Wednesday, February 8, 2012

Masak Lemak Ikan Merah Bersama Tomato Ceri....



Anak2 Liza mmg suka lauk cmni kecuali abg...abg kalau kari, hari2 pun tak pe....bila dia tak de ni, selalu jugak la Liza masak utk adik2 dia kuah lemak ni....resepi turun temurun dr arwah ma, dan sekarang Liza titipkan kat blog ni utk anak2 Liza pulak....

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MERAH BERSAMA TOMATO CERI

Bhn2:

4 keping ikan merah
10 biji tomato ceri - potong 2
3 cawan santan
1 keping asam gelugur
2 s/b cili mesin
5 ulas bawang merah - tumbuk halus
1/2 inci halia - tumbuk halus
1/2 inci lengkuas - tumbuk halus
11/2 inci kunyit hidup - tumbuk halus
Sedkit garam dan serbuk perasa

- masakkan santan bersama bhn2 tumbuk dan asam gelugur.
- kacau selalu supaya tidak pecah minyak, bila mendidih masukkan ikan, garam dan serbuk perasa.
- bila ikan dah masak, masukkan tomato ceri dan masak sebentar shj.
- tutup api dan sedia dihidang....




12 comments:

Tina Othman said...

sedapnya kak liza, terliur tina tgk

tun_telani said...

sedapnyer ikan merah. tun biasa wat sup je, kalau dpt kepala dia wat kari.. nnti bila2 jumpa ikan merah blh la masak lemak pulak.

Qhaifa Nur said...

salam..

suka sangat ikan merah...aduh sedapnya makan dengan nasi..

cik cek said...

Sedapnya....:)

Asmara said...

ada sambal belacan lg terangkat! sedapnya..

Melly Octaviana said...

Siang kak Liza.. melly tumpang makan yah hari ini.. *bawa nasi hangat

Liza said...

Tina...lg sedap kalau pekena ngn sambal belacan...perggghhhh

Liza said...

akk pun selalu jugak buat sup n kari ikan merah ni..tp sesekali tukar selera kan tun...

Liza said...

wslam nur..isi ikan merah ni mmg best kan, lembut sgt..

Liza said...

betul tu Asmara, kalau ada sambal belacan,nasi seperiuk pun habis...hiihihi

Liza said...

melly...bawak nasi tu bnyak sikit yer...kita mkn sesama....

Kakzakie said...

Ikan merah Liza masak apa pun sedap. Texture dia yg lembut aduh.... macam nak makan pulak:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...