Thursday, July 28, 2016

Tempahan Mousse Durian Cake...




Alhamdulillah, kek durian yg menjadi  salah satu hot product dr ID ..terima kasih tak terhingga pada regular customer dan customer baru yg sentiasa menyokong product dr Liza...

Berminat utk menempah blh WA Liza 0192113080








Homemade Tempoyak...



Assalamualaikum wbt...skrg ni musim durian dan buah2 lain semakin menjadi2 kan...bila tiba musim durian cmni, Liza mmg suka amik peluang, beli bnyk2 n frozenkan...bila2 nk guna nnt sng walau di luar musim..
Disebabkan stok tempoyak dah abis, maka gigihlah cari durian kampong utk buat tempoyak ni..setahu Liza kalau durian lain tempoyak mmg tak sedap ye, rasa manisss je..jadi gunalah durian kampong, jgn derhaka bab ni...hihii







RESEPI HOMEMADE TEMPOYAK

Bhn2:

Isi durian - yg ni Liza guna dlm 6 biji durian kampong
Garam, gula secukup rasa - optional

- gaulkan semua bhn hingga sebati dan masukkan dlm bekas bertutup dalam 2-3 hari..
- sentiasa periksa, kalau ada air yg berkumpul kat dlm tu sila lah buang ye..
- bila dh cukup masa blh simpan dlm petiais atau boleh guna terus je..

Liza simpan dlm freezer utk lebih tahan lama






Tuesday, July 26, 2016

Homemade Vanila n Chocolate Ice cream...



Liza mmg selalu buat aiskrim guna resepi ni,sedap dan yg paling penting tak guna langsung telur atau ovalette...lupa dah amik kat mana tapi yg pasti kat blog omputih la...
Yang ni Liza buat guna mesin aiskrim ye, jadi yg takde tu boleh je guna mixer tapi kena beat n beku berulang kali la...





HOMEMADE VANILA N CHOCOLATE ICECREAM

Bhn2:

2 cawan whipping cream - Liza guna Anchor
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula pasir - blh kurangkan sikit
Milk chocolate - racik kecil

- di dlm bekas kacau sebati krim, susu dan gula hingga gula hancur..
- on kan mesin icecream dan biar ia berputar..
- masukkan ke dlm mesin sedikit2 bhn2 campuran td..
- biarkan mesin terus berputar hingga bhn2 td kental dan seakan2 ice cream..
- masukkan pula choc td dan biar mesin berputar lagi hingga bhn semua sebati dan hampir mengeras..
- offkan mesin dan tuang ice cream tdke dlm bekas yg sesuai..
- sejukkan dlm freezer atau blh juga terus di makan..






Sukatan bhn kat atas tu dapat setengah bekas ni je...kalau nk ice cream perisa coklat, gunakan susu perisa coklat , boleh juga tambah oreo atau apa saja ikut selera n kreativiti masing2..




Gulai Kawah Kambing versi Abah...


Suka sgt ngn resepi dr abah ni sbb tak yah sibuk nak tumis2 bagai..semua main lebur je dlm kuali dan tunggu masak
Tapi hasilnya mmg marbeles,cuba la..kalau takde budu tu tak pe..







RESEPI GULAI KAWAH DAGING 2 / VERSI ABAH
Bhn2:
1 kg daging betis + tulang - bersihkan
3 biji ubi kentang - potong 4
11/2 inci halia *
6 ulas bwg merah *
2 ulas bwg pth*
1 inci lengkuas - ketuk sikit
4-5 s/b cili mesin - terpulang pada kepedasan yg kita nak
3s/b rmpah gulai kawah
2 s/b kerisek
1 keping nise/ gula melaka
1 s/b BUDU
Garam, gula secukup rasa
Santan secukupnya
Sdkt air asam jawa



- halia, bwg merah dan bwg putih dihiris nipis..
- masukkan bhn2 hiris, lengkuas, santan, daging, cili mesin, rempah gulai kawah dan air asam jawa..
- masak hingga mendidih dan masukkan budu, nise, garam, gula, ubi kentang dan kerisek..
- biarkan kuah mendidih sehingga kentang dan dgg empuk serta kuah mulai pekat dgn api sederhana..
- sedia dihidang dgn nasi atau roti jala atau roti canai atau suka hati je la nk cicah ngn apa2 pun..


