Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Friday, December 22, 2017

Daging Masak Merah ala Thai..



Assalamualaikum wbt...daging masak merah ni dah jadi menu kegemaran family Liza..rasa yg sangat sedap dan bhn2 yg senang.tu yg Liza suka...hihihi

Masih setia dgn resepi dr Kak Azie, timakasih ye kak






RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI
 
 
Bhn2:
 
 

1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah

2 ulas bawang putih - ketuk

1 labu bawang besar - hiris

1 sudu besar cili kisar

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan thai

1/4 cawan sos tomato

Garam dan gula secukup rasa

Kacang panjang - jika suka

Daun sup/daun bawang 

1 biji cili capsicum

1 cili merah



Cara-cara:


Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di 

dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga 

kuning sedikit. Ketepikan.

Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling.

 Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan 

sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili 

merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. 

Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.
 
 
Nota:


Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.












Thursday, November 2, 2017

Salted Egg Yolk Prawn...







Masih menggunakan resepi yg sama sbb family suka sangat..tapi kali ni Liza guna udang pulak, kalau masak kelam kabut macam ni la jadi dia, letak butter pun terlebih, haisssshh

SALTED EGG YOLK CHICKEN ( PRAWN )

2 pieces chicken breast – remove skin and fat and cut into 1” chunks ( kali ni guna udang )
½ tsp salt
Dash of pepper
1 egg white
½ cup cornstarch


1. Pat dry chicken with paper towel. Mix chicken with salt and pepper. Then put in egg white. Marinate for an hour. Coat the chicken pieces with cornstarch.
2. Deep try chicken until golden brown. Remove and drain oil on paper towel.







Sauce:

2 Tbsp butter
2 sprigs curry leaves, remove from stem, leaves only
1 red chili – sliced thinly
2 cloves garlic – finely chopped
3 salted egg yolks, steamed and mashed
2 Tbsp evaporated milk
1 tsp oil
1/3 tsp salt
½ tsp sugar

1. In wok, on medium heat, put in oil and butter. When butter has melted, put in sliced chili, garlic and curry leaves. When they are fragrant, put in mashed egg yolks, with spatula, try to flatten the yolks into the oil and cook until it look bubbly and fragrant.
2. Turn heat to low and put in milk, salt and sugar. Turn heat to high and cook until very bubbly. Put in chicken and toss until well coated. Dish out and serve.

Tuesday, October 31, 2017

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi...


Untuk buat masak lemak cilipadi daging salai ni , Liza cari resepi yg ala2 nogori gitu ..maka dlm bnyk2 resepi Liza terberkenan dgn resepi yg satu ni
Terima kasih Aida tuan punya resepi ni..sedappp








RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILIPADI

Bhn2:


400gram daging yang siap disalai dan dihiris nipis - klu rasa daging

 liat rebus sekejap.

2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik


6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)


2 cawan santan pekat


1 keping asam gelugor - klu kurang masam


sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk

 
daun kunyit

sedikit garam


belimbing buluh  / mangga muda - xletak sbb xde


2 biji kentang dipotong yang dipotong berbentuk baji 








caranya

 

1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu.klu ada belimbing  masukan sekali .

3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.



 

Daging Salai Goreng Kicap...



Assalamualaikum wbt..daging salai ni Liza beli kt Kuantan ari tu, beli kat Restoran Mabiq ..alaa restoran anak2 tahfiz tu
Disebabkan ank2 macam kurang suka dgn daging salai masak lemak cili api, maka Liza buat goreng kicap ni sikit, utk umi n papa nnt baru  buat masak lemak tu,hihii








RESEPI DAGING SALAI GORENG KICAP

Bhn2:

100gm daging salai
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - cincang halus
5 s/b cili mesin
Kicap manis secukupnya
2 biji cili merah - hiris nipis
2 s/b sos tiram
2 batang serai - ketuk sikit
Kacang panjang - potong
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa



- perap daging salai dgn kicap selama 1 jam
- panaskan sedikit minyak di dlm kuali dan tumis bwg besar, bwg putih, cili merah. cili mesin  dan serai hingga naik bau
- masukkan sos tiram dan kacau sebati
- bila dah naik bau, masukkan daging salai dan kacang panjang,  gaul sebati
- perasakan dgn garam dan gula, gaul..
- angkat dan sedia dihidang




Tuesday, October 17, 2017

Masak Lemak Keli Salai bersama Daun Kaduk...




