Wednesday, September 13, 2017

Blueberry Bread Butter Pudding with Crumble....my signature







Hubby dan anak2 mmg penggemar tegar pudding roti, jadi timbullah idea nk memewahkan lagi pudding ni..kalau Dulu dan Dulu Liza pernah buat guna strawberry filling dan macam2 crumble..dan kali ni, kita beralih selera pulak, guna blueberry filling dan tabor choc chips cookies kat atas tu, mmg betul2 wallaaaa rasa dia..



RESEPI STRAWBERRY BREAD PUDDING WITH CRUMBLE
Bhn2:

10 kpg roti - dadu
3 cawan susu segar
3 biji telur - kocok sedikit
4 s/b gula perang - blh letak lebih
1 s/the esen vanila
100gm strawberry filling - kali ni ltk blueberry filling


- panaskan oven pada suhu 150C
- gaul sebati semua bhn di atas KECUALI strawberry filling..
- masukkan roti dan rendam selama 30 minit - 1 jam.
- tuang adunan ke dlm loyang yg telah dilengser mentega.dan sudukan strawberry filling ke dlm adunan secara marble..- guna piping bag je senang
- tabur crumble di atas puding ( tekan2 sikit biar melekat elok )dan bakar secara ' steam bath' selama 50 minit atau sehingga keperangan..

Liza on kan kipas ketuhar semasa bakar pudding ni...

 







Kali ni topping tu Liza tak buat crumble mcm yg sebelum ni, tapi Liza kisar halus choc chips cookies dan tabur atas tu..sedappp







Bekas aluminium tu utk kakak bawak bekal makan dgn kawan2 sekolah




Kluay Khek / Thai Banana Fritters..



Hari tu ada tgk rancangan masakan Thailand, dan kebetulan pulak resepi ni yg chef tu tunjuk..teruja sgt sbb nak tgk apa kelainan pisang goreng kita dgn versi Thai kan..

Jadi tgk punya tgk, rasa nk try buat la versi ni sbb ada kelainan dlm penggunaan bhn..masa tgh masak tu, mmg Wangi sangat bau..mungkin sbb guna santan dan kelapa parut kot

Sesiapa yg nak cuba tu, meh intai resepi kat bawah ye, insyaallah mmg tak menghampakan dan sedap..








KLUAY KHEK

Bhn2:

10 biji pisang - belah 2
30gm tepung beras
100 gm kelapa parut
60 gm santan
8 gm garam
50 gm gula
2 s/b air kapur
50 gm bijan putih
Minyak secukupnya utk menggoreng










- satukan tepung beras, gula, dan garam  ke dlm mangkuk
- masukkan santan dan gauk sebati.
- kemudian masukkan air kapur, bijan putih dan kelapa parut
- kacau sebati dan rehatkan batter dlm 5 minit
- sementara itu potong nipis pisang
- panaskan  minyak, celup pisang ke dlm batter td dan goreng 6-8 minit atau hingga masak keemasan.
- sedap dimakan panas




Kek Batik Biskut Marie...versi lembut




Kali ni mencuba resepi kek batik dr rakan IG, Kirah ...adunan kek ni mmg lembut sbb adanya penggunaan telur kt dalam tu, kalau tak nak letak telur pun takpe je..

Terima kasih Kirah, sedap n paling penting senang nk buat..







RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE VERSI LEMBUT

Bhn2:

Biskut marie secukupnya -  guna 27 keping
4 biji telur A/B - guna 3 biji A
4 s/b serbuk koko *
4 s/b milo *
3/4 cawan gula *
3/4 cawan susu pekat *
125 gm buttercup *
1 s/the esen vanilla *
1 sachet nescafe 3in1 - Liza tambah

- campur semua bhn bertanda *, kemudian masak menggunakan api perlahan sehingga semua larut.
- sambil terus dikacau, masukkan telur dan masak sehingga adunan pekat dan meletop2, matikan apiu.
- susun biskut marie didalam Loyang yg telah dialas plastic, kemudian tuang adunan coklat dan ratakan.
- teruskan proses melapis , tekan sedikit2 kek supaya padat.
- sejukkan dalam fridge 4 jam atau semalaman
- pastikan kek betul2 keras sebelum dipotong dan dihidangkan.






Sotong Masala Nasi Kandar...




