Thursday, October 11, 2012

Cream Puff Jagung.....


Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua....sebenarnya ni kali kedua Liza buat cream puff tp kali pertama buat filling jagung ni...dua2 mmg sedap, kalau adastok jagung krim kat umah tu, apa kata try resepi ni....

Ok lah, mlm ni tak nak bebel panjang2, jom kita intai resepi yg Liza amik dr Zaliana MyR... thnx utk resepi ni ...Liza mohon share kat dapur Liza pulak ye...



RESEPI CREAM PUFF JAGUNG

Bhn2

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula
 
 

Cara-cara

  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
      6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
 

      Cara-cara untuk inti
 

  1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

10 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Adoi sedapnya kalau dapat seketul 2 ,pekena dengan kopi,hujan2 macam ni.

adda syuhada said...

adda ngn En Hubby suka sgt makan cream puff ni..tp beli jer la xpernah lgi buat..hihiih

rahel said...

Sedapnya..dah lama tak buat..tunggu ada mood rajin baru buat la...

Mamasya said...

Salam Liza. cream puff jagung mmg sedap...baru buat minggu lepas sbb ada kwn tempah.

zila norazila said...

sedapnya kak liza lama jgk x buat nie:)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Liza..

Naz tak pernah buat cream puff lagi.. Entah bilalah datang kerajinan cam ni..hehehe.. Mintak 2 ketul..hehehee

Shiela said...

amboi sedapnyer nampak liza.. berapa lama dah dok berangan nak buat, tak gak terbuat gak..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum liza...
huuuuu.. makan cream puff mmg best.. lama dah tak wat... sedapnya...

kakinakl.com said...

salam ziarah Liza
akak dah cuba Udang Kam Heong / Kam Heong Prawn ..memang sedap

Melly Octaviana said...

cute nya cream puff nya, enak kak isi jagung.. yummeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...