Wednesday, February 29, 2012

Tepung Pelita Simple....

Assalamualaikum dan salam manis semua....pekabar, harap2 sihat la ye...pernah buat kuih tepung pelita yg tak payah kukus tak? resepi kali ni mmg simple sangat, macam main masak2 jer...hihihihi


RESEPI KUIH TEPUNG PELITA SIMPLE ( 26-27 bekas)

Bhn2 bahagian bawah:

1 cawan tepung jagung/ tepung beras
7 cawan air
Pewarna hijau/ 3 helai daun pandan ( blend dgn 1 cawan air)
Gula -ikut kemanisan yg disukai

- masak semuanya di atas api perlahan hingga pekat dan tepungnya masak.
- masukkan ke 1/2 dlm daun pisang @ cawan2 kecil .
- ketepikan.

Bhn2 bahagian atas:

1 cawan tepung jagung/ tepung beras
7 cawan santan
Sedikit garam

- masak semua atas api perlahan hingga masak dan pekat.
- masukkan ke atas adunan pandan td dan penuhkan bekas.
- sejukkan dan sedia di makan.


Senang kan, dah tak payah sibuk nk kukus kukus lagi...walaupun simple, tp rasa dia mmg sedap...


13 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Wah Liza..pagi dah pasang pelita...baguslah buat dalam bekas tu...simpan dalam fridge bila2 boleh makan...tolong anta 10 bekas ke Ipoh [agi ni

Melly Octaviana said...

Pagi Kak Liza.. wah bener2 simple yah, tak payah buat daun nya juga masukkan saja dalam cup.. thanks for sharing.. mau 2 cups kak buat sarapan.. ;)

HALAMANKU said...

Kak Liza memang sedap nak2 makan time2 sejuk kan? meh kak 2-3 bekas.. sebekas tak cukup he he he nyaman mkn sejuk2 lalu kat tekak.. selalu kalau buat tang hijau tu erma + sengkuang cina.. he eh he tepung pelita style Johor.. sedap ader rangup2 sengkuang he he he

rahel said...

Liza,bestnya nyam nyam kuih tepung pelita..Rahel suka makan bab harum pandan..simple resepi ni ek..nanti Rahel try yg ni pulak.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Liza.K.atie dah sampai ni,nk tapau 2 bekas :D

Mama Ema said...

banyak pakai bekas plastik kan..dulu pakai sarung daub jer...

nuwairani ismail said...

ini memang kuih kegemaran....suke sgt2...skrg dh susah nk jumpa daun pisang, buat kuih dlm bekas ni pon ok...

tun_telani said...

suke! suke!! dulu pernah buat kuih pelita macam ni masa ada food festival kt uni. jual under kelab, kejap je laku =)

Qasey Honey said...

nice n sedap

izahdaut said...

kak liza..pekat tu sampai likat sampai tepung masak ke atau masih cair2 pekat gitu. sya tak pernah try buat lagi. nak kena carik bekas tu dulu. suke ni kalau dpt time bulan puasa lak

ieja amieja said...

suka sgt dgn kue ni..tp x reti buat..nak cubalah..

Totie@Tomy said...

kalau bulan puasa tepung pelita ni ler jadi kegilaan saya..sekarang tengah pantang mak kata saya boleh makan tepung pelita..

ady said...

as-salam
sedap ni mkn sejuk2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...