Tuesday, January 30, 2018

Sambal Hitam Tomato....sedapppp sgt


Bila ada sambal ni kan, asyik bertambah je nasi..huhuhu bila la nk kurus kalau cmni






Resepi masih sama, amik dr dapur fren yg jauh nun,  Lina...timakasih fren, sambal ni mmg berantu la,hihihi








RESEPI SAMBAL HITAM TOMATO 

Bhn2:


5-7 biji buah tomato (potong baji/dadu) 
1 mangkuk ikan bilis (tumbuk/blend kasar) 
1/2 mangkuk cili padi (ikut kepedasan masing2) 
2 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde) 
4 labu bawang besar (dadu kasar) 
Garam dan gula/perasa 
Minyak 


Cara-Cara: 


  1. Goreng tanpa minyak buah tomato hingga layu
  2. Sementara itu kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit minyak.
  3. Bila cili hancur, masukkan bawang besar dan kisar lagi.
  4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali yang berisi tomato tadi. Tumis sebentar.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Renjiskan sedikit kicap (jika suka warna yang lebih gelap)Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  7. Masak hingga sambal kering (Jika suka yang lembab pun boleh juga)
  8. Sejukkan dalam kuali sambil sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
  9. Dah siap, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.








2 comments:

Norlaili A Wahab said...

sedapnya sambal tomato ni. memang kalau ada sambal siaplah bertambah nasi hehehe

LiNa_Pg said...

Sedap neh fren..makan ngn nasi panas² xde lauk pun xpe..layannnn jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...