 

Kuetiaw Goreng...




Assalamualaikum wbt...semua org tau masak kuetiaw grg kan, tapi Liza sengaja simpan resepi kat blog utk anak2 Liza di masa akan datang..
Ni resepi turun temurun dr arwah ma..







RESEPI KUETIAW GORENG ARWAH MA


Bhn2:

2 bungkus kuetiaw

Isi ayam / udang - bersihkan
5 ulas bawang putih - tumbuk

3 s/b cili kisar - tambah kalau suka pedas
2 s/b sos tomato
2 s/b sos cili
Sedikit kicap
Tauge
Daun kucai

Sawi
Garam, perasa
Minyak



- panaskan minyak
- tumis bwg pth yg ditumbuk td

- masukkan cili kisar dan biar hingga cili masak dan naik bau..
- masukkan segala sos dan kicap, garam, perasa ayam / udang
- masukkan kuetiaw dan sdkt air
- bila dh hampir masak masukkan sayuran..

- gaul sebati dan tutup api..
- sedia dihidang..




Monday, July 25, 2016

Ayam Madu Nasi Kandar....



Kalau tak tau nak masak apa tu kan, jom cuba buat ayam madu yg super duper sedap ni...nak tau kenapa sedap, sbb ada guna kurma kat dlm tu...jadi ada rasa kelainan kat situ
Kalau nak tau jom la cuba resepi dr ayahanda Mamak Haji yg sinonim dgn masakan mamak ni...
Terima kasih bnyk2 ye mamak haji..







RESEPI AYAM MADU NASI KANDAR

Bhn2:


1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
100gm buah kismis.
50gm buah gajus
2 sudu besar gula pasir. - Liza ltk 1 s/b je
1 sudu besar serbuk cili.
1 susu besar Jintan putih.
1 sudu besar Jintan manis.
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
5-7 biji pelaga, 5 kuntum cengkih, 5 kuntum bunga lawang- untuk ditumis.
1 helai daun pandan (potong dalam 2-3 inchi).
2 in, halia +  2 biji bawang besari + 5-7 ulas bawang putih dikisar halus.
sedikit bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
1 biji bawang besar(labu)
Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.
2  sudu besar perahan air limau nipis atau lemon.







CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing sangat.Ketepikan

2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.

3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkan bau yang harum masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan pula bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.

4. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan. Masukan garam yang sederhana.

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng. Kacau serata.

6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba.



Tempahan Triple Chocolate Muffin...




Alhamdulillah...sebenarnya mmg dah lama tak update order kat sini, bkn sbb takde order masuk tapi tak tau la...mgkin kekalutan buatkan Liza lupa,hihihi

Lagipun tahun ni agak memenatkan dr segi fizikal n mental, jadi kdg2 Liza terpaksa tolak order...minta maaf bnyk2 ye semua






Kalau order tu masa Liza free n sihat mungkin blh dipertimbangkan..apa2 pun blh WA Liza  0192113080





Saturday, July 23, 2016

Teh Tarik Madu..


Sebenarnya tiap kali balik Klate, mst tak berkesempatan utk jalan2 cari makan kat tmpt2 makan yg best..ye la dah balik pun kjp2 je, mana la sempat..

Teh tarik madu ni pun salah satu bnda yg Liza nk sgt rasa, tapi hajat tak kesampaian lagi..jadi alang2 dah ada resepi ni kita try je la buat kan...dapat jugak la hilangkan kempunan, tapi tak tau la sama ke tak rasa dia


Ambik dr dapo K.Ita, tq ye kak..sdp sgt





RESEPI TEH TARIK MADU

Bhn2:

3 sudu besar serbuk teh wangi atau teh timbang
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar madu asli
air panas secukupnya
Ketulan ais jika inginkan dingin

Rendam serbuk teh dalam air panas hingga kembang selama 10 minit
Kemudian tapis air dalam gelas
Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli
Kacau teh hingga sebati
Tuang dalam kole dan mulakan proses menarik teh dengan kole.
Tarik panjang-panjang supaya menghasilkan buih yang banyak
Kemudian tuangkan dalam gelas
Letakkan ketulan ais untuk rasa yang lebih dingin



Kacang Pool...



