Salam bersua kembali di hari Jumaat yg menjadi penghulu bg segala hari....Hari ni genaplah 6 thn pemergian arwah bonda tercinta...act kan 6 thn lepas pun date ni jatuh pada hari Jumaat yg mulia ni...arwah ma meninggalkan kami semua lbh kurang pada pkl 3 pagi sbb strok....pergi yg tak akan kembali lagi dan kehilangan yang tiada gantinya hingga saat ini dan selamanya....semoga arwah adalah antara kekasih2Nya...Aminnn.....Alfatihah
Hari ni Liza nak share nasi sup yg buat hari tu...kalau kat Kelate nasi sup ni pemes kat area2 hospital, kiranya senang utk pesakit yg tak lalu mkn...utk yg menunggu pesakit pun blh jugak, tp spesel la sikit...hahahaha...so kali ni Liza buat utk org yg tunggu pesakit yer, jgn mareee....hihihihi
Resepi sup ni Liza amik dr dapur kak norlie...tima kaseh kak...asalnya kak norlie buat bihun sup, tp kali ni Liza ubah buat nasi sup...moh kita intai resepinya...
RESEPI SUP DAGING / TULANG
Bhn2:
10 kg Daging (potong ketulan besar berat sekilo seketul pun boleh)
2 kg
tulang
BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH: * bahan ini x perlu
dibuang kulit @ dipotong.
10 batang serai *
1 ketul lengkuas (besar)
*
2 ketul halia (besar) *
3 labu bawang putih *
10 biji bawang merah
*
secekak daun leek *
sepohon batang calery *
beberapa helai daun
pandan - simpulkan *
2-3 senduk besar gula @ secukup rasa
pak aji
2
kotak besar kiub ayam
RM 1.00 lada hitam timbang - blend
halus
garam
segengam kulit kayu manis
segengam bunga lawang
buah
pelaga
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)
masukkan
daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan
hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan
ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah
pelaga. biarkanlah ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk
dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
setelah daging empuk
keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi. hanya tinggalkan
ketulan daging yang besar.
teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak
aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya
seimbang.
bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam
periuk besar tadi.
sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan
bihun sup.
** untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong
tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan
tadi.
BIHUN:
1 1/2 kampit bihun yang besar -rendam + serbuk
kunyit.
bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab @
dikukuskan.
- Liza xguna bihun..Liza rebus beras hingga hancur dan lembik...rebus guna api perlahan yer...
HIASAN / TABUR:
Daging ketulan besar yang telah di
rebus empuk - dipotong kiub kecil kecil
daun sup - } dihiris
halus
daun bawang -}
1 kampit besar bawang goreng
1kg lobak masin -
dicincang halus halus
SOS KICAP:
3 botol kicap
1-2 kg cili
api
5-6 ulas bawang putih
limau untuk dijadikan jus
* sedikit bawang
goreng - jika suka
sedikit minyak
panaskan minyak. goreng cili api dan
kacaukan hingga cili sebati, layu dan angkat. sejukkan sekejab.
bawang di
layur pada api sekejab @ kalau x nak gorengkan dan angkat.
tuang kicap dalam
blender masukkan cili goreng dan blend hingga sebati bersama bawang
putih.
jika suka bolehlah diblend sekali dengan sedikit bawang goreng hingga
sebati.
tuangkan di dalam mangkuk masukkan jus limau, garam dan gaulkan
sehingga secukup rasa
Sekarang ni kan musim demam n batuk...so pada sesape yg takde selera makan tu apakata cuba nasi sup ni....best tauuu, rugi kalau tak cuba...
7 comments:
Klu tgh x de selera mesti sedap makan nasi sup ni kan...laju je hirup..
Alfatihah buat ma liza, mmg sedap nasi sup tu
kalau mcm tu punya bahan sampai 10kg dging ..alamat ucu tak merasalah bubur tu....tp mmg sedap..org x skit pun bertambah..hehehe..
al fatihah utk arwah...
Banyaknya nak masak Liz... macam nak kenduri lagaknya. Wah... makan besar nie...
jarang saya masak nasi sup ni, demi anak2 nanti saya try buat pulak..
al-Fatihah buat allahyarhamah bondanya Liza,
nasi sup begini bonda mentua Amie suka buat, tapi Amie hanya makan saja....
al-fatihah utk arwah.. :)
sedap la plak nani nampak bubur tu.. kadang2 pun bila anak2 mintak nak makan bubur tu.. nani pun wat gak.. :) tapi simple2 punya je.. boh halia, ayam and sedikit sayur2ran.. :)
Post a Comment