Friday, March 9, 2012

Nigella's Chocolate Chocolate Chip Muffin....


Assalamualaikum semua...ari ni Liza nk tunjuk muffin choc chip yg Liza buat hari tu...Liza amik resepi ni dr dapur Maisya tp Liza tgk ramai jugak yg dah buat muffin ni, Ady pun ada buat jugak..Liza taburkan sikit badam cincang kat atas tu, nak bg meriah la sikit konon2....hihihihihi

RESEPI NIGELLA'S CHOCOLATE CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Bhn2:

250g tepung serbaguna
2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp serbuk koko
175g gula kastor
150g coklat cip
250ml susu
90ml minyak sayur
1 biji telur (L size)
1tsp esen vanila/ ekstrak vanila

Cara
Gaul tepung, baking powder, soda bikarbonat, gula dan serbuk koko dalam mangkuk besar.
Gaul rata minyak, susu, esen vanila dan telur dalam mangkuk lain.
Tuang bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul rata.
Masukkan coklat cip dan gaul rata.
Tuang adunan dalam papercup dan tabur sedikit coklat cip di atas.
Bakar pada suhu 200C untuk 20 minit.


12 comments:

HALAMANKU said...

SAlam Kak Liza..nyum3 sedapnyer tengok muffin tu.. lelagi time bakar fuh.. harum.. lamanyer tak wat muffin.. nak seketul dua.. sedapni he he he

umi's cup cake said...

Salam kak liza,
Nampak sedap sgt muffin tu, umi belum cuba lagi..nanti nak cuba la..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

geramnya tgk muffin tu... nampak mcm sedap & chocolateyy...... yumyummm

IeRA said...

SAlam Kenal...

Saya pun baru je buat...

dZana said...

aslmkum liza.. best mkn yg panas2 baru kuar oven tu.. coklattyy..

izahdaut said...

sedap ye kak liza... haishh kene buat jugak ni. tunggu ada mood nak membuat nyer. comel nampak muffin tu. geram je tengok

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza..emmm lama betul saya simpan resipi ni tapi sampai sekarang pun belum terbuat lagi...best plak tgk kat sini....

Qasey Honey said...

mmg sedap mupin ni...sya pon dh penah buat jugak...

Mas said...

kak liza...hulurlah seketul, sy lapar ni hehehe..tak boleh tahan tgk makanan yg byk cokelat. Terliur-liur dah ni huhuhu....

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Hi Liza...ada lagi tak minta sikit

rahel said...

Salam Liza,
terlambat sampai..tertinggal penerbangan dari sabah..hehe..paksa gue naik belon je...cute2 muffin cok cip ni..ambik 3 ek..nak buat minum petang.

Asmara said...

sedap ni kak resepi nigella lagi. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...