Dulu2 ada buat kek ni, tp kali ni Liza buat versi cawan pulak...senang angah nk bawak bekal g sekolah...nak buat pun senang, yang penting jimat telur kat umah ni.....hihiihihhi
RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOC CAKE
Bhn2: (Liza buat separuh dr adunan ni )
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan serbuk koko
- 4 sudu besar susu tepung
- 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
- 2 cawan gula perang
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
- 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye)
- Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
- Terima kasih pada Dayang atas resepi yg best ni n simple ni...
2 comments:
MEMANG SEDAP KEK NI KAN LIZA.. NAK BUAT SENANG RASA PUN SEDAP.. HEHE..
P/S: SORI TULISAN HURUF BESAR SBB TENGAH BUAT KERJA SAMBIL2 BW.. MALAS NAK TUKAR GUNA JE CAPITAL LETTER... HEHEHE..
mmg betul tu madihaa, yg penting senang n sedap...hihihihi
Post a Comment