Monday, October 31, 2011

Puding Aiskrim 3 Rasa...


Ni sessi terakhir menghabiskan stok eskrem yg penuh dalam esbok...pikir punya pikir, sampai dah tak larat nk pikir dah...akhirnya terhasillah kejadian puding 3 rasa ni...Liza dah pernah buat puding eskrem ni kat SINI..tp yg tu satu rasa jer, hari ni Liza bg xtra 3 rasa....hihihhi




RESEPI PUDING AISKRIM

Bahan2


2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu] *izah guna serbuk-Liza pun guna serbuk
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi *-Liza guna perasa coklat, strawberry n vanilla
pewarna purple *izah tak letak pewarne-Liza pun xletak pewarna
hiasan..sebarang pilihan


Cara

1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskan dalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

# cara liza :
- ambil adunan aiskrim perisa coklat, masukkan ke dlm loyang dan biar hingga 1/2 beku.
- masukkan adunan perisa vanila dan biarkan ia beku 1/2 beku juga.
- akhir sekali, masukkan adunan perisa strawberry.
- bila dah beku, sejukkan di dlm peti ais.


                                           Taraaa...dah pun siap..jemput mamam semua..


Banana Split...wallaaa


Sessi menghabiskan pisang yg dok tergantung kat dapur...kalau idak umi ngan papa yg dok perabis...bila cakap jer nk buat banana split ni, cehhh kemain demand lg angah ngan kakak...boh eskrem lebih la, boh cho. chip, choc rice, badam cincang ngan syrup chocolate...semua kasi xtra, diaorang cakap.....suka la tu...adik pulak tak suka mkn pisang ngan eskrem ni...

Tapi kan, perasan tak yg pisang tu besar dr mangkuk....muahaahhaa...sila abaikan yer..yg penting rasa tu...(cover line )..hihihihi..kalau mkn kat kedai dh berapa hinggit agaknya kalau semua nk xtra kan...senang kalau buat sendiri...puas hati..


                              Sonang bangat membuatnya...anak suka, iiibu setuju....hihihihi



Mee Goreng Bonda..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...hari ni Liza nak share resepi mee grg yg arwah ma selalu buat dulu...bg kami mee grg dia adalah mee grg terbaik sampai skrg...ye la kan, air tgn ibu yg memasak dgn penuh kasih sayang, walaupun masakan tu biasa2 jer, tp rasa tu tetap menusuk kalbu....

Ok la jom kita teus intai resepinya...

MEE GORENG BONDA

Bhn2:

Mee kuning - 1 bungkus
Bwg pth 3 ulas - tumbuk
Cili mesin - 5 s/besar
Cili sos - 3 s/besar
Tomato sos - 3 s/besar
Kicap manis - secukup rasa
Udang / daging / ayam / kerang
Kobis/ sawi/ kangkung
Tauge
Tauhu - potong kecil
Minyak
Garam, perasa
Sdkt air
Telur - optional ( Liza xletak)

Bhn hiasan;
Daun sup
Cili merah - potong serong (xde stok)
Bwg goreng

- panaskan minyak dan tumis bwg pth dan cili mesin hingga sdkt garing.
- masukkan lauk2, biar hingga lauk masak.
- masukkan juga cili sos, tomato sos, kicap manis , garam, perasa dan sayuran keras sprt btg sawi dan kobis.
- gaul sebati dan masukkan mee yg tlh dibasuh terlebih dahulu.
- masukkan juga sdkt air, tauhu dan tauge serta daun sawi / kangkung.
- gaul sebati dan tutup api.
( air yg digunakan terpulang, kalau nk mee grg basah blh biarkan mee sdkt berair, begitu juga sebaliknya)
- angkat dan hiaskan dgn bhn2 hiasan,
- sedia dimakan..
- mmmm sedapnyaaa...

Sunday, October 30, 2011

Laksam...Best 4Ever..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...breakfast ape pg ni? hari ni Liza nk share resepi peberet Liza 4ever and ever..laksam...cara2 buat laksam Liza dh tunjuk dulu kat SINI...tak pe la hari ni Liza letak complete resepi laksam ni yer..


