Wednesday, February 26, 2014

Red Velvet Cheezy / Cheese Meleleh...


Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...hari ni Liza nak share rvc meleleh yg Liza buat hari tu, alang2 ada org tempah, so Liza buatkan lebih sbb kakak n adik mmg suka mkn kek ni...


Kali ni Liza try buat guna resepi dr member fb Yummy Cakes & Bakery pulak, sedap, gebu n lembut...mmg tak menghampakan..terima kasih banyak2 ye, Liza mintak izin share resepi kat sini pulak..








RESEPI RED VELVET CHEEZY / CHEESE MELELEH

Bhn2:

3 1/2 cwn tepung gandum
170 gm marjerin
2 cawan gula castor
3 biji telur
6 sudu besar pewarna merah
3 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan buttermilk (susu cair campur perahan jus limau/lemon)
1 1/2 sudu kecil cuka biasa
1 /1/2 sudu kecil baking powder

Cara membuatnya :-

1. Pukul butter, gula castor dan telur hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan pewarna merah, serbuk koko dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan garam dan buttermilk diselang-selikan dengan tepung gandum. Pukul hingga abis.
4. Akhir sekali. Campur baking powder dengan cuka biasa dalam bekas lain tunggu hingga berbuih dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Pukul rata.
5. Kukus selama 25 minit. (Kalau guna food container saiz sq250 dapat 12bekas)
6. Boleh juga bakar. (bekas panjang tu admin bakar) Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Api atas dan bawah.
Kalau nak guna loyang sapukan mentega dan lapik dengan baking paper ketepikan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar2 masak cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
8. Kalau nak buat cup cake terus masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup. Bakar dalam 15-20 minit atau kukus 20minit.

- Liza kukus 20 minit dlm bekas tu..

 CREAM CHEESE FROSTING 1- Liza guna resepi no 2

500 gm cream cheese
250 gm mentega
200 gm gula aising
1 sudu jus lemon

Pukul kesemua bahan sehingga kembang.
Sapu/hiaskan keatas kek mengikut kesukaan masing2.
Boleh juga masukkan cream cheese, gula aising, susu pekat manis dan uht whipp cream.

CREAM CHEESE FROSTING 2

Bhn2:
250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (jenama Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair

Untuk hiasan :
250gram cheddar cheese-diparut

Cara:
1. Kek yang telah dimasak disejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan adunan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang lagi adunan cream cheese tadi...ulang cara yang sama pada kek bekas yang lain.
2.Paruttkan cheddar cheese di atas kek.
3. Sejukkan dalam peti sejuk


# Pada sesiapa yg malas nk buat tu, bolehlah order ngn Liza je...amik hf tekan je no 0192113080...hihihi

Wednesday, February 19, 2014

Sandwic Croissant Udang....


Assalamualaikum wbt...hari tu Liza cuba buat sandwic udang pulak, kali ni guna roti croissant pulak...alamak aiii, tak tau nak tulis apa dah, no idea...hihihi

Jom la kita tgk resepi ye...



RESEPI SANDWIC CROISSANT UDANG

Bhn2:

2 keping croissant - belah 2
6 ekor udang - bersihkan
Sedikit tpg jagung
Sedikit garam
Timun, tomato - hiris nipis
Mayonis
Sedikit daun kucai - hiris halus


- panaskan sedkit minyak dlm pan, gaul udang dgn sdkt garam..
- gaulkan pula dgn sedkit tpg jagung dan grg hingga udang masak..
- angkat dan ketepikan..
- mayonis dicampur dgn daun kucai hiris dan sapu pada kedua2 belah roti croissant..
- letakkan timun dan tomato hiris serta udang grg tepung td di atas sekeping croissant td..
- tutup dgn sekeping roti croissant lg..
- siap dan bolehlah menjamu selera...hihihi


 
 
 
 

Tuesday, February 18, 2014

Kek Chiffon Pandan...



Assalamualaikum wbt...kali ni Liza buat ciffon pandan pulak, mmg lembut dan sedap..Liza ambik resepi ni dari dapur Kak Yati, mmg tak rugi buat kek ni, anak2 pun suka...

Terima kasih ye kak, Liza mintak izin share kat sini pulak...


RESEPI KEK CHIFFON PANDAN

Bhn2:

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.









Monday, February 17, 2014

Sambal Sotong Bonda...



Sebenarnya family Liza mmg suka dgn lauk2 bersambal cmni, perghhh mmg kompem bertambah2 nasi diaorg...hihihi

Dah tak boleh nk bebel pjg, jap lg nk g ambil kakak balik sekolah, so, jom layan resepi kat bawah ye...



