Assalamualaikum dan slmt berjumpa kembali di hari Isnin 9 Januari 2012....alhamdulillah kita semua masih diberi peluang utk melihat keindahan Allah.....
Hari tu Liza ternmpak mini pizza telor kat dapur Kak Paty, mmg nmpk menarik dan gerenti anak2 Liza akan suka....so umi dia pun bereksperimen la, disebabkan kat umah ni takde stok roti arab, so, Liza guna roti burger jer dan buat cam burger.....alhamdulillah mmg ramalanku benar belaka, anak2 suka sgt dgn pizza telor ni...
Ni rupa pizza sebelum dibakar yer....
RESEPI MINI PIZZA ROTI
Bhn2:
Roti burger
Butter
Telur
Ajishio black pepper
Mayonis
Sos
cili
Mix vege - Xde stok
Cheese
- sapu roti dengan sedikit butter dan biarkan
sekejap di atas kuali leper dengan api kecil. Angkat dn
ketepikan.
- masukkan acuan ke dalam kuali leper. Letak sedikit butter dan
pecahkan sebiji telur. Kacau-kacau sedikit supaya kuning telur pecah. Letak
sedikit serbuk lada hitam.
- taburkan mix veges di permukaan telur. Picitkan mayonis dan sos cili. Biarkan
sebentar.
- apabila tepi telur sudah mula mengeras, tanggalkan acuan.
- sapu permukaan
roti tadi dengan sedikit mayonis dan letakkan telur yang sudah siap di
atasnya.
- lakukan sehingga habis.
- letak mini piza telur yang telah siap
di atas dulang pembakar. Tabur dengan mozarella cheese...Liza guna cheddar cheese.. Dan bakar ikut keadaan
suhu oven masing-masing sebentar saja sehingga cheese cair.
Dah pun siap....terima kasih Kak Paty atas kesedapan pizza telor yg mmg tak terkata ni.....'senyummm tak perlu kata apa2'....hihihihihhi
6 comments:
Jangan lupa pengerasnya ya!!!
aSSALAM KAK,WAH KALO GINI,BKN JER ANK2 SUKA,MAK BAPA BUDAK PON SUKA NIH,NMPAK SEDAP N SIMPLE KAN..
wah, mesti anak2nya makan sampai tak cukup siap mintak2 dibuat lagi...
wahhh kak paty, siap mintak pengeras lagi...nah amik ayam golek ni...hihihih
wslam ct...betul tu ct, bapak dia org pun suka tp akak kurengg sikit...
betul tu cheq sue, siap mintak suh buatkan lg...best sgt kot...hihihihi
Post a Comment