Tuesday, December 20, 2011

Grilled Chicken Chop...




Assalamualaikum wbt dan salam bertemu kembali.....hari ni kan Liza nk share chicken chop yg buat weekend ari tu...act family Liza akan prefer yg gril dpd yg grg tu...so kena lah rajin2 menggril kan...hihihihi

Anak sulung Liza selalu request chicken chop ni tiap kali balik cuti....dan kali ni pun sama....hiisssshhh nk mkn yg sedap jer.....tak pe2, janji belajar pandai2 ye abg....selalu liza buat ayam tu guna resepi ayam panggang KR, tp kali ni Liza ubah selera guna resepi dr blog Kak Wan...mmg sedap dan satu lagi resepi yg  menepati selera kami sekeluarga....thanx yer K1

Moh kita intai resepi yg best ni yer...


RESEPI GRILLED CHICKEN CHOP

Bhn2:
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk) / 1 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
1 sudu besar minyak bijan K1 tambah

Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan dan gaul dengan ayam hingga rata. Kemudian perap di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!

Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air, K1 guna 800ml
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya :
1. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!



                                            Amacam....nak order tak? hihihihihi

15 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Ini kalau bagi dengan anak lelaki akak memang dia seorang sahaja yang bedal...cukup suka...kalau balik aje akak mesti kena buat chicken chop ni untuk dia...akak pun suka grilled punya dari breaded....so western la hari ni ya

Liza said...

sama la ngan anak liza kak...kalau yg breaded punya macam2 la diaorg cakap , muak la, xbest la ..issshhhh ada2 jer..

Qhaifa Nur said...

salam

kalau makan kat luar anak2 mesti order chicken chop punya...
ari tu ada tengok kat majalah, 1 day memang nak try..sedapnya

cik cek said...

Liza...akak nak join2 makan sekali masih boleh ke...:)

intan morsalin said...

singgah sini nak amik resepi ni..nak try wat la ari ni @ esok...doakan berjaya n sedap yer..tqvm

sudipVSsenduk said...

tak pernah masak sendiri chicken chop, biasa beli je. Akan cuba juga 1 hari nnti sbb anak2 suka sangat...

Ucu Faridah said...

kalau kt rumah ni...rakyat2 memang hantu grilled chicked chop..
selalunya ucu cuma buatkan bahan2 aje n yg masak anak2 lah...ibu tinggal ngap aje..

Zaliedana said...

Assalam kak liza,nmpak sedap kak,meh nak order 1set kak..Sesekali mkn gini mmg best,kalo wat sendri lagi puas hati kan kak,kalo mkn kat luar,adeiii siaplah dah bape hinggit..

Liza said...

wslam nur...family akak pun dah lama xorder chic chop kat kedai...diaorg order kat umah jer....hihihihi

Liza said...

kak cek...nak join sekali, msti lah blh...jemput2 sila2...hihiih

Liza said...

intan...insyaallah menjadi tu....

Liza said...

bestnya ucu, anak2 tlg masak...bila la Liza nk relax cm ucu....

Liza said...

salam ct...kalau mkn kat luar anak2 selalu komplen, mcm2 hal...yg duit tu pun dah satu hal, kalau sedap xpe la jugak...

che mid said...

Che Mid pun suka yang grill.. resepi menarik juga utk dipelbagaikan dari che mid punya resepi..tukar selera kan..

quinnie said...

sedapnya kak..nak jugak..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...