Friday, September 21, 2012

Udang Kam Heong / Kam Heong Prawn....


Sesekali ubah selera dgn masakan ala cina sedap jugak kan....Liza ambil resepi ni kat dapur Nurul ...tp Liza guna udang, tetap sedap dan menepati selera kami....bau dia pun wangiii sangat....
Nak guna lauk ape pun tak kisah sbb kita yg nak mkn kan...jom kita tgk resepi yg best ni...

RESEPI UDANG KAM HEONG / KAM HEONG PRAWN

Bhn2:

500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung) - Liza gantikan dgn udang
~ ayam diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam, then goreng & toskan.

4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung n sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
5. Masukkan garam, gula dan angkat.
6. Hidangkan bersama nasi putih.


Disebabkan dah lama tak mkn sardin, so Liza gandingkanlah dgn udg kam heong ni....serasi tak? hiihhii...

20 comments:

Anna Qawina said...

askmkm....peerghhh...rasa nk bersila je kaut udang....mintak nasik tambah plissss...haha

JaSSNaNi said...

sedapnya liza.... rajin masak... ni kalau dah makan.. tak sedar dah abis nasi 3 pinggan ni.. kan kan..

Tina Othman said...

sedapnya kak liza, oh resepi asalnya ayam ye, boleh lah try nanti sebab tina tak boleh makan udang

copy resepi ye

LydSunshine said...

Takde sayur. belum lengkap menu ni. Heheh. gurau je.

Liza said...

wslam, jemput2 anna, buat mcm umah sendiri, nasi tambah satuuu....hiihhiih

Liza said...

betul tu jass, mmg sedap dan yg paling pntng senang nk masak....kuikuikui

Liza said...

boleh aje tina, ape2 lauk un sedap..cubalah...

Liza said...

betul tu LydSunshine, menu yg tak lengkap....sedar pun tp malas punya pasal....hihihihi

Kakzakie said...

Kakak hari itu punyalah letih Liz so sardin kakak masak utk sedara-mara kakak yg datang tapi habis licin sebab ramai kan..

Sesekali makan sardin sedap kan Liz.

Qhaifa Nur said...

sedapnya...tukar ayam dgn udang
makan nasi panas2 lagi best...

ijayuji said...

Salam kak! kat sini pun udang jugak :D minggu udang lah minggu ni ehehe... kita suke udang, masak apa pun jalan jerr goreng bodo2 pun lagi suke :D

Ayu said...
This comment has been removed by the author.
Ayu said...

Assalam liza, lama akak tak kemari..
udang kamheong belum pernah cuba ni..pasti sedapkan..so far dah pernah cuba dgn ketam & sotong ..memang sedap..tapi recipe akak ada letak udang kering sikit..

Shiela said...

Assalam Liza.. memang sedap udang tu.. saya suka sangat.. :)

izahdaut said...

assalamuaalaikum kak lizaaaa..
waduh sedapnya lauk akak.. trasa2 lak kat tekak bila diganding ngan telur n asam tu.. mau bertambah 3 kali.. perghh tak sedo diri. hehehhee

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Liza..

Wahhh sedapnyaaaa... Sukanya makan udang.. Ratah cam tu jer...

rahel said...

Sedapnya...Rahel memang suke sangat dengan lauk udang...lagi2 klu masak berempah..ermmm bertambah selera..

ziela hanim said...

salam. kak liza, kongsilah resepi yang simple nak buat bila duduk rumah sewa :) or cadangan hidangan yg senang tapi sedap :)

Rohah said...

hmmm kak LIza, ni kalau makan udang macam ni, sampai menjilat jari sbb kuah pekat yg berselaput tu..kulit udang tu pun siap hisap2 lg..sedap tu, nasi kosong je pun menjadi..

Kak Noor said...

Salam. Selalunya asyik masak sambal tumis udang cara Melayu aje. Kali ni akak nak cuba resepi Liza pula. Kalau tengokkan bahan-bahan yang digunakan memang hasilnya sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...