 
 


Sebenarnya kan, tak pernah pun teringin nak merasa kacang pool ni, tapi masa lepak2 kat satu kopitiam ni try la rasa yg adik order...mmg sedap rupanya,hihii
Pastu ajak la hubby ngn anak2 pulak merasa kacang pool ni..bila nmpk diaorng semua teruja mkn, maka bila balik terpikir la utk buat sendiri ikut resepi dr CMG ni...padahal resepi dah selalu sgt tgk, tapi masa tu tak terbuka hati lagi, nk buat cmner kan..

Resepi dr Cik Mat ni mmg sedap n sng bg Liza..dah banyak kali buat, tapi ni la gambar masa pestime buat..tima kasih ye Cik Mat










RESEPI KACANG POOL

Bhn2:

1 tin kacang pool, toskan dan ramas hingga hancur
1 tin kecil baked beans (cm guna cap ayam)
200 gram daging lembu kisar - guna dgg burger
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar ketumbar serbuk
1 kiub daging (optional)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Roti paun atau roti perancis, potong, sapu sedikit majerin dan panggang sekejap
Telur, digoreng mata kerbau secukupnya
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, dididadu
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua
Minyak sapi cair

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
  3. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair). 
  4. Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....Sedap dimakan suam..
 
 
 
 

Grilled Chicken Wrap / Tortilla...




Assalamualaikum wbt dan Selamat Berhujung Minggu utk semua...mesti tgh pilih2 baju nk g open house raya kn,hihii
Tortilla ni dah lama jugak Liza buat, tapi tak salah kalau nk dijadikan sebagai salah satu menu utk jamu pada tetamu sempena raya ni kan...

Kali ni filling tu Liza guna grilled chicken, sebab anak2 suka cmni..
Tortilla tu pun Liza buat sendiri ye, blh adjust besar mana kita nak...blh tgk kat SINI







GRILLED CHICKEN

Bhn2:

2 keping dada ayam
2 s/b lada hitam - tumbuk halus
Daun rosemary - kalau xde guna yg kering
Daun thyme - kalau xde guna yg kering
Garam secukup rasa

- perap semua bhn bersama ayam 3 jam atau semalaman, lg lama lg sedap..
- bakar dlm kuali non stick hingga masak..
- sejukkan sebentar dan sedia dipotong kecil





Bhn2 lain:

Tortilla - panaskan kjp supaya sng nk gulung
Tomato - potong kecil
Daun salad / kobis - racik halus
Sos cili thai
Sos thousand island / Mayonis


- ambil sekeping tortilla, letakan salad, tomatao n ayam..
- picitkan sos cili thai n sos thousand island.-
- gulung padat.
- sedia dimakan..

Thursday, July 21, 2016

Kek Pisang / Banana Cake...










Resepi kek pisang kali ni Liza buat guna resepi dr Kak Wan, resepi yg lain sbb tak guna ovalette langsung tapi kek tetap lembut dan moist...sukaaaa sgt, tq K1








RESEPI KEK PISANG

Bhn2:

3/4 cawan pisang/ 3 biji pisang berangan - Liza guna 1 cawan pisang lenyek
1 cawan tpg gandum
1 s/teh soda bikarbonat
1 s/ the baking powder
Sedikit garam
1/2 s/the esen vanilla @ esen pisang
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula kastor - guna gula perang
2 biji telur B - Liza guna A


- lecek pisang bersama 1 sudu besar jus limau ( utk naikkan urat pisang)
- panaskan oven 170C selama 15 minit
- ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam..ketepikan..
- pukul telur, gula, esen vanilla hingga gebu n kembang..
- masukkan minyak jagung perlahan2 sambil terus memukul.
- masukkan pisang dan pukul sebati.
- masukkan tepung sedikit2 dan gaul guna speed perlahan je..
- masukkan ke dlm loyang yg telah dilengser mentega dan bakar selama 30  minit atau sehingga masak









Homemade Tortilla...


