Sunday, March 25, 2012

Rendang Ayam Gaharu dan Pulut Kuning...


Assalamualaikum wbt di hari minggu ni...Liza amik resepi ni dr dapur Cik Mat, rasa2nya rakan2 lain dah lama buat kan...Liza gandingkan dgn pulut kuning, pasangan yg mmg sesuai la...sedaaapppp, terima kasih yer Cik Mat..

Tp Liza buat rendang ni lain sikit, Liza perapkan dulu bhn kisar dgn ayam dalam 3 jam dan masak ayam ni tanpa santan...ape2 pun jom kita tgk yer..

RESEPI RENDANG AYAM GAHARU

Bhn2:

1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan - skip
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Ubi kentang - Liza tambah

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

- satukan bhn kisar dgn cili mesin dan serbuk kari dan perapkan dgn ayam selama 2 - 3 jam.
- panaskan sedikit minyak dan tumis bhn2 tumis hingga naik bau.
- masukkan ayam yg telah diperap td dan gaul seketika.
- masukkan air secukupnya bersama asam keping, garam dan gula melaka.
- bila mendidih, masukkan ubi kentang dan kerisik.
- masak hingga agak pekat dan masukkan daun kunyit.
- kacau rata dan bila dah betul2 pekat dan kering, tutup api dan sedia dihidang.


7 comments:

dapurCikWan said...

datang mengintai sebelum keluar breakfast..hehehe..nampak sedap rendang tu =)faveret jugak tu..biasa time2 raya je dapat makan rendang..kalau tak raya malas nak buat.. tapi hari ni..dapat tengok n intai2 kat dapur akak pun jadi lah kan =)

Liza said...

alaaa cik wan..akk pun bkn rajin sgt, tp kalau ada request terpaksa jugak la buat kan...
keluar bekpes tu tlg tapau kat akk sekali yer...ekekekeke

ijayuji said...

Salam kak liza! uuuwaaaaaa...pulut kuning lama tak makan! sedap betul kalau dpt makan dgn lauk2 ayam mcm ni kan? suke mkn pulut kuning dulu2, nanti nak buat jugaklah, kena rajin buat lauk2 ayam :D

mama sara nur said...

assalam salam kenal
rajinnya wat pulut kuning, cicah rendang memang sungguh sedap nih
macam mak akak kat kg suker wat pulut kuning he he
akak pun peminat pulut ni cuma kat sini kalu wat makan sorang2 hu hu sb yg lain tak gemar..

~~zAnAfAhMi~~ said...

nak tau tak, akk blum pernah buat pulut kuning. Telan air lior tgk rendang tu..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Liza sedap tu.Minggu lepas pun kak ros masak pulut kuning.Nampak yang ni teringin lagi rasanya.

Amie said...

Selamat pagi Liza,
first time dengar rendang ayam gaharu... he he heh jakunnya kita ni, nampak sedap je cicah pulut kuning tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...