RESEPI SAMBAL SOTONG BONDA
Bhn2:

1/2 kilo sotong - bersihkan
2 biji bwg besar *
2 ulas bwg pth*
Cili mesin - terpulang pada kepedasan
1/2 cawan santan pekat
Sedikit air asam jawa
Minyak
Garam
Gula, perasa

- mesin semua bwg dan tumiskan bersama cili mesin hingga naik bau
- masukkan air asam jawa dan masak hingga kering, masukkan santan pekat dan biar mendidih.
- masukkan pula sotong, garam, gula dan perasa
- masak hingga naik minyak dan pekat.
- sedia dihidang


Telur Dadar Sayuran...


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...kali ni Liza cuba buat telur dadar sayuran pulak, biasanya letak lauk2 je, tapi kali ni saje nk bg kelainan sikit, cuba letak bayam merah kat dalam telur dadar tu...rasanya, mmg not bad..tak terasa langsung ada sayuran kat dalam tu...

Jadi pada anak2 yg susah sgt nak mkn sayuran tu, Liza cadangkan kita buat telur dadar cmni, at least ada jugak la khasiat yg masuk dlm badan diaorang kan...



Nak buat pun tak susah, macam telur dadar biasa je,cuma tambahkan sedikit sayuran cincang...


RESEPI TELUR DADAR SAYURAN
Bhn2:


Telur - 3 biji
Mayonis - 2 s/b

Sedikit bayam - cincang halus
Sdkt garam
Bwg besar - dihiris bulat
Lada merah - dipotong serong

- campur semua ke dalam mangkuk dan pukul  sdkt.
- panaskan sdkt minyak dan grg telur dgn api perlahan sehingga masak.
- terbalikkan telur dan biarkan ia masak di kedua dua belah.
- angkat dan sedia dihidang .

Friday, February 14, 2014

Syukur Alhamdulillah....


Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat buat semua kengkawan yg Liza sayangi....lama betul rasanya tak menghadap blog ni, sampaikan kena tegur dgn adik kesayangan...hihiii

Ni sebenarnya tempahan yg Liza terima hujung tahun lepas, saje2 utk hilangkan boring...dah masuk thn baru, baru sempat nk publish kat sini, bknnnya apa, segan sbb Liza ni masih baru dlm dunia baking2 ni, so masih banyak kekurangan dan masih banyak yg perlu Liza belajar dr sifu2 yg dah professional....

Terima kasih pada sifu2 yg Liza dah ganggu hidup diaorang,mcm Anna Qawina, Kak Munira, Kak Nor n Ct....jasa baik kalian sentiasa Liza kenang, kalau Liza kacau lg jgn serik nk jawab ye....hihii



Kek Puding Karamel


Kek Coklat Moist

Kek Chocolate Indulgence

Kek Span Strawberry
Terima kasih pada yg sudi order dgn Liza...segala kekurangan harap dihalalkan ye...

Pada yg berminat nk order kek dgn Liza boleh sms / whatsapp ke no 019 2113080...jgn segan2 ye 


Wednesday, February 5, 2014

Red Velvet Cupcake...



Liza masih menggunakan resepi yg sama dr Anna tokey kek tu...terima kasih banyak2 ye Anna, kek ni dah jadi peberet anak2 Liza...

Yang ni pun dah lama Liza buat, masa majlis bercukur anak buah jiran hujung tahun lepas...apa2 pun jom kita tgk resepi marbeles ni..



RESEPI RED VELVET CUPCAKE

Bhn2:

A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah


E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)


CARA-CARA:


  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
RESEPI KRIM CHEESE :

500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara -cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda








Puyuh Goreng Berempah....



Assalamualaikum wbt dan salam rindu utk semua....pekabar kawan2, semoga sentiasa sihat dan ceria hendaknya ye...dah lama bebenor rasanya Liza tak masuk dapur ni..sejak kebelakangan ni banyak sgt perkara2 yg terjadi, jadi Liza mmg takde mood nak berblogging walaupun jauh di sudut hati terasa rindu yg mendalam...cewaahhh ayat...hihii

Puyuh goring berempah ni pun dah lama Liza buat, resepi dia sama je dgn ayam grg berempah..jom kita tgk ye...



RESEPI PUYUH GORENG BEREMPAH

Bhn2:
1 ekor ayam - bersihkan dan tos(Liza guna puyuh 5 ekor)
10 tangkai cili kering - kisar
5 ulas bwg merah - kisar
4 ulas bwg pth - kisar
1 inci halia - kisar
3 btg serai - kisar
2 inci lengkuas - kisar
3 s/ mkan rmpah kari
1 s/teh srbk kunyit
Setangkai daun kari - Liza letak 2 tangkai
Garam, perasa
Minyak - utk grg



- bhn2 kisar digaul sekali dgn srbk kunyit, srbk rempah kari, garam dan perasa.
- masukkan ayam dan daun kari dan gaul rata, perapkan 30 minit....lg lama lg sedap
- panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...