Thursday, October 6, 2011

Rendang Daging Dan Ayam Masala..


Salam untuk semua..sebenarnya dua2 lauk ni request dr adik dan wifenya yg datang beraya ari tu....lauk2 ni buat tuk mkn dgn nasi impit jer..haaa mknlah puas2...mengalahkan org mengidam pulak..hihihhi..tp mmg puas hati tgk diaorg mkn coz sampai besok pun still mkn lg..alhamdulillah...rendang daging ni resepi turun temurun arwah ma dan mmg selalu buat masa raya..

RENDANG DAGING

Bhn2

1 kilo dgg -potong kecik
1 biji santan
6 ulas bwg merah*
2 btg serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
11/2 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah kari
1/2 s/t srbk ketumbar
1/2 s/t srbk jintan manis
1/2 s/t srbk jintan pth
4 s/besar cili mesin
kerisik
daun kunyit- potong halus
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

- mesin halus bhn bertanda *
- masukkan dgg, santan, dan semua bhn kecuali kerisik dan daun kunyit ke dlm kuali.
- bila dh hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit.
- masak hingga kering (kepekatan rendang bergantung pada selera msg2)
- sedia dimkn dgn nasi,pulut kuning dan nasi impit..


Ayam masala ni pulak mmg peberet giler adik ipar Liza srg tu..tiap kali dtg sini dia mst request lauk ni..act ayam ni mmg sedap,kdg2 Liza buat utk mkn ngan pulut kuning..tp mcm biasa la mst la ada yg kita ubahsuai sikit kan..bg Liza ,lauk ni gabungan rasa 2 dlm 1..ada rasa kari dan ada rasa rendang..so bila nk rasa cam rendang Liza cuma tambah daun kunyit gantikan dgn daun kari...mmg marbelesss...


AYAM MASALA

Bhn2:

1 ekor ayam
5 s/b rmph kari ayam
3 s/b cili mesin
1 paket kecil kerisik
Bwg pth- 2 ulas*
Bwg merah- 6 ulas*
2 biji bwg besar*
Halia*
Tomato
Ubi kentang
- bhn2 bertanda * ditumbuk @ dimesin
Bhn tumis:

Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
3 ulas bwg kecil - dihiris
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam,gula dan serbuk perasa

- perapkan ayam dgn bhn2 mesin,cili mesin,kerisik dan rempah kari ayam.
-perap lebih kurang 1 jam @ semalaman..lg lama lg sedap
- panaskan minyak dan tumis bhn2 tumis hingga naik bau.
- masukkan ayam yg telah diperap kemudian masukkan sdkt air,garam, gula dan perasa.
- masukkan juga ubi kentang yg dipotong baji.
- masak hingga kering dan ayam empuk
- akhir sekali masukkan buah tomato

* kalau nak tambah daun kunyit pun blh, tp abaikan daun kari..

4 comments:

Cheq Sue said...

he he he...
cheq sue dok ingat tadi daging tu masak rendang sekali dengan ayam. haishhh

Kakzakie said...

Kakak suka ayam masala. Nampak sedap sungguh... Aroma daun kunyit membuat selera terbuka lagi kalau makan dgn nasi panas-panas....

Liza said...

kak zakie...ayam masala ni mmg best..mkn ngan pulut kuning pun best...

Liza said...

await la hang dok pikir lagu tu cheq sue...hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...