BHN2 LAKSAM:

4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
Sdkt minyak

- cara2 buat laksam blh tgk link kat atas yer..


BHN2 KUAH :

10 ekor ikan sardin / kembong - rebus dan ambil isinya
15 ulas bwg merah
2 inci halia
2 s/t serbuk lada hitam
2 biji santan kelapa
Garam
Gula, srbk perasa

- kisar halus ikan rebus, bwg merah, halia bersama sedikit santan.
- masukkan ke dlm periuk, masukkan lebihan sntan dan serbuk lada hitam.
- masak dgn api sederhana,masukkan garam, gula dan srbk perasa.
- biar hingga didihdan tutup api.

#kuah laksam ni perlu sentiasa dikacau utk mendapatkan kuah yg cantik dan tidak berketul2..#


BHN2 SAMPINGAN:

Timun - hiris halus memanjang
Bunga kantan - hiris halus
Daun kesum - hiris nipis
Kcg panjang - hiris nipis
Taugeh
Sambal - lada kering / cili api + garam (tumbuk hingga lumat).


Saturday, October 29, 2011

Char Kuetiaw Alor Setaq dan Alkisahnya...

Salam sayang semua...dah breakfast ke belum? Mesti menu spesel hujung minggu ni, kan..Sebelum Liza teruskan dgn resepi ni, Liza nk citer sikit tntang asal usul char kuetiaw yg biasa Liza buat...hihihhi


Dalam beberapa thn lepas, masa balik dr Langkawi,kitaorang singgah mkn kat satu warung kat Alor Setar..anak2 Liza order char kuetiaw, Liza n hubby order bihun sup utara..mula2 risau jugak tkt char kuetiaw tak menepati selera anak2...tunggu punya tunggu komen dr anak2 (anak2 liza mmg kaki komplen kalau bab2 mknn ni),dannnn alhamdulillah semua pinggan licin...senyummm tak perlu kata apa2..hihihi


Lepas tu anak bujang Liza pun puji yg kuetiaw bro ni mmg sedap (kalau dia ckp sedap tu, maknanya mmg sedap laa)...Liza tanya lagi betul ke? betull diaorg jawab..lps tu blh pulak suruh Liza minta resepi ngan bro ni..dia tak tau ke umi dia ni pemalu...auwww...so yg jadi mangsa tragedi mst la cik hubby..Liza paksa dia tnya bro ni..dan Liza mmg tabik la dgn bro ni sbb sanggup ajar step by step lagi walaupun menu ni periuk nasi dia...semoga murah rezeki bro dan semoga ilmu ni akan membantu kita di sana nnt...Aminn..


Tapi satu yg ssh sikit ms tu sbb kicap char kuetiaw, dia beli kat Sg Dua...dia pun tak tau nak membuatnya..so otw balik KL, kitaorg pun singgah kat kedai yg dipetakan oleh bro ni..Liza beli tak banyak pun sbb tokey yg jual tu cakap kicap ni nnt campur dgn 4 liter air dan masak..lepas tu simpan kat tempat sejukbeku utk tahan lama..


Bila dh ada kicap tu, pulun sakan la mkn char kuetiaw...anak2 pun takde komplen langsung, dia org ckp sama dgn kat kedai ari tu...wahhh mmg kembang habis la umi dia masa tu...bagus bagus...hihihi
Tp bila stok kicap dh habis, mula la risau,so Liza pun try cari kat google..menghampakan sbb kebanyakannya rahsiakan ramuan dlm campuran kicap tu...huhhh kedekut betul..


Dengan penuh kesabaran dan kasih sayang pada anak2, alhamdulillah cobaan kali kedua berhasil..tp ramuannya juz campak2 jer..dan Liza try buat sndiri pun campak2 jer la...sesuaikan ikut rasa tekak...setelah sekian lama main campak2,akhirnya terjumpa resepi kicap ni kat dapur Mas...ramuan yg sama tp ada sukatan yg memudahkan lagi la..thanx ye Mas sbb akak tau Mas pun jual jugak kicap ni kan...semoga murah rezeki Mas yer...akak pjgkan resepi kicap campur kat sini pulak yer...