Sedap jugak bila masak lemak ikan cmni letak daun kaduk..lain kali boleh la letak lagi,hihihi









RESEPI MASAK LEMAK IKAN KELI SALAI BERSAMA DAUN KADUK

Bhn2:

4 ekor ikan keli - bersihkan dan panggang sehingga masak
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
7 biji cili api *
1 btang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
Santan dr sebiji kelapa
Garam, perasa
1 keping asam keeping

Daun kaduk - hiris halus


- mesin semua bhn bertanda * hingga halus..
- masukkan kedlm periuk bersama asam keping, serai serta daun kunyit, masak dgn api sederhana hingga mendidih..
- masukkan garam dan perasa ..
- akhir sekali masukkan ikan yg telah dipanggang td..
- kacau biar sebati kuah dgn ikan td..
- tutup api dan sedia dihidang..

Wednesday, September 27, 2017

Kung Pao Chicken / Ayam Gajus...



Dah lama tak buat lauk nan satu ni, sampailah satu hari adik ckp..sedap kan ayam gajus yg kita makan kat kedai sekian2 tu...tuuuuttt, masa tu la rasa tercabar,hihii
Dah pernah buat dulu tapi mungkin masa tu adik pun kecik sgt lgi,hahaha
Nasib baik lps mkn tu dia ckp sedap, kiranya berbaloi la walaupun dah lama tak buat kan, cuma kali ni Liza buat versi berkuah sikit sbb nk padankan ngn telur dadar Thai ..





RESEPI KUNG PAO CHICKEN aka AYAM GAJUS

Bhn A:

  • 600 gm ayam
  • tepung jagung
  • garam
  • Bahan B
  • 100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
  • 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
  • 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
  • 3 sdm sos tiram
  • 2 sdm cili sos
  • 1/4 cwn air
  • minyak utk menumis
  • garam-jika perlu
  • 2 inci halia - ditumbuk halus
  • Daun selasih - Liza tambah
  • - Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
    - Panaskan sedikit minyak dlm kuali.

    - Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan

    - Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar

    - Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.

    - Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.
     
     
     
     
     
     
     
     

    Wednesday, September 13, 2017

    Sotong Masala Nasi Kandar...




    Assalamuaalikum wbt dan salam manis utk semua..percaya tak lauk ni kan pertama kali rasa terus jatuh cintan, apalagi kitaorang ni mmg peminat tegar makanan atau lauk pauk ala mamak cmni.

    Resepi asal dr ayahanda Mamak Haji, kat blog dia mmg bnyk sgt resepi n tips masakan nasi kandar...sesiapa yg suka makan nasi kandar tu blh la jenguk kat dapo tu ye

    Terima kasih Mamak Haji atas resepi yg mmg selalu tak menghampakan, dah banyak resepi yg Liza ambik dr dapo sana, terima kasih sekali lagi








    RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.

     Bhn2:

    1 kg Sotong putih (sarat telur).
    100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari).
    1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
    2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
    Pes bawang putih dan Halia. Pes ini penting dalam masakan nasi kandar.
    1 tsp serbuk jintan putih, 1 tsp serbuk jintan manis, tsp serbuk kas-kas (tidak kemestian)
    1 tsp serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
    1 tsp gula pasir.
    kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga (ini digelar garam masala).
    2 ranting daun kari.
    3 cili merah dibelah dua memanjang.
    Daun bawang dipotong 2 inci.
    75 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
    Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.










