Tuesday, January 17, 2012

Puding Roti Karamel....

Sesape yg suka sgt ngan puding roti ni, mai la join Liza....sedap ni, nak2 pulak mkn masa dia sejuk....perggghhhh...


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Bhn2:

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)



Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je
Resepi kat atas ni Liza amik dr umah Hana, resepi asal katanya dr Embun Rosaliza,tima kaseh utk kedua2nya yer....


Puding ni sesuai sgt makan masa cuaca panas mcm sekarang ni..terasa sejuk jer tekak....nyum nyum






13 comments:

lina said...

salam liza -mmg dh lama dlm list Puding ni..nampak kat blog kak nor..sedap kan

ucubakery said...

mentang2 lah duduk rumah ditayang nye pulak puding yg mjdi pojaanku...memang sangat2 melampau..hihihi..bak sini satu loyang..

CT Delima said...

As'salam Liza

cuaca kat KL ni membahang panas, sesekali layan puding macam ni sesuai sangat lah kan.

Ada lagi tak, nak mintak 3 potong :)

ieja amieja said...

cuaca panas mcm sekrg ni mmg sesuai sgt ler puding tuh..yummy.yummy..

Mamasya said...

Aslmkum Liza.puding ni kalau cuaca panas nyamannya je mkn tp dlm cuaca sejuk pun sedap juga dpt rasa....

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Akak berkenan ni...ambil resipi ya nak try cuti sabtu ni

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Mmg sedap makn sejok2..tambah skrg cuaca panas,mai sepiring :D

quinnie said...

puding karamel memang terbaik makan waktu panas2 ni...hehehe..sedapnya..sukaaaa....:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

terbaekkkkk!
dulu selalu buat but now dah jarang sebab banyak cholesterol ngeee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalam Liza..

sedap & nampak lembut je puding roti tu kan... memang sedap layan puding sejuk2 dlm cuaca yg panas...

EmbunRosaliza said...

assalam liza, tq sudi mencuba, resipi simple2 n jimat belanja . Cantik mulus je nmpk puding tu

sYiMa said...
This comment has been removed by the author.
sYiMa said...

tumpang tanya, macam mana nak buat gula hangus tu ye? sebab bila saya tuang air, gula yg dah perang tu jadi keras..sobs..saya tak pandai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...