Tortilla ni sebelum puasa lg Liza buat, haaa, punya la lama terperap kan...tak mo citer panjang, resepi ni Liza amik dr dapo Tun sbb berkenan dgn resepi Tun yg guna minyak jetun...

Tq Tun, akk panjangkan resepi ni kat sini pulak ye..






RESEPI FLOUR TORTILLA


Bahan-bahan ( 12 keping )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)- tun letak 4 sb olive oil - Liza pun ikut Tun
  • 1 1/4 cawan air suam
Cara-cara
  • Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
  • Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.- tun uli guna mixer mata cangkuk
  • Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
  • Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
  • Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.

Lala Masam Manis / Sweet Sour...



Assalamualaikum wbt ... ni menu puasa jugak ye, maaf la tuan dapo tak sempat nk update ..hihihi

Selalu buat ayam atau ikan sweet sour je kan, jadi kali ni Liza try buat lala sweet sour pulak..bhn2 dan resepi yg sama macam yg lain, cuma kalau masak lala ni, kena tunggu sampai kulit dia terbuka la utk menandakan lala tu dh masak ye...





RESEPI LALA SWEET SOUR
Bhn2:


1 kilo lala - bersihkan
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 potong nenas-di dadu  (xde)1 biji tomato-di belah 4 (xde)1 biji lada benggala - potong dadu ( xde)2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

- ayam dicuci bersih, gaul dgn kunyit dan sedikit garam, goreng hingga masak, angkat dan toskan. - lala xperlu grg dulu
- tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili , sos tomato, sos tiram, garam dan juga gula. Gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
- masukkan ayam  ( lala ), bawang besar, lada benggala, nenas dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. - masak hingga kulit lala terbuka
- bila rasa dah sesuai, bolehlah dihidangkan...



Tuesday, July 19, 2016

White Chocolate Mocha...



Disebabkan anak2 suka air2 cmni, maka umi dia pun gigih la g jumpa pakcik Google minta resepi...nasib baik pakcik Google bermurah hati nak bagi..
Sedap jugak sesekali layan air cmni kan, ye la kalau g Starbucks tu tak tau la berapa keping duit yg melayang,hihihi...sebenarnya kan bila anak2 request cmni, umi pun ada peluang nk rasa kn

Tapi jgn tanya knp air tu sikit ye,salah budget daaa..hihihi


RESEPI WHITE CHOCOLATE MOCHA

Bhn2;

1 cawan susu segar
1 cawan brewed coffee
5-6 s/b white chocolate chips - cairkan double boiler
whipped cream - hiasan
Ais secukupnya - Liza tambah


- campur semua dlm gelas
- kacau sebati
- blend semua dgn sedikit ais
- hias dgn whipped cream

Pulut Sekaya aka Tok Aji Serban...




Kuih yg wajib buat masa Ramadan tapi tukang masak mmg tak makan ye...Kali ni Liza buat 2 adunan memandangkan semua ada dan semua suka kuih ni..
Ok, jom kita tgk resepi turun temurun dr arwah ma kat bawah ye..sebenarnya ni la product killer arwah ma masa meniaga dulu2..tiap kali buat kuih ni mst teringatkan arwah, alfatihah





RESEPI PULUT SEKAYA / TOK AJI SERBAN

Bhn2:

   A
150 gm tpg pulut
200 ml santan
Garam

- rendam beras pulut hingga kembang dan masukkan santan yg telah digaul dgn garam
- kukus hingga pulut masak dan padat2 kan (mcm buat serimuka )..ketepikan

B
Telur - 5 biji
Gula melaka (nise) - 3 kpng
Gula pasir - sedikit
Tpg gandum - 1/2 sudu besar
Daun pandan - 5 helai

- gula melaka dan gula pasir dimasak hingga hancur..tapiskan ke dlam bekas dan sejukkan
- masukkan telur, tpg gandum dan daun pandan
- ramas2kan semua bhn yd dgn tangan hingga telur btl2 kembang..(boleh juga terus guna mixer)
- tapiskan ke atas pulut yg tlh dikukus td
- kukuslah sehingga masak..



