Tuesday, December 17, 2013

Chiffon Coffee n Cadbury...



Resepi kek chiffon kali ni Liza ambik dr buku Penyediaan Kek Kreatif, Alex Goh..Liza tambahkan sedikit coklat Cadbury utk menyedapkan lagi kek ni, anak2 siap berebut2 lg...hihihii


RESEPI KEK CHIFFON KOPI N CADBURY

Bhn2:
  A:
4 biji kuning telur
11/2 s/b serbuk kopi segera
115 ml air
85 ml minyak sayuran
1/4 s/t garam
100 gm gula
150 gm tepung
1 s/t serbuk penaik

 B:
4 biji putih telur
90 gm gula
1/8 s/t krim tartar - xletak

Beberapa keping coklat Cadbury ( patahkan) - Liza tambah


- panaskan ketuhar 170C selama 15 minit..
- campur A dan gaul rata2..Liza pukul sehingga kembang
- pukul putih telur dlm bekas lain sehingga kembang, tambahkan gula dan krim tartar..
- teruskan pukul sehingga pekat,,
- masukkan B kedlm A dan gaul sebati guna spatula guna kaedah kaup balik..
- masukkan coklat Cadbury dan gaul sebati..
- masukkan ke dlm loyang dan bakar 45 minit atau sehingga masak.
- bila kek dah masak, keluarkan kek dr ketuhar dan terbalikkan, biar sejuk..

Kepak Ayam Madu...



Memang best kepak ayam madu ni, family Liza suka sangat...tak sia2 mencuba resepi dr Kak Fida ni...tapi Liza tambahkan sedikit lada hitam tumbuk...terima kasih Kak Fida sbb kepak ayam ni mmg best sangat....

RESEPI KEPAK AYAM MADU

Bhn2:

  • 8-10 keping kepak ayam - dibersihkan
  • 1/2 cawan madu
  • 1/4 cawan tomato sos
  • 1/4 cawan Thai cili sos 
  • 1 s/k lada hitam - tumbuk             
  • garam secukup rasa
  • 1 sk jus limau/lemon
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam
  • Cara-cara                        

    1. Kepak ayam dilumur dgn sedikit garam dan goreng hingga masak.Toskan.                
                             
    2. Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan 1 sb minyak tadi dan masukkan kedua2 sos dan madu dan masak hingga kelihatan mendidih sedikit di atas api yg kecil.                 
                             
    3. Masukkan kepak ayam goreng dan gaul hingga kpk ayam bersalut dengan sos madu,masukkan jus limau dan gaul lagi hingga sebati.Angkat dan segera dihidangkan.




    Roti Canai Gulung....



    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali, rindu rasanya sbb dah lama tak menjenguk kat sini dan dapur kawan2 semua...biasa la kan kalau cuti sekolah ni, macam2 aktiviti...

    Roti canai gulung ni Liza buat pun dah lama, rasanya sebelum anak2 cuti sekolah lagi...hihii
    Tetiba dapat idea nk bungkus cmni sbb tortilla takde..
    Liza buat inti dia macam tortilla jugak, salad ayam pastu picitkan sos thai...perghhh mmg sedap n mengenyangkan...



    Boleh tgk kat SINI utk tgk resepi ye...


    Tuesday, December 10, 2013

    Puding Roti Kismis / Bread n Butter Pudding...



    Resepi yg marbeles ni dapat dr dapur Ita Rohaya, katanya ni lah resepi yg dia belajar dr kelas Chef Asma...mmg tak kedekut ilmu betul la Ita ni, thnx again...kali ni mmg Liza buat sos kastad tu sbb nak rasa kelainan kalau mkn dgn sos kan...hubby ngn anak2 sambil makan sambil puji...mmg terbaekkk la resepi ni..

    Jom kita tgk resepi ye..