RESEPI KICAP CAMPUR MAS

Bahan :

  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan
  • 1 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam
  • 1/2 cawan ajinamoto
Cara membuatnya :

  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....




RESEPI CHAR KUETIAW


Bhn2:

Cili mesin - digoreng dgn api perlahan hingga naik minyak
4 ulas bwg pth - tumbuk
3 senduk kicap campur
4 senduk air
Kuetiaw - 1kg
Udang
Kerang - Liza xletak, xde
Daun kucai
Tauge
Telur 2 biji - kalau nak letak lebih pun blh




Cara2 :

- panaskan sedkit minyak, tumis bwg pth , bila garing sikit masukkan cili mesin grg tadi.
- masukkan udang / kerang, biar hingga udang masak.
- masukkan pula kicap campuran, air dan kuetiaw.
- biar hingga kering sdkt, masukkan kucai dan tauge.
- pecahkan telur di tgh2 kuali, kacau membulat dan terus tutup api.
- sedia dihidang, enak dimakan panas2...




                         Ni pulak resepi kicap campur yg biasa Liza buat..tp main agak2 jer...

RESEPI KICAP CAMPUR 2

Bhn2

Kicap manis
Kicap masin
Sos ikan
Sos tiram
Gula
Air
- masak semua bhn di atas hingga gula hancur.
- sejukkan dan simpan kat tmpat sejuk beku utk tahan lebih lama.











Friday, October 28, 2011

Roti Kentang...

Roti yg mnjadi peberet family Liza...biasa kitaorg beli jer kat JJ Wangsa Maju....mmg sedap sbb roti kentang ni lembut jer... hari tu dtg angin nk meroti, so Liza try la buat sendiri berpandukan resepi dr MyR...thanx yer Onigiri..Liza panjangkan resepi kat sini pulak...


RESEPI ROTI KENTANG

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )

  • 135 ml air ais
  • 3/4 cmt garam
  • 30 gm mentega atau marjerin
  • 1/2 biji telur (dipukul sebentar)
  • 60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
  • 300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
  • 3/4 cmb susu tepung
  • 50 gram gula
  • 2 cmt yis segera
  • Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut
  • Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
  2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
  3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
  4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
  5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
  6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
  7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
  8. Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).


RESEPI KASTARD

3/4 cwn susu segar
2 s/b tepung kastard
2 s/b gula halus
1 s/t mentega
1/2 s/t esen vanila

- masak semua atas api perlahan hingga pekat..
- masukkan kedlm beg piping dan sedia dipipekan ke atas adunan roti.


Kari Tenggiri ala Mamak...

Assalamualaikum wbt...hari ni dah 1 Zulhijjah 1432H, maknanya lg 9 hari kita semua akan menyambut raya korban...Insyaallah...

Resepi kari ikan tenggiri ni jugak adalah resepi turun temurun dr arwah ma...mmg sedap sgt sbb dia rasa ala2 kari mamak...kadang2 Liza buat kari ni utk dimakan dgn nasi beriani atau nasi yg sewaktu dgnnya...hihihihi..ape kata kita tengok resepi warisan ni...



RESEPI KARI TENGGIRI ALA MAMAK

Bhn2

Ikan tenggiri / ikan2 lain
Halba
Biji sawi
Bwg merah - dihiris
Bwg pth - dihiris
Halia - dihiris
Cili mesin
Serbuk kari ikan -liza guna brand adabi (bancuh dgn sdkt air)
Daun kari
Santan secukupnya
Garam,srbk perasa
Bendir / tomato/terung
Air asam jawa
Sdkt minyak

Cara2:

- panaskan minyak dan tumis bhn2 hiris, biji sawi dan halba hingga naik bau.
- masukkan juga daun kari, srbk kari ikan dan cili mesin.
- bila dh garing, masukkan air asam jawa..biar lg hingga kering sdkt.
- masukkan santan, garam dan serbuk perasa.
- bila dh mendidih, masukkan ikan dan sayuran.
- biar hingga naik minyak dan ikan masak.
- tututp api dan sedia dihidang.


