Wednesday, March 21, 2012

Chocolate Chips Cookies...


Ni resepi yg dah derhaka ..ampun yer pada tuan punya resepi...nak tau sape, Tun la tuan punya resepinya...Liza tertarik sbb kukis ni tak guna telur, so nk jugak la rasa cmner agaknya rasa biskut yg takde telur ni kan....mmg marbeles dan yg penting anak2 suka banget....

Kalau nk tgk versi yg cantik molek, sila lah ke dapur Tun yer..

RESEPI CHOC CHIPS COOKIES

Bhn2:

  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*- Liza guna 13/4 cwn tpg gandum + 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)
Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.


6 comments:

ucubakery said...

hehehe..ucu datang awal mlm ni...biarpun derhaka,bak mari 1 balang..

selalunya kalau ucu buat..yg sedih tu x sampai 1 jam dah licin.....

Wani Sukarno said...

kak liza.. x pernah dengar lagi cookies x de telur ... cam ne rasanya eh .. mau gak mencubanya hihi

Qasey Honey said...

aha la lum penah lg dgr cookies xde telur...cmne la yek rasanya...kena cuba gak ni...tgk cookies tu mcm sedap sgt...mcm famous amous...hehehe

kakna said...

tak ada telur ranggup juga agaknya ye..
raya baru cuba..

ijayuji said...

Salam kak liza, dtg nak beraya hari2 hihihi...sedap biskut cekelat, tp kalau ank2 kita tak berapa suke kalau letak byk2 coklat cipnyer, kalau sikit dia org makan sbb manis :D

zila norazila said...

salam liza.
wahhh suka tgok cookies liza tue..meriah coklat...sy pun pengemar coklat tau..jimat telur kt umah tu..sbb resepi nie x der telur..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...