    RESEPI PUDING ROTI KISMIS / BREAD BUTTER PUDDING

    Bhn2:
    (A)
    10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)
    250g butter
    250g kismis
    serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj

    (B) Filling kastard
    1 liter fresh milk
    200g gula castor
    10 biji telur
    1 tsp esen vanilla

    Cara2nya:
    1.Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang)
    2.Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan.
    3.Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis
    4. Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).
    5.Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut.
    6. Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.

    Cara2 buat filling:
    1.Campurkan kesemua bahan
    2. Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.

    Vanilla Sauce
    Bahan2
    (A)
    1 liter fresh milk
    200g gula kastor
    1/2 tsp esen vanilla

    (B)
    40g custard powder
    250ml air

    Cara2nya:
    1. Panaskan baha(A) sehingga mendidih
    2. Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A)
    3. Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)






    Bawal Emas Bakar Sambal Berempah....



    Memang tak jemu2 buat ikan bakar sambal ni, makan pulak dgn nasi panas2, perghhh mmg terbaik la..kalau buat seekor mmg kompem tak cukup..kalau tak caya try buat..


    RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL BEREMPAH
    Bhn2:
    1 ekor siakap / ikan lain - kali ni guna bawal emas
    4 s/b cili mesin
    1/2 labu bwg besar - mesin
    1 ulas bwg putih - mesin
    1/2 inci halia - mesin
    1 s/b rempah kari ikan
    Air asam jawa
    Garam dan gula
    Sdkt minyak - tumis
    Daun pisang secukupnya
    Aluminium foil

    - Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
    - Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.

    - Lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang.. Masak/ bakar pada api sederhana hingga ikan masak.
    - Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...





    Peanut Butter n Blueberry Cupcake...


    Assalamualaikum wbt...hari tu try resepi cupcake ni, mmg anak2 suka sbb rasa kekacang n blueberry..kalau ikut resepi asal mmg tak letak blueberry filling ni, tapi sebab Liza takut muak, so tambah lah filling yg masam2 sikit, not bad la...satu gabungan yg mantop beb..hihihi




    Resepi ni Liza ambik kat SINI, thnx Beldandy, mintak izin share resepi kat sini pulak ye...


    RESEPI PEANUT BUTTER N BLUEBERRY CUPCAKE

    Bhn2:
  • 225g butter, di lembutkan
  • 225g caster sugar - Liza guna 200gm             
  • 225 tepung naik sendiri
  • 4 biji telur - 3 biji telur A 
  • 115g crunchy peanut butter
  • 4 s/b blueberry filling             
  • Cara-cara

    1. Panaskan oven pada suhu 175C.
    2. Campurkan butter, gula, telur dan tepung; dan pukul hingga berkrim. Masukkan peanut butter dan gaul hingga sebati. Sudukan dalam acuan dan bakar selama 20 minit.
    3. Untuk frosting, Bel cuma gaulkan jem strawberry dengan peanut butter, kemudian sapu atau paipkan atas cupcakes. - skip



    Dapat dalam 24 bekas cupcake macam dlm gambar tu...




    Thursday, December 5, 2013

    Tat Telur Portugis...

    Kali kedua Liza buat tart telur ni, bknnya apa, malas bebenor nak buat filling dia tu...hihihi
    Nasib baik kulit dia tu guna kulit pastry yg readymade, kalau tidak mmg tak merasa la...



    RESEPI TART TELUR PORTUGIS

    Bhn2:
    Bahan Untuk Crush :

    1 paket puff pastry

    Bahan filling :

    1 cawan susu cair @ susu segar
    4 biji telur
    1 cawan gula halus
    1 cawan air
    1 tbs tapung kastard
    ½ tsp vanilla essence

     


    Untuk buat crust :

    Ambil sekeping puff pastry dan tekan2 rata puff pastry ke dlm acuan tart -Liza guna acuan mapin



    Cara buat filling :

    Pukul manja gula dan telur hingga sebati.

    Masukkan semua bhn filling yang yg belum dimasukkan, kacau hingga sebati dan tapis adunan filling td.

    Tuang bhn filling ke dlm acuan tart/ mapin yg telah diletakkan puff pastry td.