    CARA-CARA:

    Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang kisaran adalah cara masak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).

    Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan) masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.

    Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. Kalau anda tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. Hidangan ini biasanya untuk 12 orang. Selamat mencuba.


    Thursday, August 24, 2017

    Ayam Bakar Berempah Klate yg sedapppp...




    Assalamualaikum wbt...ari tu saje cari resepi ayam bakar yg simple utk makan dgn nasi kerabu...dlm bnyk2 tu, Liza terberkenan resepi ayam dr dapo Kak Azie ni...terima kasih bnyk2 kak, ayam ni mmg sedap







    RESEPI AYAM BAKAR BEREMPAH KLATE

     
    Bahan bahan;
    1/2 ekor ayam - dengan kulit
    3-4 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    Sedikit rempah kari - optional
    3-4 tangkai cili kering
    3 batang serai
    Garam
    Gula

    Kisar semua bahan di atas dan masukkan garam dan gula. Gaul sebati dan perap dengan ayam , lagi lama lagi sedap..
     
    Kemudian boleh la dibakar sehingga masak
     
    * Liza makan ayam ni dgn nasi kerabu, mmg terangkat..
     
     
     
     

    Wednesday, August 23, 2017

    Sambal Ketam...



    Lauk ni mmg dah lama sgt Liza buat, masa ni semua anak2 masih ada kat rumah...sekarang kalau nk masak lauk mcm ni, kena tunggu semua berkumpul dulu, baru syok nak main masak 2












    RESEPI SAMBAL KETAM

    Bhn2:

    4 ekor ketam - bersihkan, lumur dgn garam n kunyit
    1 biji bawang besar * - nk guna bwg merah pun blh
    2 ulas bwg pth *
    6-7 s/b cili mesin - blh lebihkan
    Sdkt air asam jawa
    Sdkt minyak
    Garam, gula

    - mesin bhn bertanda *
    - panaskan sdkt minyak dan grg ketam hingga masak, angkat n ketepikan
    - guna minyak yg sama, tumis bhn blend dan cili mesin hingga naik bau..
    - masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa..
    - akhir sekali masukkan ketam yg telah digrg dan gaul sebati, angkat..





    Thursday, August 17, 2017

    Gulai Daging Kambing Bawang Goreng ( Tanpa Santan )...sedap sgt



     



    Alhamdulillah, pestime buat resepi ni terus jatuh cintan...sedap, patut la Lina asyik dok buat je..tq fren share resepi yg sedap marbeles ni....Liza ikut sebiji2 resepi, tak derhaka sikit pun


    Mula2 cuak jgak sbb takut tak kena dgn selera anak2, ye la kan, diaorang ni mana nk makan bawang2 bagai,tapi nasib baik bila dah masukkan bawang goreng dlm kuah tu, langsung takde rasa bawang...fuhhh, selamat










    RESEPI GULAI DAGING KAMBING BAWANG GORENG (TANPA SANTAN)

     Bhn2:

    1 kg daging kambing (LiNa Pg guna yg ada tulang)
    1 paket rempah gulai bunga ros
    1/2 paket rempah masak bunga ros
    4 ulas bawang merah (blend)
    2 ulas bawang putih (blend)
    1 labu bawang besar (blend)
    1/2 in halia (blend)
    1/2 in lengkuas (blend)
    2 sudu besar cili giling
    1 sudu besar gula merah
    1 paket kecil kerisik
    1 cawan bawang goreng - ramas/hancurkan
    1- 2 sudu besar susu manis (guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket)
    1 tin kecil tomato puri (boleh ganti dgn sos tomato)
    3 ketul ubi kentang (potong 4)
    2 sudu besar kicap manis (jika suka)
    2 sudu besar sos tiram (jika suka)
    air secukupnya


    Bahan tumis:

    2 in kulit kayu manis
    3 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga
    2 kuntum bunga lawang
    3 helai daun pandan simpul
    Minyak





     


    Cara Membuat:

    Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau dan garing.Masukkan cili giling, tumis sekejap lagi. Masukkan gula merah (gula merah akan caramelize bawang-warna jadi merah dan cantik) Masukkan pes rempah, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap Masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging. Tambah air hingga paras daging (gulai ni takleh pekat sgt),masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu manis Masak sehingga daging hampir empuk.Masukkan kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam, gula/perasa. Sesuaikan rasa Akhir sekali masukkan sedikit kicap manis, sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat




     
    

    Friday, August 4, 2017

    Kari Ayam Nasi Kandar Mamak Haji....



    Resepi ni dah lama Liza buat tapi baru berkesempatan nk upload kat sini, tq ayahanda Mamak Haji,,,mmg sedap n berbaloi cuba resepi ni





    RESEPI KARI AYAM NASI KANDAR MAMAK HAJI

     
    Bahan:

    1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong sepuluh ketulan dan dibersihkan.
    2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk tumis)
    2 Biji Tomato (dibelah dua)
    2 biji cili hijau di belah dua.
    2 biji cili merah dibelah dua
    2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.
    250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.- Liza guna yogurt
    4 sudu besar minyak masak untuk menumis
    Garam secukup di rasa.

    Perencah untuk ditumis:
    25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.
    2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
    125gm rempah kari ayam baba’s
    1 sudu kecil jintan manis
    1 sudu kecil jintan putih

    Bahan-Bahan untuk dikisar:

    2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)

    4 biji cili hijau.
    2 biji bawang sederhana besar.
    1 biji tomato
    10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.

    Nota: bahan-bahan ini perlu dikisar halus.












    Cara Penyediaan:


    1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang,

    cengkih dan buah pelaga, bila naik aroma, masuk daun pandan

    (dipotong 4″- 3 helai), perlahankan api dapur.

    2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang

    bertukar kepasa warna keemasan, masukkan pes halia bawang

    putih. Bila campuran ini mula keluarkan aroma, masukkan pes

    rempah (pes rempah ini boleh  disediakan dengan adunkan rempah

    kari ayam, jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air

    dan jadikan pes). Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk

    rempah  disaluti ketulan ayam dalam 2-3 minit. Proses semua

    campuran ini digoreng hingga warna kekuningan. Masukan bahan

    perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini

    mengeluarkan bau yang harum.Masukan daun kari di ikuti dengan

    ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan

    rempah. Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah

    ini tidak hangus.

    3. Masuk segera air 1 1/2 liter dan diikuti ubi kentang dan tomato.

    Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20

    minit. Kecilkan api dapur dan biarkan kari anda dalam keadaan

    reneh 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam

    anda masak sempurna.  Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam

    akan kehilangan dari dagingnya. Sekiranya kuah anda pekat dan

    ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih.

    Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan,

    dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air  

    dibawah.

    4. Masukan santan, tomato, cili hijau,cili merah dan garam masala

    dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas

    permukaan kari. Bila kuah kari anda mula mendidih semula,

    matikan api  dapur dan teredia lah kari untuk hidangkan. Taburkan

    daun pudina di atas kari dan tutup hidangan anda dengan penutup.

    Selamat mencuba.



    Nota: kepekatan kari anda tertakluk berapa lama anda

    masak kari anda dan yang memekatkan kari anda adalah

    gelatin yang dihasilkan oleh collegen ayam semasa proses

    renehan kari. Collegen yang banyak terdapat dalam ayam

    ialah bahagian kaki dan leher. Jadi gunakan kaki ayam dan

    leher  dalam masakan kari.

    Tuesday, March 7, 2017

    Masak Lemak Siput Sedut Daun Kaduk...






    Tiap kali masak lemak siput sedut ni mst Liza akan gandingkan dgn daun kaduk, kalau tak mmg rasa tak mengancam..




