdough starter
80gm air
120gm tpg roti
30gm tpg wholemeal
30gm tpg atta - Liza guna tpg wholemeal
30gm brown sugar
1 s/k garam
20gm butter

- campur semua dan uli kasar
- masukkan butter dan uli lg hingga window pane stage
- proofing selama 5 1/2 jam
- bakar 220C selama 30 minit dan turunkan ke suhu 200C dan bakar lagi 10 - 15 minit..



Tempahan Hokkaido Cupcake..






                 WA Liza 0192113080 utk sebarang tempahan.




Tempahan Aneka Puff...





                                   Chicken Curry Puff



                                         Sardine Puff







                                       Chicken Curry Puff



Order blh WA Liza 0192113080





Tempahan Kek Birthday..


                          Strawberry n Orange Sponge Cake..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...