    Bakar 190C selama 30 minit...
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Gulai Kawah Daging....



    Bila tgk stok rempah gulai kawah ada lagi, terus berkira2 nak buat gulai ni..family Liza mmg suka mkn gulai kawah ni, makin disimpan dan dipanaskan makin sedap sbb semua rasa dah sebati...kdg2 tu Liza sengaja buat malam utk dimakan esoknya...cicah dgn roti atau mkn dgn roti jala pun sodapp..




    RESEPI DAGING GULAI KAWAH

    Bhn2:
    1 kg daging betis + tulang - bersihkan
    3 biji ubi kentang - potong 4
    11/2 inci halia *
    6 ulas bwg merah *
    2 ulas bwg pth*
    1 inci lengkuas - ketuk sikit
    4-5 s/b cili mesin - terpulang pada kepedasan yg kita nak
    3s/b rmpah gulai kawah
    2 s/b kerisek
    1 keping nise/ gula melaka
    1 s/b BUDU
    Garam, gula secukup rasa
    Santan secukupnya
    Sdkt air asam jawa


    - halia, bwg merah dan bwg putih dihiris nipis..
    - masukkan bhn2 hiris, lengkuas, santan, daging, cili mesin, rempah gulai kawah dan air asam jawa..
    - masak hingga mendidih dan masukkan budu, nise, garam, gula, ubi kentang dan kerisek..
    - biarkan kuah mendidih sehingga kentang dan dgg empuk serta kuah mulai pekat dgn api sederhana..
    - sedia dihidang dgn nasi atau roti jala atau roti canai atau suka hati je la nk cicah ngn apa2 pun..

    Sandwic Peanut Butter n Banana....


    Kali ni Liza try buat sandwich kesukaan Elvis Presley pulak, kenapa, tak percaya? hiihhii
    Ni pun gara2 tengok foodnetwork hari tu, so Liza pun try la buat memandangkan ada pisang kat umah..Alhamdulillah anak2 suka, mungkin sbb ada rasa peanut butter tu kot..


    Nak buat pun senang je..jom kita tgk

    SANDWIC PEANUT BUTTER N BANANA

    Bhn2:

    4 keping roti sandwich
    Peanut butter secukupnya
    Sedikit madu
    2 biji pisang - belah 2



    - ambil sekeping roti dan sapu peanut butter.
    - letakkan pisang yg telah dibelah td dan tuangkan sedkit madu diatasnya.
    - ambil sekeping roti lagi dan letak diatasnya..
    - bakar hingga sedikit perang..

    * Bagi Liza sandwich ni mmg mengenyangkan dan berkhasiat walaupun nmpak simple...*


    Kek Limau Chef Wan Lagi....



    Assalamualaikum wbt...hari ni cuaca panas kat sini, mintak2 dapatlah keringkan kain yg dah penuh keliling pagar tu...hihihi
    Tapi bg kawan2 yg duduk kat kawasan yg dilanda banjir tu, bersabarlah...pasti ada hikmah disebalik semua ni kan...hanya Dia Yang Maha Mengetahui kejadian setiap sesuatu tu...

    Hari tu tiba2 tekak rasa teringin nk makan kek limau ni, ptg tu jugak pergi beli limau n terus buat..family Liza mmg suka dgn keenakan rasa kek limau Chef Wan ni..mengikut ceritanya, kek ni adalah kek pertama yg Chef Wan buat, masa tu umur dia baru 14 thn, mmg tabik spring la kat Chef wan, kecik2 lagi dah pandai reka resepi yg best cmni...

    Ok lah, jom kita tgk resepi ye..


    RESEPI KEK LIMAU CHEF WAN

    Bhn2:

    225 gm mentega
    Jus 2 biji limau
    Parutan dpd kulit 2 biji limau
    2 cawan tepung naik sendiri
    1/2 cawan gula halus - blh tambah / kurangkan ikut manis limau
    4 biji telur - asingkan putih dan kuning
    Secubit garam

    - pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan parutan kulit limau dan kuning telur satu persatu.
    - ayakkan tepung dan garam, masukkan ke dlm bhn di atas diselangselikan dgn jus limau.
    - pukul putih telur hingga kembang, gaulkan ke dlm adunan di atas.
    - tuangkan ke dlm acuan kek yg telah dilengser marjerin.
    - bakar kek 180 C selama 40 minit atau sehingga masak..