Kalau buat 2 adunan guna loyang 10x10 ye..


Kengsom / Asam Pedas Thai Ikan Patin...



Assalamualaikum wbt...menu ni Liza buat masa bulan pose ari tu lagi sbb nak habiskan stok ikan patin dlm freezer..,nak buat patin tempoyak, stok tempoyak dah ilekk..jadi terpaksa la cari alternatif lain, janji sedap n senang..

So cari punya cari terberkenan la resepi kengsom @ kaengsom ni dr dapo adik manis Yana ni...pastime cuba buat n mkn asam pedas thai ni,mmg sedap sgt n berbaloi2 mencuba...tq Yana








RESEPI KENGSOM IKAN PATIN

Bahan kisar:

1 labu bawang putih
3 ulas bawang putih
5 batang serai
5-6 biji cili api ( ikut tahap kepedasan masing2 )
1 tangkai cili kering
1 inci kunyit
sedikit belacan

Bahan lain:

1 ekor ikan patin ( ikan lain pun boleh )
2-3 keping asam keping ( jus asam jawa pun bleh )
Daun kesum
Kangkung - xde stok
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air secukupnya 

CARA NAK BUAT:-
  1. Masukkan air dalam periuk dan didihkan bersama bahan kisar selama 10 minit.
  2. Kemudian masukkan asam keping, daun kesum dan ikan. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidihkan lagi.
  3. Last masukkan sayur kangkung dan boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan..


Senang je kan, yang penting sedap...perghhhh

Monday, July 18, 2016

Jus Keladi Berkrim...sedapnyaaa



Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri utk semua..lama Liza tak jenguk dapo kesayangan ni, almaklumlah bz bebenor..
Masa raya ari tu sempat la kirim kat adik beli kat Thailand jenis2 air yg org merata dok jual ni..Liza cuma cakap nk air yg paling sedap, dan salah satunya dia beli perisa keladi ni la..

Jadi malam tadi Liza try la buat segelas. utk rasa je..masa mula2 buka plastik dah bau wangi, dalam hati harap2 air ni sdp n menepati selera anak2...ye la bdk2 ni mmg cerewet sgt, tp alhamdulillah mmg tak cukup segelas tu, sedap terlajok..hihihi







Jom tgk cmner Liza buat air ni, ni pun Liza sibuk dok tanya kakak yg meniaga kat Pengkalan Kubur ari tu...tq sgt2

RESEPI JUS KELADI BERKRIM

Bhn2:

2 s/b serbuk minuman perisa keladi ( mcm dlm gambar )
11/2 s/b susu pekat manis
1/2 s/b gula
1 s/b coffeemate
Air sedikit
Ais secukupnya






- campurkan serbuk minuman, gula, coffeemate dan susu pekat ke dlm satu bekas..
- campurkan sikit air panas dan kacau utk larutkan bhn2 td..campur sedikit air
- sementara tu bubuh ais kiub ke dlm gelas..
- masukkan bhn2 campuran minuman td ke dlm gelas berisi ais..
- taraaa, dah siap n ready utk minum..


* kalau nk tambah susu cair sikit kat atas tu pun ok, lagi sedap n lemak berkrim, tp Liza xde stok *


Sunday, July 3, 2016

Mee Goreng Mamak...



Mee goreng mamak style yg menjadi kegilaan family Liza,hihihi
Resepi ni Liza olah ikut selera kami ye, jadi peda sesiapa yg nak mencuba tu, silakanlah..








