Monday, March 19, 2012

Mini Pizza...


Assalamualaikum wbt dan salam berjumpa kembali pada semua teman2...masih dlm mood cuti lagi ke?
tiap kali cuti rasa pendek jer kan, tak puas rasanya nak beristirehat dan bersenggang senggang menternak lemak....kuikuikui

Jom kita tgk mini pizza yg dah berkurun Liza buat ni, tak sempat nk publish, bz katakan...hihihihi
Resepi ni Liza amik dr Fendi MyR, mmg sedap n lembut jer...thnx yer, tp Liza buat dlm bekas mapin tu jer, senang kan ( ala2 kedekut)...hihihihi

RESEPI MINI PIZZA

Bhn2:

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung

  • Topping:
  • - pizza cheese
  • - mini tomato
  • - sosej
  • - sos tomato / sos pizza - Liza guna sos cili n mayonis
  • - telur untuk sapu pada roti

 
 

Cara-cara

- Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
- Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
- Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
- Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
- Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.


5 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

oishii sou
lama x homemade pizza ni
somey2 jer pizza tue...mcm tuan dia juga :))

ijayuji said...

Salam kak liza! lama kita tak buat pizza sendirik, bila nmpk pizza yg org buat terasa nk makan pulak :D sesekali mkn best! masuk list jugak lah menu tuk budak2 sbb budak2 ni ada kat rumah asyik suh buat roti jerrr :D

Qasey Honey said...

idea yg baik ni...comeii la pizanya...senang nk mkn...xperlu potong2...hihihi

Amie said...

Lamanya tak mengintai ke dapur Liza... sekali intai nampaklah mini pizza yang cute mute he he heh terus masuk mulut ni ye Liza... sedapnya!

quinnie said...

bestnya kak liza...letak dlm muffin tray ni bagus betul la..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...