Friday, May 18, 2012

Ikan Kembong Rebus Air Asam...


Sedaaappp tak yah nak citer la kan ikan ni, mmg sesuai sgt la bg mereka2 yg tak lalu nk mkn tu...masaalahnya kalau makan lauk ni, nasi seperiuk pun tak cukup....hahahaahahaha

Rasa ikan ni ala2 kerabu pun ada kan,pedas n masam mmg satu gandingan yg paling baik...nkmasak pun simple je, macam main masak2 pulak rasanya...ihihihi

Resepi ni Liza amik dr Farra Diaries, terima kasih bebanyak ye..

RESEPI IKAN KEMBONG REBUS AIR ASAM

Bhn2:

  • ikan kembung yg telah dibersihkan
  • air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
  • garam, perasa
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji lada besar - hiris halus
  • Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
  • 1/2 cawan asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit belacan
  • asam limau (optional) aku suka letak ni, lebih wangi :-)



Cara-caranya :-
  1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.
  2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
  3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan..Perahkan asam limau
  4. Tunggu masak, siap..makan dgn nasi putih..wallahhhh
  5. Boleh juga di satukan kesemua bahan2 dan di kukus sampai masak.

*TIPS : jangan masak lama kulit limau tau, nanti akan keluar rasa pahit. So, selalunya, aku akan perah limau dan letak limau ni bila api dah dipadamkan.. sekadar nak mencantikkan hidangan kita.

26 comments:

Anonymous said...

salam kak liza, menariknya ikan kembung tu

tapi tina tak brp minat ikan2 lembik ni hehe, tak tau napa, kalau goreng okeylah, kalau rebus/stim, kurang sikit

Ayu said...

Assalam liza,
ikan kembong rebus cicah air asam tak pernah cuba lagi..selalunya ikan bakar yang cicah air asam...mesti lagi sedap ni ya liza..

emarieys said...

senangny kak..bolehlah nak cuba nanti..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

perhhhh meleleh tgk
mau mkn ngan nasik hangat2 ni
terbaekkkkkk

Yana Shaiful said...

tringat pulak ms study kat uum dulu.. hmpir setiap ari yana lunch dgn ikan kembung rebus air asam ni.. sedapnyaa..dh meleleh air ni tgk ikan akak hihii ^_^

tun_telani said...

tun kene goreng dulu ikan kembong tu.. pastu curah kuag dia, ok x? hihi

hazila said...
This comment has been removed by the author.
hazila said...

Saya pun suka lauk macam ni. Selalu guna ikan cencaru aka ikan jacket.

asyifamustaffa said...

Salam K.Liza,
sedapnya lauk tu...simpel je...tp kalau makan dgn nasi panas2...huh ! mmg x ingt dah...!

Qasey Honey said...

asslm Kak Liza..wah sedap sgt2 menu tu...QH suka...kalau dpt ni pasti bertmbah makan ni...perghhh terliur jadinye..

HALAMANKU said...

Salam Kak Liza.. uuiisshhh memang membangkitkan selera lauk ni kenalah kuah asam yang pure n sedap tu.. nyum2 maunyer bertambah bila makan he he he

Asmara said...

wow senangnya! asal ada cili mmg sepinggan tak cukup nasi. hihi..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam wahhh sedapnyaa.. kecurr ni tak pernah merasa dan tak penah cuba... simple dan mudah nak buat tu.. sedappp kecurr kecurr.. hadoii

Mamasya said...

Salam Liza.akak suka betul dg ikan kembung....tak kira masak mcm mana...bakar..rebus..gulai..semua suka.masak rebus air asampun nampak sedap....dah tak payah lauk lain...

ady said...

as-salam kak Liza
adoiii...terliur dibuatnye tgk ikan kembong rebus air asam ..mmg sedap lauk kak liza tu...

inahar ali said...

salam liza..woww akak tgk gambo jek dh terliur kemain..camner nih!! kempunan sehh..huhu!

Amie said...

Memang sedapnya tak terkata...oh! Lia.. ikan kembong pilihan ramai, ikan evergreen dari dulu, kini dan selamanya....

Mamma Olyn ♥ said...

wahhhh sedapppnya k.liza, lamaaaa lyn xmakan...iskkk.. btw k.liza, utk resepi classic butter spongecake tu k.liza tgk balik resepi di blog lyn sbb ada lyn tambah info, tq:)

Unknown said...

memang menyelerakan la kak...kalau kena dgn nasi panasx2 ni maunya bertambah nasi ni.sedapx2:)

ieja amieja said...

mmg menyelerakan..mudah nak masak tu yg paling besh..hehe

Norzie hany said...

Salam Liza.
Memang sedap makan dengan nasi panas2.

ucubakery said...

lauk dah memang sedappppp...
tapi kenapa sampai sekarang tak sampai2 lagi kat dapur ucu kenapa nyekkkk....hahaha..

Rohah said...

sedap sangat ikan cicah ngan air asam..meratah je pun puas kan..

Unknown said...

Assalamualaikum Liza..Sherry ni,erm selalu ler masak sedap2 ye..guess what..i'm blogwalking juga ni introducing my newborn blog.nothing much baru jer start..check it out la at http://suriyanas.blogspot.com...my life in a journal....see ya liza

JaSSNaNi said...

perghhhhhh.. sedap betul.. ni pekena ngan nasi panas2,, lunch time ni plak.. aduhhh boleh bikin fengsan tau...

Unknown said...

Zaman aku berniaga pasar malam setahun yg lalu ni ler lauk wajib setiap hari khamis for dinner kat Pasar Malam Taman Seroja di Sepang sana Liza.Kat situ jer ada lauk ni and kebetulan sebelah tapak aku berniaga.Anyway tq for the recipe.Kalau aku yang buat kena carik ikan seabass ler...kembong takdak.sedap kot pakai seabass..nanti aku try dulu and post u the results.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...