Tuesday, December 20, 2011

Mashed Potato / Kentang Putar.....

Side dish yg Liza gandingkan bersama grilled chicken chop hari tu....selalu buat mashed potato ni dan selalu guna resepi yg sama sbb anak2 suka....resepi ni amik dr umah Hana tak lama dulu...mmg best...tp kali ni Liza cuba tambahkan sdkt susu segar...

Jom la kita tgk resepi yer..


RESEPI MASHED POTATO / KENTANG PUTAR

Bhn2:

  • 5-6 biji kentang
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.

RESEPI GRAVY @ SOS KENTANG PUTAR
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam- hana tak letak sbb dah masin
  • susu segar - Liza tambah
Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
  3. Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.

4 comments:

che mid said...

Wah enak sekali buk.. kentang putar banjir he he..teringin pulak nak buat kentang putar jagung mcm kt kenny rogers tu..manis manis sikit..

Liza said...

kak mid...anak2 liza pulak kentang putar cm kat KR tu diaorg xmkn, cm nestum dioarg ckp....hihihhihi

quinnie said...

nak cuba la buat ni..sedapnya nampak...geram tengok..huhuhu

Unknown said...

klu nak guna resepi ni utk berniaga boleh x..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...