Friday, January 6, 2012

Sup Tulang Pedas Masam .....terangkat bebbb


Assalamualaiukum dan salam ceria semua.....pekabar yer? moga sihat2 hendaknya kan...hari tu Liza tgk sup ni kat dapur Hasue, terus rasa nak mkn....hihihihi sabo je la....resepi asal katanya dr dapur Dayang...terima kasih utk kedua2nya atas resepi yg best ni...

Sup ni mmg best dan mmg power sbb ada rasa masam dan pedas yg seimbang...kiranya kalau MIL lalu pun kompem tak perasan....ekekeekekeke

Jom la kita tgk resepi ni yer, mana tau kot2 ada yg nk masak utk lunch ari ni kan....Sue, akak minta izin tempek kat sini yer...


RESEPI SUP TULANG MASAM PEDAS

Bhn2:
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)-hasue tak letak
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)-hasue guna limau kasturi,limau nipis takde stok
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)-hasue tak letak
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya

Cara-cara :

  1. Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan).
  3. Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan.
  4. Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya.
  5. Setelah masak dan empuk, tutupkan api.
  6. Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. Makan panas-panas, sedaaapp!


15 comments:

hazila said...

Ala ala sup siam rasanya sebab pedas pedas masam. Best ni hirup kuah...

Liza said...

mmg best zila,kalau mkn dgn mee pun sedap gak ni...

EmbunRosaliza said...

Assalam liza, mmg sedap sup ni, dulu2 dh pernah buat ni,

anymz said...

wah..musim panas2 ni memang sedap makan sup..lagi masam dgn perahan limau nipis tu lagi best..:)

tun_telani said...

kat umah tun, lepas raya haji je dapat makan sup tulang.. hehe.. tp tekak tun ni xleh terima sangat daging, so tolong tengok je la..

mala said...

salam kenal kak liza - terima kasih sudi singgah blog mala. follow u ...

Kakzakie said...

Aduh Liz... betul-betul kakak tergoda. Kakak penggemar sup. Kalau dapat bukan terangakt Liz... terus duduk tak bangun-bangun...

rahel said...

Waduh...bikin kecur air liurr je...sedap dihirup kuah supnya time cuaca tak menentu ni..

quinnie said...

wah..terliur tengok sup akak nih...lama betul sayatak makan sup tulang...bila2 nak beli lah...hehehhe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Liza.sealmat tahun baru 2012!
Tgk gambar pon dah kecur airliur...mkn lak ngan nasi panas2,mau berasap tinge sbb pedas :D

Zaliedana said...

Assalam kak liza,nmpk sedap sup tuh,dapat hirup panas2,peh mmg sedap nih,ala2 sup siam kan..Sy punya tulang yg dpt time rya aji ritu pon da lagi lam peti,igt nnti nk wat sup juga,Hihi..

Qhaifa Nur said...

salam...

menu ni paling nur suka sekali...
lama sungguh tak masak sup ni..

Wani said...

salam kak liza ,, ai kalau wani bab2 sup tulang ni peminat no 1 di dunia haha.... sedap wehhh.. wani kalau ada makan dengan nasi air lagi bestttt... sedapnya lama dah x wat sup tulang ni

Cheq Sue said...

adushhh...terancamnya mak nengok ke sup tulang neh... memang maveless la hirup2 gitu pown..kan?

Amie said...

Lizaaaa.... memang terangkat! nak angkat semangku dengan cili padinya sekali! Nak hirup biar sampai telinga berasap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...