Thursday, August 30, 2012

Puding Koktel Bersusu Cinta Hatiku.....

Resepi ni ambik dr dapur Kak Ct, cuma Liza olah sikit sbb Liza takde buah peach, so Liza gunakan buah koktel,,ape pun rasa dia mmg best...sesuai sgt la kalau nk buat utk jamuan raya...

Resepi ni lbh kurang sama dgn resepi fruit cocktail pudding yg Liza buat dulu resepi dr Kak Anim...dan rasa pun lebih kurang sama, so pilih la mana yg berkenan ye...


Konon2 bila dah buat puding heart shape ni, tukar nama la pulak kan, ada cinta hatiku....ahakkssss
Sori ye Kak CT, ampunkan daku, suka2 hati je kan....hihihii

RESEPI PUDING KOKTEL BERSUSU CINTA HATIKU

Bhn2:
1 pek agar-agar serbuk - 13 gm
500 ml air
500 ml susu sejat
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - kacau rata
Beberapa titik pewarna kuning (optional) - Liza guna pewarna pink
Buah peach dalam tin - Liza guna buah2 an koktel

Cara-cara :
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.-Liza gunakan acuan heart shape
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair, esen vanila dan sedikit pewarna kuning. Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan angkat.
4. Tuang adunan agar-agar kedalam acuan atau loyang dengan perlahan-lahan diatas buah peach.
5. Bila wap panas sudah hilang bolehlah disejukkan agar-agar tadi ke dalam peti sejuk.



Daging Berkismis dan Kad Raya dr Qasey Honey...tq



Daging berkismis ni Liza gandingkan dgn nasi arab...resepi ni Liza ambil dr Saji September 2012 tp mcm biasa la ada sdkt ubahsuai ikut selera family Liza...

RESEPI DAGING BERKISMIS

Bhn2:

600 gm daging - potong kecil dan bersihkan ( Liza rebuskan dulu)
5 labu bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
3 cm halia - kisar
3 s/b cili mesin - Liza tambah
1 s/k lada hitam - kisar
1 s/b srbk jintan manis
1 s/b srbk jintan putih
3 kuntum bunga cengkih
1 kelopak bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1/2 cawan kismis hitam - 1/2 drnya Liza blend dgn bawang
1/2 cawan kicap pekat - Liza guna kicap manis
Garam
Gula - Liza xletak
Minyak utk menumis

- panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga wangi.
- masukkan bhn2 yg diblend td, serbuk2 jintan, srbk lada hitam dan cili mesin, masak hingga agak garing.
- masukkan pula kismis hitam, gaul sebati dan masukkan daging.
- masukkan garam dan kicap pekat.
- gaul lg hingga betul2 sebati dgn daging..
- dah pun siap..




 Disebabkan gulai itik serati nasi dagang tu ada lg, so dapatlah kitaorg mkn dgn nasi arab ari tu, walllaaaa...




Terima kasih pada Qasey Honey atas kad raya yg cun melecun ni...akk pun mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dlm gurau senda kita di alam maya ni...semoga ikatan ukhuwah yg terjalin akan kekal sampai bila2...SALAM LEBARAN

Ketupat Palas Serunding Daging....


Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua..kalau thn lepas Liza buat ketupat lemak mkn dgn rendang, tp thn ni Liza buat ketupa manis berintikan serunding daging kegemaran anak2...bkn ape, sbb raya pertama hari tu dah jemu mkn lemang dgn rendang, so raya ketiga Liza buat ketupat manis pulak utk bekalan ke Melaka...senangkan, tak yah nk leceh2 bawak rendang....hihihii

Sebenarnya bnyk cara orang buat ketupat daun palas ni, ada yg masak beras pulut dgn santan terus, tp bg Liza, Liza akan masak santan dan pulut berasingan, lepas tu baru digaulkan bersama...


Ni rupa ketupat yg belum rebus

Ok, jom kita tgk cmner Liza buat ketupat manis inti serunding daging ni pulak ye...

