Friday, July 27, 2012

Kek Kukus Buah Buahan ...


Sebenarnya kek buah ni buat masa blk kampung ari tu, ye la sebagai buah tgn kan...kek buah ni bg Liza mmg senang n yg penting sedap sebab bnyak buah kat dalam tu...kalau tak caya cubalah, insyaallah tak nyesal...

Jom kita intai resepi kat bawah ye, moh kita..

RESEPI KEK KUKUS BUAH BUAHAN

Bhn2:

200gm mentega
340gm gula kastor
50gm air
3 biji telur B
350gm tepung gandum naik sendiri*
2 s/t soda bikarbonat *
500gm buah buahan kering
1 s/b ovalette
1 s/b golden syrup


- bhn2 bertanda * diayak bersama
- hanguskan gula kastor sampai perang dan tuang air.
- masukkan mentega dan golden syrup ke dlm gula hangus td dan biar ia cair.
- masukkan pula buah buahan kering dan biarkan ia mendidih dan masak hingga buah agak kembang.
- ketepikan dan biar ia sejuk.
- masukkkan bhn2 ayak kedlm gula hangus yg dah sejuk td dan gaul sebati.
- pukul telur dan ovalette dan tuang ke dlm adunan dan gaul sebati.
- masukkan ke dlm acuan 7x7 yg telah disapu minyak dan kukus selama 2 jam atau hingga masak..


Kek Mentega Marble Sedap.....


Resepi asal ialah kek mentega biase tu tp Liza olah dgn tambah serbuk koko sikit sbb nk jadi kan dia marble...amik dr dapur SINI, terima kasih Nurul Ain sbb kek ni mmg lembut n gebusss....jom kita intai resepi pulak....

RESEPI KEK MENTEGA MARBLE

Bhn2:

250g pure butter (aku guna jenama SCS) - Liza pun guna SCS
250g tepung naik sendiri
200g gula kastor(boleh kurang kan lagi kalau tak suka manis)
4 biji telur
1/2 cawan susu segar


Cara2:


*sebelum buat kek..pastikan oven dipanaskan dulu 20 atau 30 min sebelum buat kek.

1.pukul butter+gula sampai kembang,gebu n jadi warna putih(low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
2. pastu tambah telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung sampai habis.
3. pastu masukkan susu segar.pukul lagi sampai sebati.
4. masukkan dalam loyang...bakar suhu 180 selama 40 minit.
 

**note: butter cake ni lagi sedap kalau simpan dlm peti sejuk semalaman..rasa butter die lagi sebati.macam ada rasa cheese cake pon ade.
 

Karipap Pusing Bondaku....


Lagi dan lagi...hihihhii, mmg dah selalu sgt Liza buat karipap pusing ni sbb karipap ni mmg dah sebati dgn family kitaorang...kalau karipap biase tu Liza mmg fail, tak pandai langsung, kalau buat pun rasa cm ssh sgt kalau nk compare dgn karipap pusing ni....mmg dr kecik arwah ma selalu buat karipap pusing ni, sekali pun dia tak pernah buat karipap biase...abih tu cmner anak dia ni nk pandai buat karipap biase tu kan....hihihiii

Liza pernah buat karipap pusing ni kat SINI, SINI dan SINI....so, sudi2kanlah jenguk kat link tu ye...utk cara buat karipap pusing tu pulak blh la klik kat SINI pulak ye...



                Liza mmg suka nengok karipap ni sbb pusar kat tgh tu, canteeeekkkk....hihihii

Nasi Ayam Ipoh Mali....


Nasi ayam ipoh yg mmg best, Liza paling suka bau nasi ayam ni dgn rasa sambal kicap dia...fuhhhh mmg bertambah2 mkn....bhn sampingan yg lain tu sama mcm nasi ayam biase jugak...thnx pada Quinnie yg berkongsi resepi nasi ayam yg best ni, semoga murah rezeki Q....akk mintak izin share resepi kat sini ye Q, utk rujukan masa akan dtg...thnx sekali lg...

RESEPI NASI AYAM IPOH QUINNIE

Bhn2:
  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • 2 sudu besar kicap pekat (optional)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu - xde, Liza letak rempah 4 sekawan
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • garam
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • 2 sudu besar sos tiram

  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng




Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis 4 sekawan tuk naikkan rasa dia....)


Ayam Panggang Ala Bangkok....sawadikappp

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua...pejam celik pejam celik dah masuk hari ketujuh kita berpuasa kan...alhamdulillah..

Sebenarnya mmg dah lama nak buat ayam panggang ala bangkok ni, last2 bulan pose jugak la yg jd kenyataan...biasa la kan, time pose ni macam2 menu yg nk try, maklumlah bulan istimewa katanya....
Liza tgk resepi ayam panggang ni kat dapur mamasya,kak nor dan sumber resepi katanya dr kak ummi...thnx pada semua ye...ayam ni mmg sedap tak terkata, sape yg nk try tu sudi2 kanlah mencuba ye...Liza buat ari tu untuk makan dgn nasi kerabu, perggghhh mmg terangkat bebb...hihihi



Kalau nengo kat ayam Liza ni tunggang terbalik jadinya,,almaklumlah masa ni dah nk buka pose, jd faham2 je la ye, kelam kabut....kalau nk tgk ayam yg berposing cantik, blh la klik link kat atas tu....hiihhihi

RESEPI AYAM PANGGANG ALA BANGKOK

Bhn2:

1 ekor ayam - potong 2 (*akak potong 6 bhg.)
15 gm kunyit. (akak letak 2 cm)
 80 gm serai (akak letak 3 btg)
 30 gm bawang putih (akak letak 3 ulas)
 20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih (*akak letak lada putih biji yg dikisar)

Bahan Perapan:-

30 gm sos cili (*akak letak 2 sb. cili kisar)
15 gm sos ikan (letak 1 sudu besar)
 20 gm pati ayam (*akak xda stok, letak yg serbuk 1 kiub)
4 gm sos tiram (letak 2 sudu besar)
 35 gm gula (letak 2 sudu besar)
 50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam

Bahan Sos:-

30 gm cili merah - cincang halus (akak letak 3 tangkai)
 15 gm bawang putih - cincang
50 gm cuka (letak 3 sudu besar)
 1 sk. sos ikan
15 gm air gula (akak letak gula 2 sb + air panas sikit)
 6 tangkai cili padi -cincang halus

Cara-Cara:-
 
  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
  2. Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
  3. Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam.
  4. Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.
  5. Untuk sosnya, campurkan cukal sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang

Tuesday, July 17, 2012

Kuih Kaswi Gandum....


Ni kuih peberet Yana, anak bongsu Liza...tiap kali dia nmpk org jual kuih ni, dia akan cakap , ' umi, nnt umi buat kuih yg mcm makcik tu jual ye, yg warna coklat lepas tu ada kelapa '...so, umi dia pun ape lagi, terus buat la...sebab kannnn, umi dia pun suka jugak kuih ni.....kuikuikui

Kali Ni Liza buat guna resepi dr Kak Liza, tp Liza amik resepi ni dr dapur Izah...Liza tgk Mas pun dah buat kaswi ni bnyak kali kan..so, tak perlu dipertikaikan lg la kesedapan kuih ni....moh kita tgk resepi....thnx pada semua yg terlibat ye....



RESEPI KASWI GANDUM

Bhn2:

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
*saya tambah beberapa helai daun pandan
- Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.



Kuetiaw Goreng Tomyam....

Ni pun menu yg tak ingat bila dah buat, makcik dah lupo....almaklumlah dah veteran....hihihii
Resepi ni simple je kan, hubby ngn anak2 cakap sedap..tu yg penting, walaupun senang tp sodappp...



RESEPI KUETIAW GORENG TOMYAM

Bhn2:

  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan - Liza guna kuetiaw
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 5 s/b cili mesin
  • Sdkt kicap manis
  • 1 biji telur -xletak
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi
Cara cara:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam dan cili mesin. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

Resepi asal ni dr Kak Nor tp Liza dah olah sikit ikut selera family Liza....terima kasih ye Kak Nor sbb berkongsi macam2 idea dlm masakan ni...sebenarnya Liza selalu jugak cari resepi2 kat dapur Kak Nor ni....hihihihii

Popia Bersira Pedas Lagi....


Lagi dan lagi...nak buat cmner kan, dah peberet family, kenalah buat....hihihii..Sebenarnya Liza dah pernah buat popia bersira pedas ni, so, jom la kita tgk resepi sekali lg ye...

RESEPI POPIA BERSIRA PEDAS

Bhn2:


  • kulit popia secukupnya
  • UNTUK INTI
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula
  • UNTUK SAMBAL SIRA
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
  • sedikit belacan - jika suka
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula melaka@gula putih
  • garam
  • bijan sangai

Cara-cara

  1. UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  2. UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!

Sambal Telur Puyuh..


Macam masak sambal telur biase je, tp kali ni Liza guna telur puyuh...kalau mkn ngn nasi lemak pun sodap ni....hihihii

RESEPI SAMBAL TELUR PUYUH

Bhn2:

5 biji telur rebus - potong 2 atau sebijik2 (blh digrg skjp @ biarkan camtu jer) - Liza guna telur puyuh
1 biji bawang besar - di potong nipis
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu besar gula /lbh
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR LUMAT :

15 biji cili kering / lebih - terpulang pada selera
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm belacan - optional



- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.
- Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan bawang besar .Terus mengacau semua bahan tadi sehingga bawang besar menjadi layu.
- Masukkan semua telur dalam sambal tadi dan terus mengacau semua bahan secara perlahan-lahan supaya sambal meliputi seluruh pemukaan telur , jika kurang masin tambah la garam lagi , tak perlu masak telur ni terlalu lama.

- Bila dah cukup mesra dan cukup rasanya, blh la hidang yer....

Apam Aiskrim Cornetto....


Assalamualaikum dan salam manis buat semua...pekabar semua, Liza harap kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya Yang Esa...Aamiin...apam aiskrim ni dah lama Liza buat tp biase la kan, sibuk memanjang...ari ni baru sempat nk publish...semua ni gara2 terliur tgk kat dapur kak Ita dulu....tp Kak Ita buat lg cantik wooooo....hihihihi

Tp Liza guna kan resepi apam dot dot sbb aiskrim soda mmg takde stok...hihiii, sedap n lembut jer apam ni....Liza rasa semua dah tau buat kan, tp Liza letak jugak resepi kat sini utk rujukan di masa akan dtg....

RESEPI APAM AISKRIM CORNETTO

Bhn2:

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Pewarna
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).





Utk cara cara kat bawah ni, Liza ambik dr dapur Kak Ita,,,thnx ye kak
Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.
Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.

Adunan tu ita tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.

Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.
Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk
Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.



Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler.
Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat)
Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.

Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...