Tiap kali masak kari ikan ni, org akan tanya Liza guna srbk kari brand ape...sbb rasa dan bau dia mmg betul2 macam kari mamak...kalau tak caya, blh cuba sendiri...nescaya tak menyesal...hihihi

Thursday, October 27, 2011

Cik Mek Utk Cik Abe...panazzzz


Salam ceria semua, dah minum petang ke belum? Ni salah satu kuih peberet cik abe ngan anak2 Liza utk minum petang...yer la tekak cik siti wan kembang katakan...hihihi...biasaLiza buat kuih ni bnyak2 n simpan kat tempat sejukbeku, so senang kan , bila time nk mkn, keluarkan dan terus grg jer...

Masa tengah buat kuih ni hari tu, Yana tgk..lepas tu dia pun cakap,' esok umi buat lagi kuih ni yer, tp adik nk kaler pink ngan purple pulak'.hihihi....ape daa...dia ingat umi dia rajin sgt nk buat kuih ni kaler2 oren camtu...act liza guna keledek oren hari tu...tu pasal laa...

Hari tu Liza dh pernah buat kuih cik mek ni..utk rujukan semua, Liza CnP kat sini pulak yer..




RESEPI KUIH CIK MEK

Bhn2

1 kg ubi keledek - rebus hingga empuk
2 cwn tpg gandum
1 s/besar marjerin
Sedikit garam

- gaulkan semua bhn di atas dan bentukkan ikut suka..
- bubuh inti yg digemari.
- kalau nk buat cik mek just bbh gula dlm adunan td dan bntukkan.


                                        Ni rupa kuih yg Liza frozenkan sebelum digoreng...


                                                      ~ SELAMAT MENCUBA ~

Wednesday, October 26, 2011

Paprik Ayamas...


Assalamualaikum dan Selamat Deepavali kepada semua penganut agama Hindu....bestnya kalau tiap2 minggu cuti macam ni kan...dapat jugak la buat tahi mata sampai ke tengahari...uisssshhh ada ke yg macam tu...org tua2 cakap kalau bangun tengahari, rezeki ssh masuk...tu org tua cakap la, org muda xcakap apa2 pun...hihihi...
Lauk ni Liza buat hari tu,mkn dgn sup sayur campur...sajer nak perabis drumet ayamas yg tinggal 10 ketul jer lg..lauk ni ala2  bidan terjun laa...hiihhi...ok jom la kita intai resepi campak2 Liza ni...


RESEPI PAPRIK AYAMAS

Bhn2

Drumet Ayamas - goreng hingga masak
Bwg besar - hiris
Bwg pth - hiris
Serai - ketuk
Daun limat purut
Cili mesin
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Sdkt gula
Sdkt minyak

-  panaskan minyak dan tumis bhn2 hiris hingga naik bau.
- masukkan cili mesin, daun limau dan serai, masak lagi.
- masukkan sos2 dan gula.
- akhir, masukkan drumet yg telah digoreng tadi.
- angkat dan sedia dimakan..


Tuesday, October 25, 2011

Pulut Kuning Citrawarna...


Salam ceria semua, pekabar kawan2...semoga semuanya dibawah lindungan Yang Esa....hari ni Liza nk share pulut kuning yg buat weekend ari tu...hari tu overdos vitamin R, tu pasal la telur pun beraneka warna...rajin la kunun kunun....hihihihi.
Yg kelakarnya anak2 Liza tanya ,' umi,apa yg kaler2 tu?'..pastu umi dia pun jawab la ' telur dadar la tu.'.'.oooh ingatkan kertas kaler', kakak jawab...adoiiii..org buat letih2 , kertas kaler dia cakap...nyampah..
Berbalik pada pulut kuning ni kan, act bnyk cara yg org gunakan tuk buat pulut ni...ada yg kukus 2 kali kan, tp resepi dr arwah ma pulut kuning ni kukus sekali jer..dia tak macam nasi dagang yg dikukus 2 kali...ok moh kita jeling2 jap resepi pulut ni..