Assalamuaalikum wbt dan salam manis utk semua..percaya tak lauk ni kan pertama kali rasa terus jatuh cintan, apalagi kitaorang ni mmg peminat tegar makanan atau lauk pauk ala mamak cmni.

Resepi asal dr ayahanda Mamak Haji, kat blog dia mmg bnyk sgt resepi n tips masakan nasi kandar...sesiapa yg suka makan nasi kandar tu blh la jenguk kat dapo tu ye

Terima kasih Mamak Haji atas resepi yg mmg selalu tak menghampakan, dah banyak resepi yg Liza ambik dr dapo sana, terima kasih sekali lagi








RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.

 Bhn2:

1 kg Sotong putih (sarat telur).
100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari).
1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar.
1 tsp serbuk jintan putih, 1 tsp serbuk jintan manis, tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 tsp serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
1 tsp gula pasir.
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala).
2 ranting daun kari.
3 cili merah dibelah dua memanjang.
Daun bawang dipotong 2 inci.
75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.










CARA-CARA:

Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang kisaran adalah cara masak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).

Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan) masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.

Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. Kalau anda tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. Hidangan ini biasanya untuk 12 orang. Selamat mencuba.


Thursday, September 7, 2017

Kuih Boom Bijan Nyonya Style ...Lagiiii







Dah banyak kali Liza buat kuih ni guna resepi yg sama sbb yang penting sdp dan tak meletop masa goreng..kalau tak caya, meh cuba resepi ni





RESEPI KUIH BOOM BIJAN NYONYA STYLE
Bhn2:

3 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
2 s/b gula
11/3 cawan air suam
Inti kacang merah
Bijan secukupnya


- air suam dan gula disatukan, kacau sebati..
- tepung dicampur dan masukkan air gula sedikit2, gaul sebati..
- ambil sedikit adunan tepung dan masukkan inti kacang merah, bulat2kan
- gaul dan golekkan ke dlam bijan, tekan2 sikit agar bijan melekat elok
- goreng hingga keemasan







PETUA*

- air suam utk menghasilkan kandungan kuih yg rangup diluar dan lembut didlm.
- tepung gandum utk mengelakkan kuih dr meletup ketika digoreng serta kuih akan jd lembut



Nasi Impit Homemade....



 
 
 



Hari tu, cuba buat nasi impit homemade ni guna resepi dr kak Yah ni, kalau dulu2 air tu Liza main agak2 je,hihii

Tapi sukatan Kak Yah ni 1:3, jadi nk buat bnyk mana pun, pandai2 lah adjust ikut nisbah tu ye..









RESEPI NASI IMPIT HOMEMADE

Bahan2:

3 cawan beras(dibersihkan dan ditos)
9 1/2  cawan air - Liza ltk 9 cawan je


 Masak nasi selama 30 minit dalam periuk tekanan yang sesuai.(mod hp)
Masukkan dalam bekas yang sesuai dan dibiarkan semalaman
Kalau menggunakan periuk nasi elektrik biasa,, rujuk spt di bawah
Masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa.
Bila masak, keep warm dalam 10 minit sebelum dimasukkan dalam bekas yang mempunyai penutup.
Pastikan nasi yang dimasukkan dalam bekas penuh untuk memampatkannya semasa kita tutup penutupnya.
Biarkan selama semalaman atau paling awal pun selama 4 jam.(nak cepat sejuk sikit terus simpan dalam peti sejuk)



* Liza masak guna periuk Noxxa *



Roti Berinti Kentang...





Ni kes nk perabis stok roti burger homemade..piker punya piker nak buat patty burger, rasa malas...so apalagi, defrostkan inti karipap n terjadilah roti ni..selalu buat guna roti hotdog ala2 roti john tu




 
 
 
 
 
ROTI BERINTI KENTANG
 
Bhn2:
 
Roti hotdog - belah 2
Telur secukupnya - dikocok
Inti karipap
Sedikit butter

- satukan telur kocok dgn inti karipap yg diperlukan.
- panaskan butter, letak telur + inti karipap td secara memanjang ( ikut bentuk roti) dan terus letak roti hotdog diatasnya..
- masak hingga telur + inti masak dan roti sedikit garing, balikkan..
- bakar sekejap shj dibhgn luar..
- angkat dan sedia dihidang..
* blh jugak dipicit mayonis atau sos cili atau sos blackpepper..tp Liza suka mkn cmtu je, dah cukup rasa...
 
 




Utk resepi inti karipap bonda tu, blh klik SINI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...