Wednesday, November 9, 2011

Roti Jala 2 Dan Gulai Itik...


Assalamualaikum dan selamat pagi semua....hari ni cuaca agak elok sikit, harap2 dpt keringlah kain kat luar tu...hari tu Liza pernah buat roti jala ni versi lain...tp kali ni Liza guna resepi dr Noreen utk mkn dgn lebihan gulai itik lauk nasi dagang hari tu...Liza buat ni masa raya kedua Aidiladha...jom kita terus intai resepi yer....

RESEPI ROTI JALA

Bhn2

750-850ml air
410ml susu cair
600gm tepung gandum
2 biji telur
3-4 sudu makan minyak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan - utk merenjis
cara:

  • bahan adunan; ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. buatkan lubang ditengahnya
  • masukkan telur dan pukul dengan hujung garfu
  • tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. bancuh sampai larut. kemudian tapiskan
  • panaskan kuali leper, celup daun pandan di dlm minyak dan renjiskan ke atas kuali
  • tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong. bila masak, lipat empat kemudian angkat
note: bila letak adunan dlm acuan kalau keluar tak laju tambahkan sikit air dlm adunan


                                       Untuk resepi gulai itik tu boleh tengok kat SINI yer...

9 comments:

nOOrsha said...

sedapnye gulai itik...teringat kt masterchef aritu diowang kene masak itik.. :)

Gee® said...

ahai...ada roti jala kat sini... boleh tapaw tak..? heee

Liza said...

Noor...Tu la yg ssh kalau sape xpernah masak itik ni, sbb dgg dia keras sikit, kena betul2 masak br lembut...

Liza said...

Gee...sebenarnya roti jala ni dh jadi baja...hiihhi

AZLINA said...

Assalamualaikum Liza, lama betul tak mkn itik..sedapnya pekena roti jala dgn kari itik pulak tu, memang sedap la kan!

Kakzakie said...

Lama sungguh kakak tak makan gulai itik. Balik kg nak sembelihlah Liza dah teringin hahaha....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam liza..
wahh.. gulai itik tu yg mahal tu.. mana nak carikkkk.. hehe..
aritu masa adik dtg ada dia beli itik salai on the way nk ke KL.. dia beli kat negeri sembilan.. mmg byk org jual itik salai kat sana.. akak je tak pernah beli sbb biasa kalau blk kg sokmo tengah mlm.. kedai pun dah tutup.. hehe..

nonierahman said...

salam liza..lama x makan roti jala..perghhh dengan kari itik.nyummy...

Toko Online Kalistajaya said...

wah manteeep gan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...