    RESEPI MASAK LEMAK SIPUT SEDUT DAUN KADUK

    Bhn2:

    1 kg siput sedut - bersihkan
    1 ikat daun kaduk - hiris halus
    6 ulas bawang merah *
    6 biji cili api *
    11/2 inci kunyit hidup *
    1/2 inci lengkuas *
    1/2 inci halia *
    2 s/b cili mesin
    Santan secukupnya
    Garam

     blend semua bhn bertanda * hingga lumat.
    - masukkan semua ke dlm periuk kecuali daun kaduk.
    - bila dh mendidih, masukkan daun kaduk, kacau rata..
    - tutup api dan boleh hidang la





    Tuesday, January 24, 2017

    Ayam Percik Chef Wan...




    Apa yg buat Liza tertarik nak cuba resepi ni ialah sebab ada guna halba yg di kisar...nak tau la juga macam mana rasanya kan, alhamdulillah mmg sangat2 sedap








    RESEPI AYAM PERCIK CHEF WAN

    Bhn2:

  • 1 ekor ayam
  • 1 liter santan
  • 10 batang serai di titik
  • 6 cm lengkuas di hiris
  • 1/2 helai daun kunyit di hiris halus
  • 1 sudu besar gula merah
  • garam dan gula secukupnya
  •  
     
    Bahan kisar:
    • 3 tangkai cili merah
    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 1/2 cm halia
    • 2 1/2 cm kunyit hidup
    • 10 biji buah keras
    • 1 sudu teh halba
     
     
    Cara buat ayam percik:


    1. Masukkan bahan kisar dan santan dalam satu periuk besar. Kacau dan didihkan hingga pecah minyak.
    2. Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah.
    3. Masukkan garam dan gula dan renehkan selama 30 minit.
    4. Kacau dan balik-balik ayam selalu.
    5. Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang ayam selama 10 minit sambil dilumur dengan kuah.
    6. Letakkan ayam panggang di atas pinggan.
    7. Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan kuah sambil di kacau sehingga menyalut ayam apabila di tuang ke atasnya.
    8. Angkat kuah dan siram ke atas ayam.







    Lauk ni Liza gandingkan dgn salsa tomato je, mmg sedap..






    Monday, January 9, 2017

    Masam Manis Ikan Dori..






    Assalamualaikum wbt...menu ni sebenarnya dah lama tertunggak, baru berkesempatan nk masukkan n3 kat sini..

    Resepi ni macam resepi sweet sour yg lain jugak, tapi kali ni ikan tu Liza tak salut ngn tepung...perap ngn kunyit n garam je sbb kalau dah salut dgn tepung, bila sejuk nnt kompem sos dah kering, kan..







    RESEPI DORY SWEET SOUR
    Bhn2:

    4 keping isi ikan dori - potong dadu
    1 biji bawang besar - dipotong bulat
    1 potong nenas-di dadu
    1 biji tomato-di belah 4
    1 biji lada benggala - potong dadu
    2 ulas bawang putih - hiris
    3 ulas bawang merah - hiris
    2 sudu besar cili kisar
    2 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tomato
    1 sudu besar sos tiram
    1/2 cawan air
    Garam dan gula secukup rasa

    - ikan dicuci bersih, gaul dgn kunyit dan sedikit garam, goreng hingga masak, angkat dan toskan.
    - tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili , sos tomato, sos tiram, garam dan juga gula. Gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
    - masukkan ikan, bawang besar, lada benggala, nenas dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.
    - bila rasa dah sesuai, bolehlah dihidangkan





    Thursday, December 8, 2016

    Kerutuk Ayam Kampung Marbeles...





    Kali ni Liza masak kerutuk berbeza sikit dr yg pernah Liza buat sebelum ni..resepi ni dapat dr kakak ipar kesayangan yg mmg terer bab2 lauk pauk ni...