RESEPI KETUPAT PALAS SERUNDING DAGING

Bhn2: ( dpt lebih kurang 55 biji)

1 kilo beras pulut - bersihkan dan rendam semalaman
2 cawan santan pekat
Garam
3 cawan gula
Daun palas secukupnya

- kukus pulut hingga masak lebih kurang 20 - 30 minit.
- masak santan bersama sdkt garam dan 2 s/b gula yg diambil dr gula di atas.
- angkat pulut dan masukkan ke dlm bekas besar dan gaulkan bersama santan masak dan kesemua gula di atas.
- gaul hingga betul2 sebati..( proses ni ambil lebih kurang 5 - 10 minit).
- ambil daun palas dan masukkan sdkt pulut, tekan2 hingga pulut td sdkt padat baru masukkan serunding dan masukkan pulut lg dan tekan lg pulut hingga betul2 padat..
- ikat ketupat dgn kemas, kalau tidak nnt dia akan terbuka masa rebus..
- buat hingga semua ketupat siap..
- sediakan periuk. Lapisan bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya.
Masukkan air. Pastikan tuang air 1/4 dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Sejukkan dan siap untuk dihidang.
( AIR JGN TERLAMPAU BNYAK MASA MEREBUS, NNT KETUPAT AKAN MENJADI LEMBIK)




Serunding ni blh guna apa2 pun serunding yg kita suka..kalau buat sendiri, puas hati dapat bbh serunding bnyak2....hihihiii


Tuesday, August 28, 2012

Biskut Chocolate Chips Famous Amos ( Home Made)

Dah lama teringin nk buat biskut choc chips ni, akhirnya terlaksana jugak la raya kali ni...ni pun gara2 nk mencukupkan bekas sekut kat umah...hihihii, lagipun anak2 bersorak bila Liza cakap nk buat biskut choc chips ni...dalam bnyak2 resepi, pilih punya pilih maka terberkenanlah dgn resepi biskut ni...


Resepi ni hasil skodeng dr dapur Naz, dan resepi asal katanya Naz dapat dr dapur Fiza, thnx pada kalian berdua sbb biskut ni mmg best...Liza minta izin share resepi ni kat sini pulak ye, terima kasih daun keladi...



RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIPS FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :

  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara :

  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

 

Asam Gumpal @ Sagupal Bonda....


Ni sebenarnya sejenis bubur atau pengat yg mmg susah kita nk jumpa kat kedai2...biasanya kalau kat Kelantan pun bulan pose baru akan ada org jual bubur ni...buat pengat ni tak susah pun, biasanya arwah ma akan buat tanpa inti kacang kat dalam tu, maknanya simple je bubur ni..utk menu buka pose hari tu, bubur ni lah yg cik hubby request, dia mmg suka dgn rasa kuih muih yg ada sagu ni mgkn jugak sbb kekenyalan sagu ni yg mengasyikkan masa mkn....

Ok lah jom kita tgk resepi simple asam gumpal arwah bonda Liza...

RESEPI ASAM GUPAL / SAGUPAL BONDA

Bhn2:

2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
4 mangkuk santan
Sehelai daun pandan
Sedikit halba
Sehiris nipis halia
Gula pasir secukupnya
Secubit garam

- masukkan sagu ke dlm bekas besar dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
- buat hingga sagu blh dikepal dan ketepikan.
- masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
- masukkan sagu yg telah dikepal td dan masak hingga sagu betul2 masak.
- sejukkan dan sedia dihidangkan.. senangkan...


-

Ayam Goreng Serai....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali pada 10 Syawal 1433H...semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan drNya dlm apa jua urusan yg kita lakukan...pada yg berpuasa sunat tu, selamat berpuasa Liza ucapkan dan semoga amalan kita akan diterima dan diredhai olehNya...Aamiin

Berbalik pada ayam grg serai ni, Liza buat utk mkn dgn nasi lemak hari tu...Dah pernah buat kat SINI, ok jom kita tgk resepi sekali lg ye...