    Wednesday, December 4, 2013

    Ikan Daun Baru Goreng...


    Masa beli ikan kat Bagan Lalang hari tu, akk yg jual perkenalkanlah ikan ni, ikan daun baru katanya..lebih kurang macam ikan kekek, akk tu cakap kat tempat lain susah nak jumpa ikan ni, tak tau lah betul ke idak ye...hihii

    Liza beli dlm 8 ekor je, saiz pun tak la besar sangat..so, goreng je la..tapi ikan ni kena goreng garing2 ye, baru sedap, kata akk tu..



    Ni la rupanya ikan daun baru yg telah siap digoreng dan tunggu masa nak ngap...

    Kerapu Goreng Pedas Ala Niara....


    Assalamualaikum wbt...hari ni cuaca masih mendung, kain semalam pun tak kering lagi...ye la kan, dah namanya musim tengkujuh..bila tgk berita semalam banjir semakin teruk, so berwaspadalah ye dan jaga family sebaik mungkin..


    Berbalik pada ikan kerapu ni pulak ye, sebenarnya dah lama jugak Liza masak ikan ni cuma tak berkesempatan je nk publish...hihihi
    Masih menggunakan resepi yg sama macam kat SINI..


    RESEPI KERAPU GORENG PEDAS ALA NIARA

    Bhn2:


    1 ekor ikan siakap / kerapu /kembong besar - gaul dgn garam dan grg hingga masak
    1 btg serai - dihiris
    5 helai daun limau purut - koyakkan
    1 biji bwg besar - potong dadu
    3 ulas bwg pth - potong dadu
    1/2 kiub perencah tomyam
    Sdkt kicap manis
    5 biji cili padi - hiris
    2-3 s/b cili mesin
    Sdkt minyak masak

    - panaskan minyak bekas gorengan ikan td dan masukkan semua bwg dan bhn hiris, cili mesin dan daun limau purut.
    - bila dah naik bau, masukkan perencah tomyam dan sedikit air.
    - bila dah agak kering, tambahkan kicap manis dan masukkan ikan yg telah digoreng td..
    - gaul sebati dan angkat..


    Tuesday, December 3, 2013

    Donut Lembut Berinti...



    Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua..dah lama Liza buat donut ni, Liza jumpa resepi ni kat fb tapi yg jadi masaalah sekarang ni Liza tak tau dr fb siapa yg Liza ambil..hihihi, jadi pada empunya resepi, Liza mintak halal ye dan izinkan Liza share kat dapur Liza ni...terima kasih bebanyak..

    Pertama kali Liza jumpa resepi ni mmg Liza rasa teruja sgt nak mencuba sbb resepi ni tak guna telur..mula2 tu was was jugak, tapi Alhamdulillah lembut, gebu dan mmg tetap lembut walaupun dah sejuk...memuaskan sangat..


    RESEPI DONUT LEMBUT BERINTI

    Bhn2:

    4 cawan tepung gandum - Liza guna tpg high protein
    1/2 cawan minyak masak
    1 paket yis
    1/2 s/t ovalette
    2 s/b susu pekat
    2 s/b gula
    Sedikit garam
    3/4 - 1 cawan air - agak2 utk menguli



    - satukan semua bhn di dlm mangkuk besar kecuali air..
    - masukkan air sedikit2 dan gaul sebati..
    - uli selama 10 minit ...
    - perap doh selama 1/2 jam hingga naik 2 kali ganda..
    - terap dgn acuan donut dan goreng dgn api perlahan..Liza bulat2kan dan isi dgn blueberry filling
    - angkat dan tabur gula halus..
    - sedia dihidang..


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...