    RESEPI KERUTUK AYAM KAMPUNG


    Bhn2:


    1 ekor ayam kampong - potong kecil dan bersihkan
    12 ulas bwg merah - hiris
    2 ulas bwg pth - hiris
    2 btg serai - ketuk sikit
    11/2 inci halia - hiris

    5 s/b rempah kerutuk klate2-3 s/b cili mesin
    1/2 cawan kerisik
    1 keping gula merah (nise)
    Garam, gula secukup rasa
    1 cawan santan pekat dr sebiji kelapa
    4 biji ubi kentang  - belah 4
    Air asam jawa
    4 sekawan
    Daun pandan
    Minyak

    - panaskan minyak dan masukkan daun pandan dulu (utk bg kerutup ni wangi)
    - bila dah naik bau, masukkan 4 sekawan dan bhn2 yg dihiris..masak hingga wangi
    - masukkan pula rempah kerutuk yg tlh dicampur dgn sedikit air, cili mesin dan air asam jawa
    - biar sehingga naik minyak br masukkan ayam kampong dan santan
    - bila dah mendidih dan ayam dah separuh empuk, masukkan kentang, gula melaka dan garam serta perasa (optional)
    - biarkan sehingga sedikit pekat dan masukkan kerisik

    - masak dgn api sederhana utk pastikan ayam kampong td betul2 empuk ye..( amik masa sikit)
    - Liza masak dlm periuk Noxxa je, senang n jimat masa..




    Monday, December 5, 2016

    Masak Lemak Haruan Daun Kadok....




    Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti utk semua...bila anak2 cuti sekolah ni boleh la rileks sikit kan...kalau tak, mmg kelam kabut sehari2..

    Ikan haruan ni mmg sedap masak apa pun, kali ni Liza masak lemak tambah daun kadok pulak...fuhhh, mmg wangi dan bertambah2 nasi,hihii



    Jom tgk resepi kat bawah ye






    RESEPI HARUAN MASAK LEMAK DAUN KADOK

     

    Bhn2:

     
    5 keping ikan haruan - bersihkan dan rendam dgn air asam jawa 30 min.
    2 s/b cili mesin
    11/2 inci kunyit hidup
    1 keping asam keping
    Garam, perasa
    Daun kadok - potong halus
    Santan secukupnya


     

    - kunyit hidup ditumbuk lumat.

    - masukkan santan, cili mesin, asam keping dan kunyit tumbuk ke dlm periuk dan masak dgn api sederhana sambil kacau..

    - bila mendidih masukkan ikan, daun kadok, garam dan perasa dan sentiasa kacau supaya tak pecah minyak ye..

    - bila ikan dah masak dan rasa dah ok, tutup api dan sedia dihidangkan...

    Thursday, December 1, 2016

    Sambal Ikan Tongkol dan Kacang Buncis bersama Daun Selasih...




    Lauk yg simple tapi cukup sedap bagi kami sekeluarga...disebabkan malas nk masak bnyk2 lauk, maka terpikirlah utk campurkan sekali kacang buncis tu ke dlm sambal ikan ni...apa2 pun boleh kan sbb kita yg nak makan,hihii







    RESEPI SAMBAL IKAN TONGKOL DAN KACANG BUNCIS BERSAMA DAUN SELASIH

    Bhn2:

    5 keping ikan tongkol - rebus bersama garam dan asam keeping
    Kacang buncis - potong kecil
    7 ulas bawang merah *
    2 ulas bawang putih *
    1 senduk cili mesin
    1 s/b sos tiram
    Gula secukup rasa
    Minyak utk menggoreng
    Segenggam daun selasih







    - tumbuk bhn bertanda * separuh lumat.
    - panaskan minyak dan grg ikan tongkol rebus td hingga agak garing
    - ambil sedikit minyak gorengan ikan td dan panaskan
    - masukkan bhn tumbuk dan cili mesin hingga naik bau dan garing..
    - masukkan pula sos tiram dan sedkit gula dan gaul sebati..
    - akhir sekali masukkan ikan yg diroreng td, kacang buncis  dan daun selasih..
    - gaul rata dan boleh la diangkat.


