Wednesday, March 21, 2012

Ikan Siakap Bakar Sambal Berempah....



Ikan bakar sambal yg mnjadi menu wajib kami tiap kali g mkn kat Umbai, Melaka...dulu2 rasa sambal tu sedap n banyak la jugak, tp sekarang ni diaorg letak sambal pun ciput jer, manyak kudukut wooo....
tu la org meniaga ni kan, kadang2 tu bila dah fofular, makin dikurangkan segala2nya, tp harga makin naik, nape yer? haaa, sape nk jawab tu....

Resepi Liza ni che ngah(makcik) yg bagi, dia dapat dr aci yg dok kat umah dia...dulu2 masa dia meniaga kat kantin sekolah, ni lah antara menu yg pemes di kalangan cikgu n cikgi....hihihihi
Jom la kita intai resepi kat sini yer...

RESEPI SIAKAP BAKAR SAMBAL BEREMPAH

Bhn2:

1 ekor siakap / ikan lain
4 s/b cili mesin
1/2 labu bwg besar - mesin
1 ulas bwg putih - mesin
1/2 inci halia - mesin
1 s/b rempah kari ikan
Air asam jawa
Garam dan gula
Sdkt minyak - tumis
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil

- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.

- Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak.
- Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...







10 comments:

Qhaifa Nur said...

salam...

apa jua jenis ikan yang dibakar memang fev...
bestnya dapat makan dengan nasi panas..

hazila said...

Sedap ni. Dah lama tak ke Umbai utk menikmati ikan bakar.

Kakzakie said...

Bakar dgn daun pisang mesti sedap kan Liza. Kakak suka sebab aroma daun pisang tu buat makan tambah selera...

Amie said...

Makin naiklah saham ikan siakap tu bila masak style begini... he he hehh sodappp!

kakna said...

buat sendiri lagi best kan...
sedap makan panas2.

Totie@Tomy said...

ikan bakar buat saya terliur...

Melly Octaviana said...

Slurrp.. enak nih kak. Melly suka ikan bakar.. nyam..nyam

ijayuji said...

Salam!! sedapppnyerrr ikan bakar berempah! lama sgt tak buat ikan2 mcm nii, td g pasar pun jeling2 ajerr ikan siakap, ambik ikan kecik jerr hihihi.. bila dah nmpk org masak mcm ni baru ler menyesal kenapa tak g beli sekali ikan siakap tadi :D

Ucu Faridah said...

tengok ikan tu betul2 menguji jiwa tau... skrang ni betul2 lapar sbb x sempat nk lunch tadi...

ku yah said...

skrg ni makan kat umbai pun dh tak sedap..mahal pulak tu..sedap kita buat sendiri lg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...