                                                 Pulut ni Liza mkn dgn kari ayam..

RESEPI PULUT KUNING

Bhn2

1 kg beras pulut - basuh
Sdkt pewarna kuning
1 kpg asam keping
Sdkt serbuk kunyit - bancuh dan tapis
Air secukupnya

- rendam semua bhn di atas semalaman utk mendapatkan warna kuning yg cantik.

1 biji kelapa- perah dan ambil santan dlm 3 cwn
Garam
Gula

- masak santan bersama gula dan garam.
- bila gula dan garamdh hancur dan santan dah naik wap, tutup api.

Cara ;

- panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus beras pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan terus gaulkan dgn santan yg telah dimasak td.
- gaul hingga pulut lembut dan sebati.
- sedia dihidang dgn lauk kesukaan..



#  utk pastikan pulut dh sedia masak, wap akan keluar disekeliling tudung kukusan..ini menandakan pulut dh blh diangkat dan gaulkan dgn santan.#

Monday, October 24, 2011

Kek Gula Hangus Dulce Le Leche....xleceh pun...



Sebenanya macam2 panggilan tuk kek ni..ada yg panggil kek gula hangus, ada yg panggil kek span dan ada juga yg panggil kek sarang tebuan...huiiiissshh bahaya tu..tak boleh sebut kuat2, nnt tebuan dtg cari sarang dia...ahaksss...resepi asal katanya dar Puan Halimah tp Liza copy dr SINI yer...tima kaseh tuk kedua2nya...izinkan Liza share kat sini pulak...




Liza buat hari tu guna dulce le leche tuk ganti susu pekat manis...bkn ape sajer nk perabis stok..ape pun rasanya lebih kekaramelan tau....mmg sedappp sgt...

RESEPI KEK GULA HANGUS / SARANG TEBUAN / SPAN

Bhn2


1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat - Liza guna dulce le leche
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.




Liza rasa ramai kengkawan tg dah tau kan siapakah gerangan yg bernama 'dulce le leche' tu..tp Liza nk tempek jugak utk rujukan anak2 akan dtg...CnP dr MyR, thanx yer Beldandy tuk resepi ni..

RESEPI DULCE LE LECHE



Bahan-bahan ( 1 tin )

  • 1 tin susu pekat manis. Pilih brand kesukaan masing2.



Cara-cara



  1. Buangkan kertas pembalut tin susu tersebut. Rendam dalam periuk besar. Boleh rebus 2-3 tin sekaligus) Pastikan paras air sentiasa 2 inci menenggelami tin susu.


    2.   Rebus pada api sederhana selama dua jam. Kalau nak lebih pekat lagi rebus 3 jam.


    3.Tutup api dan biarkan sejuk. Setelah sejuk buka tin dan transferkan caramel ke dalam     bekas plastic kedap udara. simpan dlm fridge .


   4.CARA 2 Tanggalkan pembalut dan tebuk beberapa lubang di atas permukaan tin susu. masukkan tin susu ke dalam periuk dan masukkan air hingga ke paras tidak melebihi tin susu tersebut. rebus pada api sederhana selama 2-3 jam.


   5.CARA 3 Panaskan oven pada suhu 220C. Tuangkan sus ke dalam mangkuk kaca tahan panas (panas oven) atau loyang pembakar. Letakkan mangkuk tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan isikan loyang tersebut dgn air panas/suam. (bain marie style) tutup longgar permukaan mangkuk dgn aluminium foil dan bakar selama 1- 1.5 jam. Tambah air dalam loyang besar jika perlu. bila dah dapat warna keparng gelap boleh berhenti membakar dan tunggu sejuk sebelum pindahkan ke dalam bekas lain.



