Wednesday, November 9, 2011

Tapai Pulut Warisan...trademark raya...


Tadaaaa.... ni lah trademark raya cik hubby, kalau takde tapai ni macam tak raya lah dia cakap....huhhh kunun kunun la....mmg tapai pulut ni dh jadi santapan setiap kali raya...tapai arwah ma mmg menjadi kegilaan org2 kpg...pakcik2 kat kpg tu sanggup dtg beraya kat umah sebelum g smbhyang raya semata2 nak rasa tapai buatan arwah ma...mmg pemes betul tapai dia masa tu...

Tp anak dia tak nak belajar buat masa tu, eksen la kunun kunun....bkn apa, dah benda yg kita tak suka mkn....aleh aleh dapat cik abe yg suka mkn tapai...adoiiii nak tak nak terpaksalah belajar....tp Liza buat tapai ni ikhlas yer....hihihii, suka tgk cik abe ngan abg mkn tapai ni.....org cakap buat tapai ni bnyk pantang larang dia, sbb tu setiap kali nk buat tapai ni, mmg Liza  berdebar sgt2 dan bnyk2 baca Bismillah....bkn ape bnyak sgt dgr citer org buat tapai ni tak menjadi, tu yg takut tu....

Liza buat tapai ni macam ni yer, tak tau la dgn org lain....mgkn cara berbeza..


RESEPI TAPAI PULUT

Bhn2

2 kg beras pulut- rendam smlmn
1 biji ragi - dijemur sebentar
6-7 s/ b gula
11/2 cawan air

- panaskan kukusan dan sejat beras pulut yg telah direndam
- kukus pulut selama 15 minit.
- angkat dan renjiskan air, gaul sebati.
- kukus lagi selama 10-15 minit atau sehingga pulut betul2 masak.
- sejukkan sebelum digaul dgn ragi.
- ragi dihancurkan dan ditapis sebelum ditabur atas pulut.
- taburkan pula gula di atas lapisan ragi td.
- gaulkan biar semua sebati bersama pulut.
- sediakan daun pisang atau bekas utk isi pulut td.
- masukkan ke dlm daun pisang dan bungkus dgn kemas.
- isikan bungkusan pulut td ke dlm besen atau bekas besar dan balut pula dgn kain tebal.
- simpan ditempat gelap selama 2 mlm.(Liza simpan dlam stor)
- keluarkan tapai dan bila dah berair tu maknanya tapai dh masak
  ( biasa lepas 2 mlm Liza keluarkan dan terus letak dalam peti, hubby suka mkn tapai ni pd hari yg ketiga, lg berair lg sedap dia cakap).

# pastikan pulut betul2 sejuk sebelum ditabur dgn ragi dan gula..biasa Liza sejukkan pulut ni dlm 2-3 jam....ragi juga harus ditabur dahulu sebelum gula...#



                        Jemput makan semua...hihiihhi, tp tukang buat tapai ni tak makan yer....

12 comments:

dZana said...

akk suke ni.. ada rspi boleh akk cuba nnti.. tq dear..

nuwairani ismail said...

akak...kalau nenek kita pon sama...setiap kali raya mesti buat tapai. lebih2 lagi raya haji. memang jadi trademark dah rumah kat kg sana tu. tapi kami bungkus dalam daun getah. ada setengah orang takot nak makan yg dalam daun getah. katanya nanti mabuk. huhuh...lucu2 la. tapi, memang sedap tapai ni. katanya kalau org uzur yang membungkus, nanti isi tapai tu jadi merah. betol ke? kite pon ada dnegar mcm2 juga pasal pantang larangnya ni.

Cheq Sue said...

haishhh...ni le satu2 trademark raya yang cheq sue x makan...tolong bungkus tu selalu la...puas dah cuba tp xleh nak telan

norlieharumaini said...

intai2...waa.. best...best.... simpankan untuk akak sikit ye..

Zaliedana said...

Assalam kak,a"ah pernah juga dengar yg kalo kita nak wat tapai nih,byk pantang larang,xkan jadi kalo da org tanya 2bgtau org time nak wat,pastuxleh time period,huhu..Hubby sy mmg suka sgt mkn,selalu bli jer,sbb bini dia xpernah wat..Teringin gak nak wat,sy mkn lah juga,tapi xbape suka sgt..

rahel said...

Salam Liza..
ni salah satu hidangan kegemaran kite...best sangat mkn tapai pulut..ahhh..

Liza said...

Kak zana...cubalah, insyaallah jadi tu..

Liza said...

nuwairani...kat kpg akak pun ada jugak org bungkus dgn daun getah,tp kalau kat kedah rasanya diaorg bungkus dgn daun keladi kan...

Liza said...

cheq sue...sama la kita, tlg bungkus blh, tp tolong mkn soriii....hihihi

Liza said...

Ct...mmg pun pantang larang dia tu yg menakutkan....hihihi

Liza said...

wahhh peberet rahel yer...nk amik sikit...hihihi

Kualiburuk said...

SubhanAllah gee sgt suka tapai liza... thx for the resipi nanti nak mencoba lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...