Sunday, January 15, 2012

Sweet Sour Ikan Merah...


Menu dinner yg paling simple dan sedap...hihihihhi...kdg2 tu masak cmni pun blh bertambah2 nasi kan....anak2 Liza suka sgt la kalau lauk cmni, tp kena buat kuah lebih la...Liza buat sweet sour ni simple jer sbb bnyk bhn tak de kat umah....so layaaaannnn...

RESEPI SWEET SOUR IKAN MERAH

Bhn2:

1 ekor ikan merah [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit



Bahan untuk sos:

3s/b cili mesin
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 s/b cuka
1/2 cawan air.
2 s/b tepung jagung - bancuh ngan air utk pekatkan kuah
Garam dan gula secukup rasa
minyak



Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia dan cili mesin.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili , cuka dan tpg jagung yg dibancuh ngan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan juga garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan merah yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

# kalau nk tambah hirisan nenas pun blh, lagi sedap...#


                                     Liza gandingkan ngan kacang panjang grg ngan ayam....

6 comments:

nuwairani ismail said...

sweet n sour ni kalau makan dgn nasik panas2 lembut2, memang sedap!

Liza said...

betul tu nani....kalau MIL lalu mmg xperasan lagi dah....ekekekkeeke

Mieza said...

alahai liza..kacang panjang tu menggoda sungguh..suka sgt dgn kacang panjang goreng mcm tu..ratah je..hehe dan ikan sweet sour tu nampak sedap sungguh

Amie said...

menu yang sungguh menyelerakan! kalau kita makan, mesti sampai menjilat jari!

mokwo® said...

mokwo kalau masak ikan..menu ini lah sokmo dlm top list..cepat, simple dan sedap...erkk ade lagik tak tuh utk mokwo?? datang jauh nih...:)

Wani said...

simple nya kak liza cepat, ringkas dan pastinya .. berbaloi2 masa makan hihi .. zaman sekarang ni semuanya nak cepat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...