Tuesday, September 11, 2012

Mee Soto Tulang Johor.....


Assalamualaikum wbt semua....wahhh, lama betul tuan dapur bercuti ye...biase la sibuk dgn open house sana sini, raya kan tak abis lg....hihihihi

Mee soto ni kalau tak silap, Liza buat dlm minggu pertama raya hari tu, ni pun kes dok terliur sgt tgk Cik Mat dok tayang soto johor dia tu....alhamdulillah, mmg sedap sgt, sampai cik hubby tak habis2 puji....dia cakap rasa mcm kat kedai mamak, cuma yg kat kedai tu kuah dia pekat sikit....

Sebenarnya Liza buat soto ni guna mee sbb hubby mmg tak mkn kalau guna nasi impit, dia cakap pelik kuah sup mkn dgn nasi impit...ye la kalau dah Kelate asli tu mmg cm tu la....hihihiii dan satu lagi Liza gunakan tulang dan daging...

Ape2 pun kuah soto ni mmg sedap, insyaalllah Liza akan buat lagi dan lagi...terima kasih buat CMG yg sudi berkongsi resepi yg best dan senang ni....Liza mintak izin share kat sini pulak ye, thnx again....



RESEPI MEE SOTO TULANG JOHOR

Bhn2:

1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan - Liza guna tulang dan daging lembu
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu - Liza guna mee kuning
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..
CATATAN MAT GEBU :- Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biar sejuk dan carik halus. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan.

12 comments:

Naz / Nadz COSK said...

Wahhhhh... I like 100X... Ada begedil dan sambal kicap yg kawww tu yg betul2 membuka selera...nyummmmm...

Marsita yahya said...

salam mesra,
wow nampak sedap jer...rasa teringin lak nak makan mee berkuah..

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum....
Syawal masih ada ni... merata2 OH kan..
ape pun.. sedap betul soto tu.. menyelerakan sungguh...

Qhaifa Nur said...

salam....

sedapnya mee soto tulang...manis supnya...ada pula begedil lagi best...

umi's cup cake said...

Salam kak liza,
sedapnya soto..tak kira la guna mee atau nasi impit..ia tetap menarik

Liza said...

mmg betul tu Naz, Liza pun suka 200x....hihihihi

Liza said...

salam mesra Marsita, mmg sedap kuah ni Mar, kalau mkn dgn nasi pun ok gak...

Liza said...

wslam Jass, tu la dapur akk mmg tak berasap weekend ari tu...sibuk dgn OH jer....hihihii

Liza said...

wslam nur, akk pun suka pegedel ni dgn sambal kicap tu, pergghhhh....

Liza said...

wslam umi...betul tu, ape2 pun nama soto ni mmg best kan...

dZana said...

aslmkum liza.. apa kbr.. suke mkn .. nk buatnya jer malas.. tumpang mkn kt sni dulu la.. hihihi

Anna Qawina said...

aslmkm...lalalaaa...nah mangkok..isi penuh ya...suka sgt soto..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...