    Wednesday, November 16, 2016

    Masak Lemak Ciliapi Udang Galah...





    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...udang galah ni masak apa pun sedap kan...kadang tu Liza masak kari atau kerutuk tapi kali ni buat masak lemak cili api pulak, pastu masukkan daun kunyit, perghhh mmg terangkat la


     
     



    RESEPI MASAK LEMAK CILIAPI UDANG GALHBhn2:

    8 ekor udang galah - bersihkan dan potong janggut
    Santan dr sebiji kelapa - perah dgn sdkt air
    1 kpg asam keping
    Garam, srbk perasa
    Daun kunyit - koyak2kan sikit





    Bhn2 kisar:

    5 ulas bwg merah
    1/2 inci halia
    1/2 inci lengkuas
    1 1/2 inci kunyit hidup
    segenggam cili api - blh kurang atau lebihkan

    - masukkan santan, bhn kisar dan daun kunyit ke dlm periuk bersama asam keping.
    - masak hingga mendidih dan masukkan udang.
    - masukkan juga garam dan perasa.
    - bila udang dah masak, padam api dan sedia dihidang.( udang tak yah masak lama2 ye, nnt isi dia keras n hilang manis)







    Tuesday, November 15, 2016

    Pindang Ikan Siakap...




    Liza memang berselera sungguh kalau makan lauk2 simple cmni, sepinggan nasi pun belum tentu cukup,hihii
    Pernah buat pindang ikan haruan sebelum ni, kali ni Liza gunakan ikan siakap pulak..sedap sbb isi ikan siakap yg tebal n lembut tu


    RESEPI PINDANG IKAN HARUAN/ SIAKAP
    Bhn2:

    5 keping ikan haruan/ siakap - bersihkan
    3 biji cili merah *
    5 ulas bawang merah *
    2 ulas bawang putih *
    2 inci kunyit hidup *
    1 inci lengkuas *
    1 batang serai - ketuk sikit
    1/2 s/k serbuk lada hitam
    Daun kesum
    Asam keeping
    Air secukupnya
    Garam







    - kisar halus bahan bertanda *
    - masukkan kedalam periuk bersama air secukupnya..
    - masukkan semua bhn ke dlm periuk kecuali daun kesum dan garam..
    - masak hingga mendidih, baru masukkan daun kesum dan garam..
    - biarkan mendidh sebentar lagi dan rasa lah ye..
    - bila dah cukup rasa, boleh lah angkat..




    Saturday, October 22, 2016

    Thai Basil Chicken / Pad Kra Pao Gai...




    Assalamualaikum wbt dan selamat malam..lauk ni Liza buat pun dah lama, hihii...mmg sedap dan sangat sedap dgn rasa daun thai basil atau selasih tu..kalau diikutkan lauk ni sebenarnya makan dgn telur grg mata je dah cukup...tapi yg ni Liza makan dgn tomyam,hihi

    Jom tgk resepi kat bawah ye...Liza dapat dr SINI





    RESEPI THAI BASIL CHICKEN

    Bhn2:

    1 keping dada ayam - potong kecil ( Liza guna ayam kisar je)
    5 ulas bawang putih*
    4 biji cili api *
    1 s/m minyak masak
    1 s/t sos tiram
    1/2 s/t kicap manis
    1/2 s/t gula
    1/2 s/t kicap cair
    Sedikit air
    1 genggam daun thai basil / selasih





    - cincang bhn bertanda *
    - panaskan minyak dan tumis bhn cincang hingga Wangi
    - masukkan ayam dan semua sos..
    - sekiranya kering, tambah air dan masak ayam hingga masak..
    - padamkan api dan masukkan daun thai basil
    - sedia dihidang bersama telur mata grg..



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...