Tuesday, March 20, 2012

Bun Pandan Berkismis....


Assalamualaikum dan salam ceria semua...pekabar semua ye, diharapkan kita semua sentiasa dibawah lindungan Yang Esa...Aminnn

Resepi bun pandan ni Liza amik dr dapur CMG, resepi asal drAlex Goh...mmg lembut dan sedap roti ni dgn rasa kismis dan kaya...bau pun harum jer sbb guna paste pandan...anak2 Liza mmg tak puas mkn roti ni, lain kali mmg kena buat lagi ni...terima kasih pada Cik Mat sbb share resepi bun yg best ni...

Liza mintak izin share kat sini pulak yer Mat...thnx


RESEPI BUN PANDAN BERKISMIS

Bhn2:

300 g tepung roti
2 camca teh instat yeast
45 g gula halus
1/2 camca teh bread softerner
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar susu tepung
1/2 biji telur (1 biji telur dipukul sedikit dan ambil 1/2 bahagian)
60 ml santan (mat guna susu cair)
1/2 camca besar pandan paste
105 ml air
20 g lemak sayur (shortening)
130 g kismis
Sedikit mentega untuk disapu
Kaya secukupnya - filling


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul tepung, yeast, gula, garam, bread improver/softerner dan susu tepung hingga sebati. Masukkan telur, santan@susu cair, pandan paste dan air. Gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah lemak sayur sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Masukkan kismis dan uli lagi hingga rata. Bulat2kan doh, letak dalam bekas yang telah dilenser sedikit mentega. Tutup dengan plastik cling atau kitchen towel. Biar 1 jam hingga doh naik sekali ganda.
  3. Keluarkan doh. Tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap. Bahagikan doh kepada 14 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g satu bahagian). Bulat2kan doh dan letak dalam loyang sesuai yang telah disapu sedikit mentega.
  4. Perap 45 minit hingga roti naik. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven...
  5. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali mentega, ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap dan seterusnya lakukan seperti langkah no. 3 dan 4....


            Pada sesape yg minat sgt mkn roti tu, cubalah resepi ni, mmg berbaloi2.....hhihihii


7 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

As Salam & Slmt pagi Liza :)

Aduh rajin nyer Liza meroti!!!
warna hijau fav mama..
gebus jer bun pandan :P

izahdaut said...

rasa mcm pernah buat bun ni. tapi saya paipkan dengan kaya pandan. memang sedap n lembut gebuuu je rotinya ;-)

ijayuji said...

Salam kak lina, kalau pandan kan mmg sesuwai dgn kaya kan kan kan eh? pau pun sedap jugak letak inti kaya kita suke :D

Tina Othman said...

sedapnya kak liza, peberet ni, mesti wangi je kan rumah time bakar tu

rahel said...

Selamat pagi Liza,tentu sedap bun pandan ni kan..tambah2 lg dg kismis..lg la sedap..Rahel suke.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

wangi la satu umah bau pandan ni...sedap!

Melly Octaviana said...

Pagi Kak Liza.. wah enak nya roti, wangi pandan nya sampe kesini..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...