Friday, November 11, 2011

Nasi Lemak Hijau dan Ayam Goreng Serai.....


Salam berhari minggu semua....tgh buat ape tu, dah breakfast ke belum?aaaaa... tgh tido lagi?ishhhh issssh issshhh...mmg xpatut.....hihihi

Kali ni Liza nk share resepi nasi lemak hijau yg Liza buat last week....nasi lemak ni 2 in 1 sebenarnya, utk lunch merangkap dinner... sesuai sgt la dgn org yg tak berapa nk rajin cam Liza ni....senang kan...hihihi

Nasi lemak hijau ni hasil skodeng kat umah KAK UMMI...dia cakap resepi asal ni dr CMG..betul cakap kak ummi, nasi lemak ni mmg betul2 sedap....kalau tak caya, cubalah....mintak halal Liza CnP kat sini pulak yer...


RESEPI NASI LEMAK HIJAU

Bhn2:

4 cawan basmathi - cuci dan rendam 20 minit, toskan.
1 biji kelapa - ambil santannya.
10 helai daun pandan - kerat halus dan kisar
1 cawan air - untuk dikisar dengan daun pandan
(*ummi tambah 1 sudu kecil pandan paste)- liza pun tambah
2 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - simpulkan
1 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk - liza hiris
5 ulas bawang merah - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis *
1 kuntum bunga lawang *
5 kuntum bunga cengkih *
3 biji buah pelaga * (* bahan rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
garam


Bahan sampingan:-

Timun/Tomato ceri
Telur dadar/telur rebus
Ikan/Ayam goreng

Cara Memasak:-

Beras diletakkan dalam rice cooker. Perah kelapa dengan air daun pandan yang dikisar tadi secukupnya. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan rempah, halia, serai, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan santan secukupnya mengikut sukatan/jenis beras. Tambah garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan tuang santan ke dalam rice cooker. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masaklah nasi seperti biasa. Hidangkan dengan lauk/sambal kegemaran

Nasi lemak ni Liza mkn dgn ayam grg serai...ayam ni sedap sbb ada rasa ala2 rendang...mmg satu gabungan yg best la....jom kita tgk..


RESEPI AYAM GRG SERAI

Bhn2

1 ekor ayam - potong kecil
6 btg serai - titik
2 keping asam gelugur
Garam dan kunyit
Minyak
Gula

- gaul ayam bersama garam dan srbk kunyit
- grg 1/2 masak

Bhn2 kisar:

6 biji bwg merah
1 labu bwg besar
4 ulas bwg pth
20 tangkai cili kering - rebus
2 btg serai

Cara2:

- panaskan minyak lebihan grg ayam td dan tumis bhn2 mesin dan serai titik hingga garing.
- masukkan ayam yg telah digoreng dgn asam gelugur dan sdkt gula.
- goreng lagi hingga serai nmpk kering.
- masak hingga naik minyak.
* tak perlu masukkan garam kerana ayam dah masin...ape2 pun terpulang pd citarasa masing2..



9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak nampak gambar yg Liza tunjuk pun dah tahu mesti sedap.:)

cik cek said...

Liza....sedapnya menu bekpas ni...nasi lemak hijau lagi...ada lk ayam berserai...menu lengkap yg best...

Nuwairani said...

nak cari beras basmathi tu yang problemo tu...(padahal malas masak). minta sikit dengan kak liza jela. heheh

rahel said...

Salam Liza...
Bestnye hidangan nasi lemak hijau tu..klu tengok memang dah sama ngan nasi pandan kan...emm bestnye..

Liza said...

mmg sedap kak, nnt akak cubalah...

Liza said...

mmg best sgt kak cek..blh mkn ulang2 nasi ni sampai kemlm...tu yg paling best....hihihi

Liza said...

nape nani, kat sabah ssh ke nak jumpa beras basmathi ni?alaaa..kalau xde guna jer beras biasa..bisa ajer dong....hihihi

Liza said...

mmg best ni rahel,kalau mkn ngan kepala ikan grg kicap pun sodap ni...hihihi

Nora Deena said...

pertama kali jumpa nasik lemak hijau mcm ni... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...