Saturday, March 24, 2012

Kuih Bakar Pandan...


Resepi kuih bakar yg best n yang penting sekali senang cara buat...Liza buat dlm bekas muffin jer, senang tak yah susah2 nak potong...

Ambik dr Zana MyR, terima kasih bebanyak yer sbb share resepi kuih yg best ni...anak2 Liza suka sangat, siap angah cakap macam akok....hihihhii

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN

Bhn2:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.
Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.


4 comments:

Amie said...

Comelnya! Memang nampak gurih!

dZana said...

smga liza berpuas hati.. dah lama akk tak buat .. tq yer kerana sudi mcuba rspi akk.

Wani said...

kreatif kak liza bakar dalam muffin pan // biasa orang bakar dalam bekas yg besar ..betul tu... senang x payah potong2

ismisaba said...

thanks for the recipe. rasanya lemak2 manis, sedap je n yes........ rasa cam kuih akok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...