RESEPI MEE GORENG AYAM MAMAK
Bhn2:

2 paket mee kuning - bersihkan
2-3 ketul ayam KFC -Potong kecil ( kalau xde nak guna lauk lain pun boleh je)
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
5 s/b cili mesin
11/2 s/b serbuk kari ayam
Cili api - optional
Sebiji telur
Sawi, kobis atau sayuran lain
Minyak utk menumis
Kicap manis
Garam







- tumbuk bhn bertanda *
- panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk td, masukkan cili mesin  dan serbuk kari ayam, masak hingga naik bau..
- masukkan ayam td dan batang sawi / kobis, agak2 hingga batang sawi / kobis dah lembut..ms ni boleh masukkan ciliapi kalau suka pedas ye
- masukkan garam dan kicap manis, gaul sebati..kalau agak kering, tambah air sikit ye..
- masukkan mee, gaul sekejap dan pecahkan telur , gaul lagi..
- akhirnya masukkan daun sawi dan gaul sebentar, sesuaikan rasa dan siapp..

Ikan Bakar Sambal...



Sesekali layan ikan bakar cmni pun sedap kan, kompem bertambah2 nasi..kali ni Liza pun tak pasti nama ikan ni,cuma org kat pasar tu ckp sedap kalau bakar..sbb tu la Liza beli,hihii




RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL
Bhn2:
1 ekor siakap / ikan lain - bersihkan n kelar sikit
4 s/b cili mesin
1/2 labu bwg besar - mesin
1 ulas bwg putih - mesin
1/2 inci halia - mesin
1 btg serai - mesin
Air asam jawa
Garam dan gula
Sdkt minyak - tumis
Daun pisang secukupnya

- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis, sejukkan..

- perap bersama ikan selama sejam atau lebih..
- Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah diperap td , tutup dengan daun pisang dan bakar sehingga masak..

- sedia dihidang bersama kicap atau air asam..





Iced Caramel Macchiato...



Lagi request anak2 ala2 minum kat Starbucks..blh la umi dia tumpang rasa, hihi
Air ni mmg sdp n bhn nak buat pun agak renyah, jadi tak mustahil la harga air ni mahal kan..tapi apa2 pun kalau buat sendiri lagi berbaloi2
Liza pun takde sukatan tepat utk air ni, semua main agak2 je ye..

RESEPI ICED CARAMEL MACCHIATO

Bhn2:

Vanilla syrup
Ais secukupnya
Susu segar
Kopi
Caramel

- apa yg Liza tulis kat bhn2 tu dah ikut turutan ye, maknanya vanilla syrup tu masukkan dulu dan diikuti ngn ais dan seterusnya last sekali ltk caramel...
- faham kan,hihii




Salted Egg Yolk Chicken...





Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua...dah semakin hampir kita menyambut Syawal, dan semakin ramai juga yg dah pun pulang ke kampung halaman masing2..Insyaallah kalau tiada aral, Liza pun akan pulang ke Kelantan ptg ni,semoga perjalanan kami sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt....Aamiin

Berbalik pada menu kali ni, ari tu Liza ada terbeli telur masin yg btl2 masin, xsanggup rasanya nk mkn..jadi, dpd dok membazir n buang, maka terjadilah lauk ni..cari punya cari terberkenan la dgn resepi dr SINI...terima kasih ye pada tuan punya resepi, mmg sedap n bhn2 pun sng...







SALTED EGG YOLK CHICKEN


2 pieces chicken breast – remove skin and fat and cut into 1” chunks
½ tsp salt
Dash of pepper
1 egg white
½ cup cornstarch


1. Pat dry chicken with paper towel. Mix chicken with salt and pepper. Then put in egg white. Marinate for an hour. Coat the chicken pieces with cornstarch.
2. Deep try chicken until golden brown. Remove and drain oil on paper towel.








Sauce:

2 Tbsp butter
2 sprigs curry leaves, remove from stem, leaves only
1 red chili – sliced thinly
2 cloves garlic – finely chopped
3 salted egg yolks, steamed and mashed
2 Tbsp evaporated milk
1 tsp oil
1/3 tsp salt
½ tsp sugar


1. In wok, on medium heat, put in oil and butter. When butter has melted, put in sliced chili, garlic and curry leaves. When they are fragrant, put in mashed egg yolks, with spatula, try to flatten the yolks into the oil and cook until it look bubbly and fragrant.
2. Turn heat to low and put in milk, salt and sugar. Turn heat to high and cook until very bubbly. Put in chicken and toss until well coated. Dish out and serve.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...