Sunday, January 8, 2012

Roti Canai Satu....Siaappppp


Assalamualaikum dan selamat berhari minggu buat semua yg menjengah dapur Liza ni.....hari ni nk tayang menu roti canai yg Liza buat masa abg ada hari tu.....selalu guna resepi yg sama sbb mmg puas hati adunan tak koyak......

Liza takde lah pandai nk tebar2 cm chef kat Master Chef tu, kita main tarik2 je.....tp kena tarik slow2 n manja2 gtu, baru doh ni tak terkoyak......resepi ni Liza amik dr Joayee kat MyR tu, thnx yer sbb share resepi ni, dah bnyak kali Liza buat n suka sgt dgn kejadian roti ni......

Roti canai ni Liza buat versi roti boom, roti telur dan roti sardin....macam2 ada....hihihihihi..best sgt dapat mkn roti canai buatan sendiri......macam2 blh letak kan...


                                          Ni versi roti sardin, sbb tu kaler dia cmtu....

RESEPI ROTI CANAI

Bhn2: ( 12-16 Keping )
  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  11. *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
   12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru    simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.



                                 Liza makan dgn kuah dalca daging....jemput makan semua...



9 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Liza..slmt berhari mggu!!
.Dah blh bukak kedai dah ni,nampak sedap roti canainya :D

Cheq Sue said...

alamak, kita baru amik resepi dia dah kuar roti canai...adoiii ni yang nak kena buat jugak ni

Amie said...

pandai Liza buat roti canai ye... seronoknya! terjamin sedap dan bersihnya kan...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Roti satu..kuah banjir ya

inahar ali said...

salam liza..nk oder roti canai 2 teh tarik kaww punyer satu ek!! cepat arr..pewut dh laporr nih..huhuu!!

Nuwairani said...

bukan nak ckp apa la...kalau roti canai yg dibuat sendiri ni kita dapat pastikan kebersihan di tahap mana berbanding yg dibuat di gerai2 tu. ntah brape liter peluh dh masuk, dengan telur tak bercuci, adei....tp kan, sebab x reti nak buat, terpaksa juga makan yg kat gerai tu..kite belom pandai buat ni...buat kulit murtabak pon boleh terkoyak2 ha...

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum... liza, sedapnya roti canai, anak2 nani suka sangat kalau bawa gi bekfes pepagi diorang mesti request roti canai punya.. hehehe.. :) pandai nye liza wat, mcm kedai punya wo.. eheh

Wani SK said...

kak liza..... pandai kak liza dah ada skill tu ...sedapnyaaa kalo dah pandai buat roti canai sendiri..... wani ni yg dah mengidam lama nak makan x terbeli lagi... kalau kak liza dapat tebar mcm chef flying mattkat MCM tu wahh hebat tu dapat pusing satu meja lagi hihi... nak try la resepi roti canai ni ....

rahel said...

bestnya..ada roti canai kat sini..rajinnye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...