Sunday, December 11, 2011

Nasi Kerabu Biru dan Ayam Percik Kelate...


Assalamualaikum dan salam bersiaran kembali dihujung minggu....lunch ape hari ni? mst spesel kan, ye la, bila semua dah berkumpul mst ada sesuatu yg spesel kan....

Nasi kerabu ni Liza buat lunch ari tu, request dr angah yg mmg suka nasi kerabu biru ni...Liza buat nasi ni ikut style sendiri,ye la ikut selera org dlm umah ni...sape2 yg nak rasa tu sila2kanlah...jom kita tgk resepi yer...

RESEPI NASI KERABU

Bhn2 nasi:

Beras 1 kg- basuh dan toskan
Air secukupnya
Pewarna biru / air perahan bunga telang
Daun pandan - 2 helai
Serai - 1 btg
Daun limau purut - 2 helai

- masukkan semua bhn ke dlm periuk dan masak seperti nasi biasa.

Bhn2 sambal kelapa:

3 ekor ikan kembong kecil (kalau besar blh guna 2 ekor jer)- bersihkan dan rebus dgn garam dan asam keping.- ambil isinya shj
1 biji kelapa putih - grg hingga kuning (jgn sampai hitam nnt pahit pulak )
4 biji bwg merah*
1 inci halia *
1 btg serai (besar) *
Garam, gula / nise dan serbuk perasa secukupnya.

- tumbuk bhn2 bertanda * hingga lumat.
- masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
- tumbuk hingga sebati dan masukkan isi ikan rebus.
- tumbuk lagi hingga betul2 lumat dan sebati semuanya,bubuh dlm mangkuk besar.
- tumbuk sdkt kelapa grg td biar halus ( kalau xnak tumbuk pun xpe ).
- masukkan kelapa grg td ke dlm bhn2 tumbuk dan gaul hingga betul2 sebati...
- siap dihidang bersama nasi kerabu , nasi dagang atau nasi impit...
# terpulang nk letak gula / nise...kalau letak nise kaler dia akan kecoklatan sikit..Liza campur dua2 #

Bhn2 budu:

1 senduk budu
2 senduk air
1 keping nise / gula melaka
Sdkt ajinomoto
1/2 inci halia
Daun limau purut - 1 helai

- masak semua di atas api hingga mendidih. sejukkan...

Bhn2 sambal / air lada:

Segenggam cili api @ lebih - terpulang
2 s/b cuka
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

- mesin halus semua bhn di atas dan sedia digunakan.
- air lada ni biasanya sdkt cair utk mkn dgn nasi kerabu biru

Bhn2 sampingan nasi kerabu:

Kcg pjg - hiris halus
Bunga kantan - hiris halus
Timun - hiris nipis memanjang
Kobis - hiris nipis
Tauge
Telur masin
Keropok grg
Lauk2 kegemaran -kali ni Liza mkn dgn ayam percik





RESEPI AYAM PERCIK KELATE

Bhn2:

1 ekor ayam - potong 12 dan cuci
1 inci halia
3 ulas bwg pth
Sdkt garam
Srbk kunyit
Air - utk merebus

- halia dan bwg pth ditumbuk halus.
- lumurkan semua bhn pada ayam dan perapkan seketika.
- rebus bersama sdkt air hingga 1/2 masak.
- bakar ayam sehingga masak dan sentiasa siramkan kuah di atasnya semasa membakar.

Bhn2 kuah percik :

1 biji kelapa - ambil santan
5 ulas bwg merah
1/2 inci halia
Tpg beras / tpg gandum secukupnya - utk pekatkan kuah
Sdkt srbk kunyit
1 s/b cili mesin
Garam
Gula dan serbuk perasa
1 kpg asam keping

- tumbuk halus bwg merah dan halia.
- masukkan santan dan bhn tumbuk ke dlm periuk
- masukkan juga srbk kunyit, cili mesin, asam keping dan tpg.
- masak di atas api sederhana  dan pastikan tpg tidak berketul.
- biarkan didih dan masukkan garam, gula dan srbk perasa
- bila kuah dah agak pekat, tutup api dan siramkan atas ayam yg dibakar.
- dah siap la tuuuu....hihihihi


9 comments:

mawar merah said...

Emm..sedapnya. Terliur, x penah cuba buat nasi ni. Pas ni nk cuba buat.

EmbunRosaliza said...

Assalam liza, sedapnya nasi kerabu, mmg tak jemu dimakan. hehhe oder 2 set nasi kerabu biru

Liza said...

mawar merah...kalau terliur mmg kena try la ni..kang kempunan pulak....ekekekeke

Liza said...

wslm rosa....nasi kerabu 2 siapppp....hihihihi

Amie said...

adeeehhh....nasi kerabu! ni kalau nakbuat kena ramai-ramai, nakmakannya pun ramai-ramai jugak....sedap, berkali-kali makan tak pandai puas... ni kak Amie dah duduk bersila, dah siap cuci tangan...meh sini sepinggang lengkap nasi kerabunya Liza, bubuh banyak2 ulam ye..

Liza said...

kak amie...siappppp....muahahaha

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedap
cuma x confident nak bikin sendiri ...nangess

lina said...

salam liza - Ya ALLAH nampak sgt sedap..ayam percik tu lagi...subanallah gambar pun menarik..bila nak buat ni budu dh ada :)

cikmanggis said...

mak ai..laparnya napok nasik krabu biru ni..tambah budu lebih ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...