Pagi td dah breakfast berat kan....so utk lunch ape kata kita mkn pizza pulak....ringankan sikit perut tu....tp awas yer,tetap tak boleh mkn bnyak2 nnt seluar mkin kecik sape yg ssh......Liza jugak yg susah kan....hihihhihihi
Alkisahnya nak buat roti guna resepi ni tp masa bibik dok sibuk menguli anak2 request pizza la pulak....so ape lg, kena tukar plan la....maka terjadilah pizza n roti dlm satu resepi.....senang kan....hihihihi
Liza buat roti kali ni ikut resepi dr Chef Noraini...mmg gebu dan lembut sgt....dah sejuk pun still lembut pizza tu...best wa cakap lu....
Malas la nk citer pjg2, jom kita intai resepi kak noraini yer.....
RESEPI BASIC SWEET DOUGH
Bhn2:
400 gm tepung roti
100 gm tepung superfine (kek)
100 gm gula kastor
5 gm garam
20 gm susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1 biji telur B, dipukul
1 peket (11 gm) yis segera Mauripan
40 gm shortening
250 gm air
Cara Membuatnya :
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung, bread improver dan yis. Gaul rata.
2. Buatkan lubang di tengah dan tuangkan telur dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar.
3. Masukkan shortening dan gaul/pukul lagi hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Jika guna mesin 10- 15 minit. Pakai tangan 20 minit. Doh yang cukup elok diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai.
4. Masukkan dalam bekas besar dan biarkan ia mengembang selama 45 minit dan naik 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh bagi membuang anginnya dan uli sebentar ke bentuk asal.
6. Timbang doh seberat 60 gm dan bentukkan. Boleh juga diletakkan inti di tengahnya.
7. Susun dalam dulang pembakar dan biarkan ia naik 30 minit lagi . Masa bergantung kepada suhu bilik. Ia perlukan suhu 35 - 40 darjah celcius untuk naik dengan elok.
8. Gliskan dengan campuran telur dan air susu .
9. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit hingga masak.
RESEPI SOS PIZZA
Bhn2 sos :
1 biji bwg besar - kisar halus
2 ulas bwg pth - kisar halus
1 biji tomato buah - kisar halus
1 tin kecil tomato puri
3 s/b gula
1 s/t garam
2 s/b minyak masak
Rempah oregano
1 paket daging kisar
Topping:
1 biji cili benggala
1 biji bwg besar
Keju mozarella
Nenas kiub
Sosej ayam /dgg
hirisan tomato
cheese mozarella
cheese cheddar
- panaskan minyak dan tumis bhn2 kisar hingga naik bau.
- masukkan tomato puri dan dgg kisar.
- masak hingga dgg masak dan biarkan mendidih kjp.
- masukkan rempah oregano, garam dan gula secukup rasa.
- masak hingga sos pekat dan blh lah diangkat.
- sejukkan sebelum disapu ke atas pizza...
- sapu sos ke atas pizza dan tabur topping kesukaan.
Liza buat 2 jenis topping, satu sosej dan satu lagi topping tuna..
Topping Tuna:
Sos pizza
1 tin tuna mayonis
Sos thousand island /mayonis
Nenas kiub
Crabstick
Cheese mozarella
Cheese cheddar
- tabur semua atas pizza dan bakar hingga cheese cair yer.....yummmyyy
Satu lg roti yg Liza buat dr adunan doh yg sama...roti ni Liza letak filling jem stroberi...anak2 liza pun suka jugak roti ni, berebut2 pulak diaorg nk mkn....
Sebenarnya buat sendiri lg puas hati kan...blh letak topping bnyk2...kalau kat kedai ciput jer diaorg letak, kedekut bebenor.....hihihihi
12 comments:
salam kak lieza.. mmg best buat pizza sendiri kan.. puas hati. geram nengok cheese yg byk kt pizza tun. hehe
nak sikit pizza tu...dok CH sesejuk ni perut asyik lapar ajerk... macam anak burung pulak
alamak... bila kata saiz seluar blh bertukar saiz ni yg kena mkn pizza hari2...ha..ha..ha..
wslm tun...mmg berbaloi kalau buat sndiri...besttt
hahahaha mcm2 cheq sue ni...anak burung jer ke yg lapar, mak burung xlapar? hihihihi
alaaa ucu...bkn semua org cmtu, ada yg ttp maintain wpun mkn bnyak...ape2 pun kesihatan yg pntng bkn saiz seluar yer....ekkekeekeke
Hello...Hello...LIzaPizza Delivery...ya....kita nak order Pizza ni...Wah! ada new menu ke...Pizza&Roti All In One...ok...kita nak order 2 set ya...he he...bestnya...15 minit pizza sampai...Wah! lagila bestnya...:)
sedapnya pizza..puas hati kan klu bt piza sndiri..suka ati jer nk ltk ape..pastu taruk cis byk2..best best ^_^
sedapnye pizzaaaaaa..hehe
assalamualaikum liza..
hai, nani datang melawat sini, sedappnya makan pizza,.,, ye la kan, kalau buat sendiri lagi best.. leh letak toping apa yg kita suka, cheese banyak mana kita suka kan.. best best.. dah lama gak tak wat pizza ni.. eheheh
salam liza,nangis akak tengok pizza liza tu tau..sebiji mcm yg kat pizza hut tu..siap dgn cis yg leleh2 lagi..
roti tu pun nampak sedap..
wahhhhh pizza..tergoda lagi menggoda melihatnya..hehehhe..sedapnya kak..mesti lembut doh ni..tengok dari tepung2 yg digunakan pun dah tau dah kesedapannya..huhuhu
Post a Comment