  6. CARA 4 Masukkan susu ke dalam mangkuk than microwave yang besar . microwave kan pada suhu medium selama 2 minit. keluarkan dan kacau sebati. microwave lagi selama 3 minit, keluarkan dan kacau lagi. microwave lagi selama 10 minit, keluarkan dan kacau lagi. ulang2 microwave sampai dapat warna dan consistency yang di inginkan.






Udang Berkuah Sweet Sour....



Resepi yg paling senang, juz hiris2 n campak jer terus dlm periuk...sebenarnya Liza tak tau nama resepi ni, yg kat atas tu hanya rekaan semata mata yer...takde kena mengena dgn yg hidup maupun yg telah mati...hihihi...dulu Liza pernah mkn lauk ni kat salah satu function yg Liza pergi, rasa best sgt...so Liza pun agak2 sendiri bhn2 kat dlm tu berdasarkan apa yg Liza rasa...maka jadilah apa yg Liza buat sekarang, alhamdulillah anak2 dan hubby mmg suka bangat ngan lauk ni...


RESEPI UDANG BERKUAH SWEET SOUR

Bhn2

Udang - bersihkan dan buang kepalanya
Halia - hiris
Bwg besar - hiris
Cili mesin
Sos tomato
Sos cili
Bunga kobis - potong kecil
Karot - potong bulat
Buah tomato - cincang kecil
Garam, gula, perasa
Sdkt air
Minyak utk menumis

- panaskan minyak dan masukkan bhn hiris dan cili mesin.
- biar hingga naik bau, bru masukkan sos2.
- bila dh agak garing,masukkan sdkt air dan buah tomato cincang.
- biar hingga buah tomato hancur sdkt.
- masukkan juga sayuran, garam gula dan perasa.
- bila sayur dh lembut, masukkan udg dan masak sebentar shj..
- tutup api dan sedia dihidang.
- jemput mkn semua...






Nasi Goreng Udang.....


Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi Malaysia....biasa org mkn nasi grg tuk breakfast, tp Liza buat nasi goreng ni utk lunch hr tu...dh tak tau nk masak ape, so mak labu hentam je la...hihihi...yg penting ada sayur dan lauk pauk...anak suka, ibu setuju....muahahahaha..resepi nasi grg ni simple jer, dr arwah ma, so jom kita tgk...

RESEPI NASI GORENG UDANG

Bhn2

Nasi sejuk (smlmn) - secukupnya
Udang - bersihkan dan buang kepala
Bwg merah *
Bwg pth *
Ikan bilis
Cili mesin
Kobis @ sayuran kegemaran
Telur - 1 biji
Sdkt minyak
Garam, perasa
Kicap - option

- tumbuk bhn2 bertanda * hingga lumat , masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
- panaskan minyak, tumis bhn tumbuk dan cili mesin.
- masukkan udang, garam dan serbuk perasa dan biarkan hingga naik bau dan udg kemerahan.
- masukkan kobis dan pecahkan telur.
- kacau sebati dan masukkan nasi..
- dah pun siap...



                                                Menu peberet anak2 dan cik hubby...

Sunday, October 23, 2011

Cornflake Madu Pedas dan Rangup...terbaeeekkkk


Hari tu jln2 kat dapur ratu kek lapis kita, sape lg kalau bkn Dayang...dok belek punya belek jumpa lah resepi cornflake ni...bila tgk bhn2 nya terus jatuh cintan sbb bhn2 dia ala2 macam kita buat kerepek ubi pedas tu...kebetulan cornflake kat dapur pun bnyk lg,so projek pun terus on je la...tp mmg Liza tabik la kat Dayang sebab resepi ni mmg sedap...ada rasa manis, pedas dan rangup....i likeee..so Liza mintak izin share resepi kat sini pulak yer..

RESEPI CORNFLAKE MADU PEDAS RANGUP

Bhn2
  • 1 bungkus cornflake
  • 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
  • 6 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • 100 g mentega +/-
  • Liza tambah ikan bilis goreng.

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata.
  4. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
  5. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C.
  6. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.
  7. Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama.



