Tuesday, November 1, 2011

Kek Coklat Lembap Malaysia..


Dah berulangkali dah buat kek ni...kek ni antara kek yg jadi pilihan sebab sedaaappp sangat pada tekak kitaorang...skodeng dr umah HANA masa dia kat Jepun lagi...tiap2 hari mesti geledah dapur dia...hihihi  sori yer cikgu...mintak halal akak share kat sini pulak yer...



RESEPI KEK LEMBAP MALAYSIA

Bhn2:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B
Cara-cara:

1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak. 
    - Liza kukus jer..

Topping :

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 s/b mentega

- masak semua bhn topping di atas api sederhana sambil dikacau selalu.
- bila semua dah sebati, tutup apidan tuangkan ke atas kek yg telah sejuk.
- ratakan dan hias ikut kreativiti..



                                             Memang sedappp....berbaloi baloi..cubalah

9 comments:

Rahel said...

mat petang Liza..seronoknya..petang2 cam ni siok mkn kek coklat lembap..

Liza said...

Salam rahel...kita tukar ngan muffin pisang coklat tu nak? hihihi

Diana @ Melley Mey said...

sedapnya tgk kek coklat tu.... mmg kalau bab kek coklat gini memang laku kat rumah nie.. sedaaapnya...

kzai said...

salam liza..wah sedpnya kek coklat hingga menjilat jari kalau dpt

Ucu Faridah said...

mkm kek lembap..pastu cuaca petang pun lembap2 gitu...mau sekali hadap dah licin ni...dah lama x mkn orang lain punya kek coklat, agak2 ada lagi ke kek tu..minta sepotong boleh..?

tun_telani said...

salam kak liza.. mmg kalau kat kg, wajib buat kek coklat je.. adik2 tun ni xpandang kalau wat kek lain..

Liza said...

Diana...sama la kita, kalau kek coklat kat umah ni mmg kejap jer licin..

Liza said...

ucu...Liza buat kek mana boleh bandingkan ngan kek ucu yg pemes tu...hihhihi

Itz Redbitt said...

tq liza utk resepi kek coklat ni,mnt halal ya akak ambil resepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...