Sunday, January 15, 2012

Lasagna....the best


Sebenarnya ni bkn menu lunch Liza hari ni yer...lasagna ni buat masa cuti sekolah hari tu, gara gara terliur tgk Kak Ita dok tayang kat dapur dia....dulu Liza pernah buat lasagna guna resepi lain tp tak menepati selera kami...tp kali ni rasanya mmg berbaloi2...betul kata Kak Ita, lasagna ni mmg sedap...

So, pada sesape yg nk menambahkan beban kat dacing penimbang tu, sila2kan lah mecuba resepi ni yer...alaaaa, jgn takut...lepas mkn diet la balik....ekekekeekeke
Resepi ni asalnya dr Nihadriz dr MyR...terima kaseh bnyak2 pada kedua2nya...Liza share kat sini pulak yer...Mintak halal Liza CnP dr dapur Kak Ita yer....thnx kak...



RESEPI LASAGNA

Kuah daging :

300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce
Sos keju :

2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam


Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api.

Bhn2 yg diperlukan :

1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter


Lasagna tak perlu di masak ye!
Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

 # TIPS DR TUAN PUNYA RESEPI  #


Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat

Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp

Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye!

6 comments:

Amie said...

adoooiii Liza! si bongsu Amie asyik merengek-rengek minta lasagna dua tiga hari ini.... nakbuat tak berapa reti, kenalah cari di pizza hut!

Unknown said...

Liza, akk ada beli lasagna, dah lam dah tp x berani nk buat. Lps tu x faham kena rebus dulu ke terus msk gitu je. Baca kat sini baru akk fhm, takyah rebus ek? Nnti nk cuba la...

Liza said...

amie, apa susah2, mai dtg sini amik...hihihihi

Liza said...

kak zana...mmg xyah rebus dulu sbb kulit dia akan masak dgn kuah daging tu...dont worry k....hihihihhi

Nuwairani said...

nani ada beli pasta lasagna thn lepas. baru guna separuh, ada balance lagi separuh...tunggu bila dh turun berat badan sikit la kot baru nk makan cis2 ni..heheh

lina said...

salam liza -thanks tips yg bagus itu...ooo rupanya kena make sure kuah lebih utk melembutkan nya...ada stock tak tahu bila nak buat...emmm sedap sgt suka...lasagna ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...