RESEPI AYAM GRG SERAI


Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil
6 btg serai - titik
2 keping asam gelugur
Garam dan kunyit
Minyak
Gula

- gaul ayam bersama garam dan srbk kunyit
- grg 1/2 masak

Bhn2 kisar:

6 biji bwg merah
1 labu bwg besar
4 ulas bwg pth
20 tangkai cili kering - rebus
2 btg serai

Cara2:

- panaskan minyak lebihan grg ayam td dan tumis bhn2 mesin dan serai titik hingga garing.
- masukkan ayam yg telah digoreng dgn asam gelugur dan sdkt gula.
- goreng lagi hingga serai nmpk kering.
- masak hingga naik minyak.
* tak perlu masukkan garam kerana ayam dah masin...ape2 pun terpulang pd citarasa masing2..






Monday, August 27, 2012

Kek Chiffon Oren Buat Mak Buyung...


Hiihihhii. sebenarnya Liza buat kek chiffon oren atas request dr SIL yg tengah sarat mengandung tu...dia teringin sgt nk mkn kek ciffon oren ni...so Liza buatkan dan kirim pada adik yg balik kpg ari tu...walaupun rupa kek ni tak cantik, tp Za harapkan Kak Tie suka ye...

Resepi ni Liza ambik dr dapur CMG, kalau g dapur sana tgk kek chiffon dia cantik jerrr, jeles pulak Liza tgk...hihihii..ape pun terima kasih pada CMG dan Liza mintak share resepi kat sini ye...

RESEPI KEK CHIFFON OREN

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
1/2 s/t pewarna oren - Liza tambah

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

Nasi Dagang Bonda dan Gulai Itik Serati...

Assalamualaikum wbt dan salam 9 Syawal 1433H buat semua....pekabar semua, ni mesti ada yg demam terlebih mkn ketupat kan...hihiii..ape pun hari ni bermulalah balik persekolahan bg anak2, tp bg negeri2 pantai timur tu, semalam dah start sekolah kan...huhhh rasa tak puas lagi cuti seminggu ni, rasa macam pendek je kan....

Raya kedua hari tu cik hubby n anak2 request nasi dagang..hubby siap2 belikan itik serati lagi...haaaa, sape yg belum pernah rasa itik serati ni, mmg kena cuba sbb bg Liza isi itik ni lg manis dr ayam kpg....sedaaappp bg kitaorg...hiihhii




Nasi dagang tu Liza buat ikut cara arwah ma, campurkan sdkt beras pulut dan beras biasa..maknanya ada 3 jenis beras utk nasi dagang kali ni...cara2 dia sama jer cm buat nasi dagang yg biasa, Liza dah pernah buat kat SINI...

RESEPI NASI DAGANG BONDA

Bhn2:

4 cawan beras nasi dagang
2 cawan beras pulut
4 cawan beras biasa
3 cawan santan pekat
6 cawan santan cair
2 s/k halba
7 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 inci halia - hiris nipis memanjang
Garam dan gula
- bersihkan semua beras dan rendam berasingan semalaman.
- masak santan pekat bersama garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.(agak2 naik wap shj)
- toskan semua beras. Campurkan semua dan kukus sekejap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair,bwg2,halia dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
- bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
- bila dah siap blh dihidangkan dgn gulai kegemaran dan acar timun.(Liza makan dgn gulai itik dan acar timun)

Untuk gulai itik ni pun Liza dah pernah buat kat SINI jugak...utk memudahkan Liza CnP kat sini pulak ye...

RESEPI GULAI ITIK SERATI

Bhn2:

1 ekor itik / ayam kampung - potong kecil
Santan pekat dr 2 biji kelapa
2- 3 s/b kerisik
2 paket rempah kari ayam - Liza guna Adabi
2 s/b ketumbar biji - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 inci halia
6 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
3 s/b cili mesin
Air asam jawa
Garam, gula, nise
Rempah 4 sekawan - Liza tambah yg ni

- lengkuas, halia, bwg merah, kunyit, bwg pth dimesin halus.
- campurkan bhn mesin dgn rempah kari, cili mesin dan sdkt air.
- panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bhn2 mesin td hingga wangi.
- masukkan air asam jawa dan masukkan juga itik yg telah dibersihkan
- bila nmpk itik dh kecut sikit,masukkan santan dan biarkan mendidih.
- masukkan ketumbar dan kerisik.
- masukkan juga garam, gula dan nise
- masak hingga pekat sedikit.
- sedia dihidang..