    Dah ready disimpan dlm tupperware...cubalah sbb mmg best...tak rugi wooo...

Apam Dot Dot Intai Dapur...

Assalamualaikum semua...dah sarapan ke belum? ke tgh dok layan mimpi lagi? hihihi..hari tu Liza buat apam dot dot tu..mula2 risau jugak takut tak jadi, sbb ni 1st time buat..pastu pulak bila tgk kat umah kengkawan ada yg buat apam ni jadi kembang setaman...masa tgh kukus tu ya Allah, hanya Dia yg tahu betapa berdebarnya hati ni nk tgk hasilnya..jadi ke idak...jeng jeng jeng...bila buka tudung kukusan, speechless kejap...Alhamdulillah jadi, cantik....yahoooo..lepas tu mula lah tgn ni pun dok gatal la buat tulisan Intai Dapur tu..hihihi  resepi ni Liza CnP dari dapur Cikgu Hana yer..kalau nk tgk step by step blh jengah kat SINI ..

 

 
                                                   Taraaa...ni la apam dot dot Intai Dapur...

 
RESEPI APAM DOT DOT

 
Bhn2

 
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar -Liza letak susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) -Liza bbh inti kaya
Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

 
NOTE dr Hana:

- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.





    Maaf la, yg ni jer sempat berposing coz yg lain dah masuk perut...sib baik yg ni Liza sorok dulu...hihihihi

 

 

 
 
 

Friday, October 21, 2011

Muffin Pisang Double Coklat....


Peeewiiiittt....comelnya...hihihi..ni la muffin peberet anak2 Liza..muffin pisang coklat, Liza tambah bebola coklat ngan badam cincang lg kat atas tu...resepi ni Liza amik dr dapur Kak Hanieliza...muffin ni mmg best sbb ada rasa pisang, ni bkn setakat bdk2 jer yg suka, mak bdk2 ngan ayah bdk2 pun suka gak...yg penting sonang...hihihi


RESEPI MUFFIN PISANG DOUBLE COKLAT

Bhn2 A:

2 cawan tpg gandum
2 s/mkn srbk koko
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder
Garam

- semua bhn di atas diayak..

Bhn2 B:

1 cawan pisang emas - sudah dilecek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur - dipukul sedikit

- panaskan oven 180C.
- masukkan semua bhn A ke dlm bhn B..
- gaul sebati, tp jgn lama sgt
- masukkan dlm bekas muffin dan bakar selama 20 minit..
- dah ready...senang kannn



                                             hmmmmm...mmg sedap tuk minum petang..

KurmaTelur....


Salam semua dan berjumpa lagi kita hari ni, Jumaat 21 Oktober 2011 bersamaan 23 Zulkaedah 1432H...semoga semuanya di bawah lindunganNya...Amin...berbalik pada kurma telur ni, act kan bila terfikir jer nk masak telur, apa yg terlintas mst grg kicap @ sambal telur...padahal mcm2 lauk blh buat ngan telur ni..blh masak kari, rendang ke, kurma ke,kuzi dan macam2 lah...hissshhh jakun betoll, tu pun tak tau, kan...hihihihi...moh kita layan resepi pulak...

 
RESEPI KURMA TELUR

Bhn2

Telur - sukahati berapa biji (rebus)
Halia - ditumbuk
Bwg merah - ditumbuk
Rempah kurma
Santan
Rempah 4 sekawan
Ubi kentang
Bwg besar - belah 4
Lada merah - belah 2
Garam
Gula dan perasa
Sdkt minyak utk menumis

- mula2 gaulkan bhn yg ditumbuk bersama rempah kurma..tambah air sikit.
- panaskan minyak, tumis 4 sekawan dan masukkan bhn yg digaul tadi.
- bila dh agak garing, masukkan santan, garam, gula dan perasa.
- bila santan dh mendidih, masukkan ubi kentang.
- biarkan kuah sedikit kering brumasukkan telur yg telah direbus tadi..
- masukkan juga bwg besar dan cili merah..
- rasakan dan sedia dihidang...

