Monday, October 17, 2011

Somtam aka Kerabu Betik Muda...walllaaaa


Somtam ni mmg peberet Liza...tiap kali g kedai tomyam, mst order somtam ni..tp bkn mkn dgn nasi yer..Liza suka ratah macam tu jer...dah lama teringin nak buat sendiri, jadi cari punya cari terjumpalah dua tiga resepi somtam..so macam biase, Liza akan amik resepi yg senang laa..jom kita tgk..

KERABU BETIK / SOMTAM

Cara 1 :
Bahan-bahan

  • 1 biji betik mengkal - sagat panjang
  • 2 biji mangga muda - sagat panjang
  • 4-5 kacang panjang - potong2
  • Kangkung@daun ketumbar
  • 1-2 sb udang kering - goreng tanpa minyak
  • 5 sb kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk kasar
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 5 atau lebih cili merah dan cili padi
  • 2 sb gula
  • 3 sb sos ikan
  • 5 biji limau kasturi - perah ambil jus
Cara-cara

  • Tumbuk udang kering dan juga cili. Kemudian masukkan gula, sos ikan dan perahan limau. Kacau sebati. Keluarkan.
  • Tumbuk pula kacang. Tumbuk kasar.
  • Gesek2kan kacang panjang dengan anak lesung agar pecah sedikit.
  • Dalam mangkuk besar, gaulkan semua bahan dengan sebati. Jika tak cukup masin, masukkan lagi sos ikan. Tak perlu masukkan garam sbb sos ikan dan masin. Seimbangkan rasa masam, pedas dan manis sedikit.
  • Masukkan kangkung@daun ketumbar. Kangkung tk perlu celur. makan mentah. Gaul. (hana tambah tomato ceri, kubis sagat dan timun hiris sbb tak cukup bahan)
  • Hidangkan di atas pinggan dan taburkan lagi dengan kacang tumbuk dan juga udang kering jika suka.

  @  Cara 2 :

Bhn2

2 biji betik muda - sagat halus
50 gm kcg pjg - potong lbh kurang 3 cm
2 biji tomato - potong halus2
2 ulas bwg pth - diketuk
50 gm kcg tanah - digrg tanpa minyak dan ditumbuk
2 s/b jus limau
2 s/b cili padi
2 s/b kicap thai / sos nam pla

- gaul semua bhn2 dan siap utk dihidang
(Liza guna resepi no 2)

@ Cara 3 : dr Lisa Sharip di MyR

Bahan-bahan ( 6 org makan )

  • 1/2 biji betik - sederhana saiz - diparut memanjang / atau mangga atau karot pun boleh
  • gula kabung yg jenis cair2 likat tu - secukup rasa ( gula somtam made from Thailand - gula ni yg penting skali utk mendapatkan rasa somtan original dan paling susah nak dapat . Bertahun cari, baru tahun ni dapat..sedihnya..
  • 3 ulas bawang putih - ketuk2 je
  • cili api - secukup rasa selera anda - utk somtam, kena pedas2 baru kena. Ketuk - ketuk je cili ni
  • 10 gram udang geragau - digoreng
  • kacang - sama ada kacang tanah yang dipanggang tu atau peanut yg dah de siap jual kat kedai pun bleh. Ketuk - ketuk separuh hancur. x nak ketuk pun tak pe
  • sos ikan / sotong - secukup rasa
  • perahan jus limau nipis - secukup rasa selera anda
  • 1 batang kacang panjang - potong - potong dlm jarak 2 inci
  • 1 biji tomato - potong2 ,kecil2
  • 2 helai daun kangkung - dipotong2 ( masa lisa wat ni x letak kangkung, xde stok plak)


@ Cara 4 :


Bahan-bahan
1 biji betik mengkal - sagat panjang
2 biji mangga muda - sagat panjang
4-5 kacang panjang - potong2
Kangkung@daun ketumbar
1-2 sb udang kering - goreng tanpa minyak
5 sb kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk kasar
2 biji bawang besar - hiris
5 atau lebih cili merah dan cili padi
2 sb gula
3 sb sos ikan
5 biji limau kasturi - perah ambil jus

So, pada sesape yg berhajat nak diet tu, blh la pilih mana2 resepi kerabu betik yg berkenan yer...


14 comments:

Zaliedana said...

Assalam kak liza,tima kasih sudi singgah dapo sy..Sedapnyer somtam,sy suka lah somtam ke,kerabu mangga ke,mmg best kan..Xpernah lak wat sendri somtam nih..

cik cek said...

Liza....

Kak cek dtg nak rasa kerabu Betik...mesti sedap ni...aduhai! dapat ratah sepiring ni...alangkah sedapnya...:D

Cheq Sue said...

teringat makan somtam di mundok... mabelessssss!!! beli lesung somtam sampai sekarang x rasmi lagi, asyik buat tumbuk inti solok lada dengan sambal nyor aje... :)
sampai 4 cara ni boleh le try nanti

dZana said...

akk tk prnh buat somtam ni.. sllu oder jer bila mkn kt kedai.. buat sndiri tentu lagi sedapkan liza..

rahel said...

Wah2...macam musim somtam lagi skrg ni...best nampaknya..nak kene try gak ni.

izahdaut said...

sedapnya somtam.. pepulak kalau bebetul siam mari..fuhh mmg best kan..

HaSue said...

Assalamualaikum..baru berkunjung dtg ni..kalo tenet laju best je jenjalan dapo org.hehe..
sama lak menu tygn smlm kan.. best yer somtam ni?lenkali leh try..tgk cam besh gak tu..meh sepinggan dul nak merasa! :D

Liza said...

Salam ana..kak liza pun suka sgt dgn kerabu2 ni..rasa pedas2 masam tu yg buat syiok habis...hihihi

Liza said...

kak cek..jemputlah dtg umah liza..pintu umah ni sentiasa terbuka...

Liza said...

huhhh cheq sue...siap beli lesung somtam lagi..kena rasmi la tu, kang dia merajuk pulak...muahahaha

Liza said...

kak zana..mmg buat sndiri lagi puas hati kan..

Liza said...

rahel..kat sabah sampai tak somtam ni?

Liza said...

Izah...kalu betul siam mari ape2 pun best kan...tomyam pun berasap woooo...hihihi

Liza said...

sue..tima kaseh sudi menjengah dapur yg berselerak ni..somtam ni mmg best, so Sue kena try laa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...