Tuesday, June 30, 2015

Tempahan ...




Chocolate Indulgence Cheese Cake




Tiramisu





Chocolate Indulgence Cheesecake





Red Velvet Cake





Blueberry Cake




Red Velvet Cake




Durian Cake


Utk tempahan boleh WA Liza 0192113080


 

Acar Ikan Tenggiri...


Assalamualaikum wbt...sebenarnya acar ikan ni dah berzaman Liza buat, hihii..lauk ni mmg sesuai utk buat sahur, ye la kan dgn rasa masam2 manis tu mesti membangkitkan selera utk bersahur nnt...Liza buat ni versi berkuah sikit sbb org kat umah ni mmg tak reti makan yg kering2...jadi terpulanglah nk buat yg kering atau berkuah...yg pastinya mmg sedap, rugi kalau tak cuba..

Resepi ni Liza skodeng kat dapur CMG, thnx ye Cik Mat..jom tgk resepi kat bawah, simple je..




RESEPI ACAR IKAN TENGGIRI

Bhn2:

3 keping ikan tenggiri, cuci dan toskan
2 biji timun
1 batang lobak merah
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang besar, belah 6
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia, mayang halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bijan, untuk hiasan- xletak
1 s/b biji sawi - Liza tambah
BAHAN KISAR HALUS :-)

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Ikan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap dan goreng hingga masak dan kekuningan, tak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Timun dikerat 3 atau 4 bahagian, buang empulur dan hiris jejari, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Lobak merah juga dihiris jejari. Cili marah dan hijau dikerat 3, buang biji dan hiris jejari. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang cuka makan dan masukkan gula (anggaran 1/4 cawan), kacau rata dan tambah bawang putih dan lobak merah, gaul rata dan masak sekejap.
  4. Tamba cili merah/cili hijau dan timun (toskan timun tadi) gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang acar tadi atas dan tabur sedikir bijan, hidangkan besama nasi...



Monday, June 29, 2015

Kek Pisang Pasar Malam...



Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan utk semua kawan2 beragama Islam..dah lama rasanya tak jenguk dapur ni n share resepi kan...bizi yg teramat

Kali ni Liza nk share resepi kek pisang pasar malam yg telah dikongsikan oleh srg rakan kat fb, Kak Suhaini...katanya dia dapat resepi ni dr rakan Cina yg berniaga kek pisang ni kat pasar malam...Alhamdulillah, semoga mereka terus diberikan rezeki yg melimpah ruah..





KEK PISANG PASAR MALAM 
Bahan2:
200 gm pisang emas/berangan-lecek...-Liza ltk 250gm

250gm tpg kek*
11/2ts soda bikarbonat*
1/2ts baking powder*

150gm gula halus
4biji telur B
125ml susu segar/cair
100ml minyak sayur /masak
10gm ovellate
1st esen pisang
2sb coklat rice- optional 

Cara:
Ayak bahan yg brtanda * n satukn-
Pukul pisang ,gula dan ovellate..

masukkan telur 1 prsatu-pukul lagi dan masukkn esen pisang
Masukkn tpg berselang ngn susu-gaul rata 

Masukan minyak-gaul rata ( Liza gaul dgn spatula je)
Masukn coklat rice atau biarkn plain sahaja
Alas loyang n sapu butter-
Bakar 170 - 35-40minit


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...