Thursday, October 20, 2011

Kuih Lapis...


Hari tu dok belek majalah,Yana ternampak gmbr kuih peberet dia  kuih pe lagi kalau bkn kuih lapis...lepas tu macam biasa, dgn muka selamba dia, dia pun ckp, "Umi, besok buat kuih lapis tau..adik nak kaler pink ngan putih"...amboiii sedapnya order...hihihi..sbb tu la kalau ada gmbr kuih lapis kat mana2, Liza cepat2 kena bukak page lain...kalau tidak hari2 la dia mintak kuih lapis..resepi kuih lapis yg biasa Liza buat, dh ada kat SINI..tp tak pe la,Liza letak lg kat sini utk memudahkan semua pihak...

RESEPI KUIH LAPIS


Bhn2

100gm tpg beras
435ml santan
30gm tpg ubi kayu
90ml air
30gm tpg jagung
190gm gula
sdkt pewarna merah

- panaskan pengukus dan ayak semua tpg kedlm mangkuk besar.
- kacau bersama sntan, air dan gula.Kacau hingga gula larut.
- bhg adunan kpd 2 bhgn dan warnakan.
- masukkan 3/4 senduk adunan kedlam loyang dan kukus selama 3 min.
- angkat dan tuangkan lapisan yg berlainan kaler ke dlm adunan td dan kukus semula 3 min.
- ulang hingga habis..
- akhir sekali tutup loyang dgn kain bersih dan kukus lg selama 15 min..
- dan inilah hasilnya.........



                                        Ni kalau Yana tgk , cnfrm dia mintak lagi...huhuhu

Cara Buat Karipap Pusing...step by step


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...Alhamdulillah kita masih diberi peluang tuk berjumpa lagi di alam maya ini...karipap pusing ni mmg sinonim dgn family Liza..act mmg kitaorang tak pernah mkn karipap biasa sejak kecik lagi...betolll wa cakap lu...arwah ma selalu buat karipap pusing ni...sbb tu Liza tak berapa pandai buat karipap biasa kalau nk cmpare dgn karipap pusing ni...anak2 ngan hubby pun pandai demand, xsuka karipap biase, nak jugak la karipap pusing...kalau karipap biase jeling sebelah mata pun xmau diaorg tengok...huhhh ngade2....hiihihi...kalau adik dtg pun, ni lah mknn wajib yg diaorg akan request...so utk rujukan anak2 di masa akan dtg Liza tempek cara buat tu kat sini..besok2 blh buat sendiri pulak, jgn tau mintak jer...hiihi...nk kata Liza ni expert sgt xde la jugak, tp pengalaman mendewasakan kita...ceeewahhh ayat...hihhi moh kita terus tengok resepi dan cara Liza buat karipap ni...

RESEPI KARIPAP PUSING

Bhn2 doh :
     A
4 cwn tpung gandum
Sdkt garam
Airsecukupnya
- semua bhn diuli hingga jadi doh...ketepikan

     B
1 cwn tpung gandum
3 s/b mentega / marjerin
- semua bhn diuli hingga blh dikepalkan..kalau still xblh kepal, tambahkan lagi mentega /marjerin


1.Bhg doh pada 10 bhgn dan bulat2kan.
3. Doh akan jadi mcm ni..
2. Masukkan doh marjerin kedlm doh tepung..



4. gelek doh hingga leper..
6.Letak doh memanjang..
5. Gulung doh..

7. Gelek lagi..
8. Gulung sekali lg..
                                          


9. Potong doh kpd 4 bhgn..
10. Ambil sekeping doh td..



11. leperkan doh...
12. Isi inti kesukaan..




13. Kelim keliling doh agar inti tak keluar..
14. Kelengkapan perang yg Liza gunakan.
                                  
         Sori yer kalau gmbar xmemuaskan...tuan umah xberapa pandai nk edit...muahahaha

                                          ~DONE...SELAMAT MENCUBA~


                                                         

                                                     
    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...