Ari ni bekpes ngan ape, Liza buat simple2 jer...biasa buat puff ni mmg family Liza suka...kalau ikutkan diaorg mmg tak penah nak cukup, suka sgt tang rangup2 tu....Liza rasa semua org tau buat puff ni kan, beli jer puff ready made jenama 'kawan', pastu letak la inti yg berkenan di hati...Liza pun dh pernah buat sardin puff ni bnyk kali...
Kali ni Liza gunakan lebihan yg buat karipap hr tu...
RESEPI INTI SARDIN
Bhn2:
1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand
Pertima/Agromas - Liza guna brand
Ayam
2 ulas bawang putih ~ diketuk &
dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - Liza guna 1 s/b cili mesin
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak
Sdkt daun sup - hiris ( liza tambah)
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili mesin hingga wangi dan masukkan bawang
besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan
kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan
lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk
memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan
gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi
sedikit kering
Masukkan jus limau nipis, daun sup dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.
Bhn2 lain:
Pastry puff secukupnya
Sdkt telur - dikocok sdkt utk sapuan
Terpaksa guna gmbar lama sbb ari makcik tenet ni buat hal la pulok, takleh nak upload gambar, bengong sungguh.....ni mst kes karam mkn nasi beriani semalam....hihihihihi
TIPS PUFF YG FLUFFY dan RANGUP dr blog Hana
- Panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
- Pastikan kepingan puff berada dalam suhu bilik sebelum digunakan.
- Semasa membakar seeloknya guna suhu tinggi. kebiasaan hana buat suhu 200darjah celcius dan bakar selama 20-23min (bergantung oven masing2). Tujuannya supaya setiap lapisan nampak terbuka dan rangup.atau jika takut hangus boleh juga guna cara kedua bakar 10min yang pertama (suhu 190-200), kemudian turunkan suhu 180 (jgn buka pintu oven) dan masak hingga keperangan @ keemasan
- Jika oven ade kipas, ONkan kipas - hana punya oven otomatik `berkipas` bila oven sudah terlalu panas.
- Pada peringkat pembakaran kedua, turunkan suhu lagi atau kurangkan masa pembakaran dari yang pertama sbb oven dah panas. Ini utk mengelakkan puff anda hangus!
- Selepas masak biarkan sebentar dalam oven dalam 1-2min baru keluarkan. Sejukkan terus atas redai supaya udara panas keluar dengan sekata dan puff menten rangup dan kering. kalau tidak bahagian bawah puff akan kelihatan lembab.
- Dah sejuk bleh terus simpan dalam bekas tertutup supaya menten rangup.
12 comments:
jeles wehh kat org2 yg ada access to puff pastry kawan nih. tun smp skrg xpernah jumpa lg kat kedai. huhu.. kalau terasa nk mkn tu tun ganti kan je ngan paratha.
puiihh..puuiiihh..penat la liza tiup puff ni..panas sangat...pinjam aircond nk bagi sejuk kejap...
ciannya tun..kat sana xde pastry puff ni yer....tunggu akak anto ngan belon yer....ekekekekee
dah sejuk ke puff tu ucu, kalau dh sejuk mkn elok2 yer, xmau gelojoh2...hihihihi
Liza,sedapnya klu dapat seketul dua sardin puff tu..boleh buat minum petang nanti..hihi..
salam..
samalah dengan kat kedai punya...
aduh sedapnya puff....
Salam Liza,
Wah sedapnya currypuff daddy ni...mintak skit boleh? Anyway nice resepi ni kan...boleh buat lepas ni kat rumah..
BTW kami dah follow blog Liza, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye... :-)
www.mylovely-cats.blogspot.com
Ini memang favourite dan tidak akan jemu..akak suka macam ni buat minum petang. Sinpan sikit ya kita tukar dengan cinnamon pull apart bread.
sedapnya tgk puff tu saya kat sini susah nk beli yg halal dan tak ada jual pun yg halal:)
kak liza..saya pun suka guna cara ni..guna puff pastry kawan ni je...senang citer..rasa pun sedap macam org jual kat kedai..cam tak caya je..hehehhe..tapi dah lama betul saya tak buat..:)
salam Liza..sardin puff mmg sedap,tp atie ni payah nk jumpa ngan pastry puff kat kedai :(
kalau buat puff guna pastry puff segera ni memang kak cek suka...he he...nak buat yang senang je kan...yg pentig sedap dimakan..ok la tu..:)
Post a Comment