*TIPS ~macam2 cara untuk melembutkan dgg ayam kpg @ dgg itik..yg biasa Liza tgk org masukkan sdkt soda bikarbonat @ gula2 hack's hitam tu dalam gulai td...Insyaallah dgg akan cepat empuk dan tak akan ubah rasa masakan kita...



Monday, August 20, 2012

Menu 1 Syawal dan Salam Lebaran 2012...



Menu raya pertama kami semalam lemang beli ngn rendang daging, dan nasi impit kuah kacang...
Salam Lebaran 1433H utk semua keluarga dan kengkawan yg mengenali diri ini...maaf zahir dan batin....

Kek Lapis Kukus Asam Manis....



RESEPI KEK KUKUS LAPIS ASAM MANIS

Bhn2:

5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus atau
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen

Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
Ita bahagi kepada 6 bahagian ( anggaran 1 cawan setiap bahagian) dan letakkan setiap bahagian itu dengan pewarna yang disukai.
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama.
Kukus lapisan pertama selama 5~7 minit
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya
Resepi ni liza amik dr dapur Kak Ita, thnx ye kak...

Danish Butter Cookies...



RESEPI DANISH BUTTER COOKIES

Bhn2:

225 gm mentega - Liza guna pure butter
125 gm gula icing
1 biji kuning telur
1/2 s/t esen vanila
275 gm tpg gandum
1/4 s/t serbuk penaik
25 gm susu tepung

Bhn2 hiasan:

Ceri merah secukupnya - Liza cuma taburkan gula icing yg diwarnakan

- ayak tepung gandum, serbuk penaik dan susu tepung, ketepikan..
- pukul mentega dan gula icing hingga kembang..
- masukkan telur dan esen vanila dan gaul sebati.
- mesukkan bhn2 yg diayak dan gaul hingga menjadi doh..
- masukkan doh ke dlm piping bag dan paipkan adunan mengikut kegemaran dan hiaskan atasnya
- bakar biskut 180C selama 15 minit atau sehingga masak...

Resepi ni Liza ambil dr majalah SDK Julai 2012...biskut ni mmg sedap n senang, so cubalah...


Biskut Cornflakes Madu...


Ni salah satu biskut peberet anak2 Liza....kalau tak raya pun selalunya Liza akan buat utk diaorg...tp biskut ni diaorg mmg tak suka kalau ada buah2 kering atau kekacang, jd Liza cuma taburkan colouring ball kat atas tu, tu yg diaorg request....

Ambik resepi dr dapur Kak Yatie, terima kasih kak, mintak izin Liza share kat sini pulak ye...

RESEPI BISKUT CORNFLAKES MADU

Bahan A

  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B

  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan

  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil



Cara-Cara

  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tart Gulung Nenas...


Assalamualaikum wbt dan salam lebaran buat semua kengkawan yg Liza sayang....ni n3 biskut terlewat, org lain dah abis pun sekut kan, Liza pulak baru nak enterprem biskut yg Liza buat....masa tak mengizinkan, nak buek cmnor kan....hihihii

Resepi biskut ni Liza masih menggunakan resepi dr Kak Hanieliza, dah pernah buat kat SINI...jom kita intai dapur Liza ye...

RESEPI TART GULUNG NENAS

Bhn2:
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung - ( Liza letak 25 gm tpg jagung + 25 gm tpg kastad )

Jem Nenas..
boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
- (Liza beli jem yg dah siap jer)
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

                                                  SALAM LEBARAN UTK SEMUA



Sunday, August 12, 2012

Biskut Almond London...


Assalamualaikum dan salam manis buat semua...mst sekarang semua dah berbalang2 buat kukis kat umah tu kan...Liza macam tahun2 sudah jugak la, buat kukis yg anak2 nk mkn jer..bkn ape, takut membazir pulak...

Biskut almond london ni ialah biskut wajib ada sbb ni peberet  anak2..awal2 lagi kakak dah request suruh buatkan...ni pun terpaksa amik gambar masa coklat tu tak keras lg, ye la cameraman tgh kelam kabut nk buka pose....hihihiii

Macam biase Liza gunakan resepi dr MyR, terima kasih bebanyak buat Nizamadey...biskut ni mmg best sbb dia rangup...Liza mintak share resepi kat sini pulak ye, thnx again...

BISKUT ALMOND LONDON

Bhn2: ( dlm 150 biji)
  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
Cara-cara
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Wednesday, August 8, 2012

Ayam Masak Halia....


Antara resepi simple yg menjadi peberet family Liza...janji sodap...hihihii, jom kita tgk resepi ni ye, manalah tau adayg berkenan nak buat sahur besok kan...

RESEPI AYAM MASAK HALIA

Bhn2:

500 gm ayam - potong kecil dan bersihkan
1 labu bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - hiris halus
2-3 inci halia - hiris memanjang halus
2 biji cili merah - hiris
3 s/b sos tiram
4 s/b kicap manis
Sdkt tpg jagung
Garam
Minyak masak


- gaulkan ayam dgn tpg jagung dan sedikit garam dan perap sebentar.
- panaskan minyak dan grg ayam hingga masak.
- tinggalkan sdkt minyak grgan ayam di dlm kuali, tumis semua bawang, cili merah dan halia hingga naik bau.
- masukkan sos tiram dan kicap manis, gaul sebati.
- akhir sekali masukkan ayam yg tlh digrg dan grg hingga semua bhn mesra dan sebati.
- angkat dan sedia dihidang...



Nasi Goreng Ayam....walllaaaa


Resepi ni amik dr dapur Kak Nor, dah banyak kali buat sbb family Liza suka dgn rasa nasi ni,,,sedaappp...thnx pada Kak Nor dan Ika yg telah menyumbangkan ressepi nasi yg best n simple ni..jugak pada semua yg terlibat ...hhihii

RESEPI NASI GORENG AYAM

Bhn2:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.


Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair

Ni la pelakon tambahan, sup tulang n timun 


Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D ~ K.Nor juga buat sup : Liza pun buat sup tulang jugak...

Selamat Hari Lahir dan Semoga Berjaya.....

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua...hari ni 080812 bersamaan 19 Ramadhan 1433H...hari ni jugak genaplah umur abg 17 thn....SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU SAYANG...

Walaupun saat dan tika ni abg jauh, tp abg tetap dekat dihati kami....semoga abg terus cemerlang, gemilang n terbilang dunia n akhirat...Aamiin..
Sebenarnya kitaorg celebrate brthday abg ni sblm puasa lg..almaklumlah harijadi dia jatuh time bulan pose, lagi pulak dia duduk jauh dan akan balik sebulan sekali je...so, sebagai kenangan dan ingatan di masa akan dtg, Liza buatkan jugak lah kek yg dia request tak lama dulu...walaupun rupa kek ni mmg tak seberapa tp alhamdulillah itulah air tangan seorang ibu utk anaknya....


So, ni lah hasilnya, kek yg dia request nk ada gmbar flight...terkial kial jugak lah nk buat flight tu, nasib baik ada angah yg kreatif....kalau idak, mst jadi flight yg terhempas, hancussss...hihihihii
Abg minat sgt dgn flight, so umi doakan impian abg akan berjaya suatu hari nanti...Insyaallah...
Resepi kek ni Liza amik dr Fp Madihaa, mmg moist n sedap sgt kek ni, nk buat pun senang jer sbb semua guna sukatan cawan...thnx pada Madihaa yg sudi berkongsi resepi kek yg sedap n senang ni...

Filling dia pulak Liza main hentam je, Liza campur fresh cream dgn stroberi fruit filling, sgt serasi pada tekak kami sbb ada rasa masam manis kat situ, tak muak...

RESEPI KEK COKLAT MOIST

Bhn2:

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.




Ni la rupa kat dalam kek, Liza paipkan filling stroberi tu dgn coklat ganache..tp xnmpak sgt kan...maybe next time Liza kena lebihkan filling tu...ape2 pun rasa gabungan kek ni mmg mantap...

-... Sekarang ni abg tgh trial exam, so kami mendoakan abg dapat buat yg terbaik, usaha dan tawakal, insyaallah berjaya....doa umi n papa sentiasa mengiringi langkah abg...semoga abg berjaya dan dapat menjadi contoh terbaik utk adik2....Aamiin..-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...